BAB 33

4.5K 121 4
                                    

Tiara mengerutkan dahinya apabila sinaran matahari terkena pada wajahnya. Matanya dibuka perlahan-lahan.

Sebaik sahaja terbangun dari tidurnya, Tiara memandang sekeliling mencari sosok tubuh seseorang tetapi dalam bilik itu hanya dirinya sahaja yang ada. Nota kecil di tepinya dibaca.

MORNING PRINCESS, AKU MINTA MAAF KALAU AKU TINGGAL KAU SORANG-SORANG AKU ADA KERJA MAYBE LAMA SIKIT AKU DEKAT SINI. AKU MINTA MAAF SEKALI LAGI SEBAB TAK BAGITAHU KAU AWAL-AWAL YANG AKU TERPAKSA PERGI ITALI. NANTI DAH SETTLE SEMUANYA AKU BALIK ITU JANJI AKU TAPI KALAU AKU TAK BALIK AKU DAH PESAN DEKAT RAYYAN UNTUK TENGOK-TENGOKKAN KAU. SEBELUM TU THANKS UNTUK SEMALAM HARAP-HARAP AKU BALIK NANTI ADA RYAN JUNIOR LAH YE APA-APAPUN MAKANLAH ROTI BAKAR YANG AKU BUATKAN UNTUK KAU TU.

DARIPADA
YOURHUBBY

#KALAUHANGITMOHONREDHA
#ARYANYANGKACAK
#YOURLOVELYHUSB

Tiara menggeleng membaca nota yang dituliskan Aryan itu. Matanya terpandang ke arah roti bakar yang elok terhidang di atas meja. Perutnya sudah mula berbunyi tapi lebih elok jika dia membersihkan dirinya terlebih dahulu.

Perlahan-lahan dia bangun dari perbaringannya dengan menahan kesakitan. Kalau boleh dia tidak mahu mengingati kejadian malam tadi, tidak tahu mahu sorokkan dimana wajahnya nanti bila Aryan pulang.

Tok!!

Tok!!

Ketukan pintu itu mengejutkan Tiara yang sedang menuju ke bilik air.

"Boleh akak masuk tak??" Soal Tania yang berada di depan pintu bilik Tiara sambil memulas tombol pintu

Makin tidak keruan Tiara apabila Tania memulas tombol pintu. Kalau boleh lari dah lama dia berlari.

"Erkk.. bukan tak boleh tapi Tiara baru siap mandi Tiara nak pakai baju kejap nanti Tiara keluar" Tiara menggigit bibirnya, nak tak nak dia terpaksa menipu

"Okaylah kalau macam tu nanti kalau nak apa-apa bagitahu tau"

Tiara menarik nafas lega sebaik sahaja Tania berlalu pergi dan dia berjalan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.

"Ada apa panggil aku datang sini??"

"Relax lah aku cuma nak bagi kau information je tapi kalau kau tak nak aku tak paksa"

"Information??"

"Aku dapat tahu yang Aryan pergi Itali awal pagi tadi, kau nak tahu dia pergi dengan siapa??"

"Siapa"

"Dia pergi seorang diri"

"Really?? Kalau betul dia pergi sorang-sorang aku rasa aku tahu macam mana nak buat hubungan dia dengan Tiara rosak"

"So, hari ni jugak aku nak kau pergi Itali dan jalankan tugas kau tu"

"Don't worry kali ni I akan pastikan hubungan mereka berdua akan hancur masa tu lah you kena ambik kesempatan untuk dapatkan kepercayaan Tiara. Adakah you faham Mr. Carlo??"

Carlo berdecit

"Ini Alice lah I akan pastikan Aryan jatuh ke dalam tangan I, only me" ujar Alice dengan senyuman jahat

"Really?? Adakah kau cukup mengenali Aryan??" Carlo memandang Alice atas bawah, dia dapat rasakan yang Alice tidak mengenali Aryan sepenuhnya

"Of course I know, seorang CEO terkenal mempunyai syarikat di beberapa negara. Harta dia tu tak akan habis, perempuan mana je yang tak nak"

Carlo tersenyum senget, nampaknya benar jangkaannya gadis itu tidak mengenali siapa diri Aryan yang sebenar. Kalau tersilap langkah kemungkinan Alice tidak akan mati ditangannya malah akan jatuh ke dalam genggaman Aryan.

MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]Where stories live. Discover now