BAB 40

4.4K 135 7
                                    

"Haaaa aku dah jumpa"

Aryan mendekati ke arah Frank. Matanya tajam merenung ke arah skrin laptop. Otaknya ligat berfikir apabila melihat alamat yang terpampang di skrin.

"Hmm Villa D'Mello??"

"Dia keluar macam tu, kau rasa??"

"Aku tak rasa kat sini, cuba kau cari maklumat full tentang Villa ni" Aryan memeluk tubuhnya sebaik sahaja tubuhnya bersandar di dinding

Jari-jemari Frank mula menari-nari di atas keyboard. Dia juga fokus mencari namun hampeh segala maklumat yang keluar tidak tepat.

Disaat masing-masing sedang serius tiba-tiba satu bola melayang di udara dan PAP!! Bola tersebut terkena di kepala Aryan. Wajahnya yang bengang itu mula mencari-cari siapakah yang berani menganggunya.

Matanya terpandang ke arah Aidan yang menyorok di belakang tiang.

"Rupanya kau ye budak"

Kakinya melangkah mendekati Aidan tiba-tiba kepalanya berasa berdenyut. Aryan memegang kepalanya.

"Weh kau okay tak??" Soal Frank melihat Aryan yang sudah terduduk di lantai

"WOII RAY, ANDRE MAI SINI WOII"

Mendengar nama mereka diseru. Mereka berdua bergegas menuju ke arah Frank dan Aryan.

"Pahal??"

"Aku tak tahu tiba-tiba Ryan rebah"

"Baringkan dia dkt sofa"

Frank memapah Aryan ke sofa, Andre juga turut membantu memapah Aryan. Kaki Rayyan dipeluk oleh Aidan.

"Why??"

"Aidan buat uncle"

"Aidan buat apa dkt uncle??" Rayyan mendukung Aidan. Haish lah anak, ni kalau Aryan bangun tak pasal-pasal jadi perang dunia ketiga.

"Aidan terbaling bola pastu bola tu terkena kepala uncle" jari kecil Aidan bermain-main di kolar baju Rayyan

"Nanti uncle bangun say sorry ye"

Aidan mengangguk laju

Setelah beberapa jam dia pengsan akhirnya dia sedarkan diri juga. Kepalanya dipegang untuk menghilangkan rasa pening.

"Kau okay dah ke??"

"Apa yang jadi?? Mana bini aku??"

"Aduhh kau takkan hilang ingatan lagi"

Aryan terdiam sejenak

"Nak aku bagitahu semula ke??"

"No need"

Aryan segera bangun dari perbaringannya. Memori dia sudah kembali. Segala perbuatan yang dia lakukan kepada Tiara semasa hilang ingatan turut diingati.

"Kau nak pergi mana???"

"Find my wife"

"Ta-

Percakapan Frank terhenti apabila Aryan mula hilang dari pandangannya. Cari mendenya kalau location pun tak dapat lagi. Frank menepuk dahinya lalu tergesa-gesa ke arah laptop.

"Ryan"

Aryan memberhentikan langkahnya apabila Rayyan menyeru namanya. Matanya memandang ke arah Rayyan dan Aidan.

"Oh ya, thanks budak sebab kau aku dah normal"

"Sebelum ni uncle tak normal ke??"

Aryan memutarkan bebola matanya. Kunci kereta diambil lalu berjalan keluar dari rumah.

"Dia nak pergi mana??" Soal Tania yang tiba-tiba muncul di belakang Rayyan

"Abang pun tak tahu, ni kenapa tak tidur lagi??"

"Tak boleh tidur teringat Tiara, menyesal bawak dia keluar" muka Tania mula berubah. Sejak Tiara hilang, dia sering berasa bersalah kerana ini semua terjadi gara-gara dia yang membawa Tiara keluar. Kalau tidak, pasti perkara ini tidak akan berlaku

"Jangan salahkan diri, tak lama lagi kita jumpa lah dia. Doa-doakan dia tak apa-apa" kepala Tania yang berlapik tudung sarung itu diusap lembut

"Aidan masih di sini"

Rayyan tersenyum kecil pipi Aidan yang tembam itu dicubit lembut.

KLAK!!

Carlo memasuki ruangan yang dihuni Tiara. Dia melihat gadis itu terbaring selama 2 hari. Selama 2 hari juga dia tidak datang menjenguk sibuk berbincang strategi.

Mukanya yang pucat dipandang lama, tiba-tiba matanya terpandang ke arah seluar Tiara yang dibasahi darah.

"Call a doctor now!!"

Walaupun dia jahat, tapi dia masih mempunyai belas kasihan dalam diri. Dia mahu hancurkan hidup Aryan bukan hidup Tiara.

"Kesian kau ni, tapi ini je cara aku nak umpan Aryan. Kau ingat aku nak tengok dia hidup senang?? Memang tak lah aku nak tengok dia bahagia"

Setelah mengambil masa 2 jam untuk sampai ke sini, akhirnya seorang doktor tiba. Doktor itu mendekati Carlo.

"Check perempuan tu, aku tunggu luar"

Doktor itu mengangguk, dia memerhati keadaan tubuh Tiara. Dia mula mencuci darah-darah yang sudah kering.

Tidak lama itu doktor tersebut keluar dari bilik yang dihuni Tiara.

"How??"

"Keadaan dia lemah sekarang ni dan kandungan dia salah seorang tidak dapat diselamatkan. Hanya satu janin sahaja yang terselamat"

"Kembar??"

"Yes.. you bernasib baik kerana semua barang-barang medic I bawak kalau tak perempuan tu tak dapat diselamatkan"

"Rasanya tak ada apa-apa lagi untuk dibahaskan kalau macam tu I minta diri dulu kalau ada apa-apa inform" doktor itu berlalu pergi meninggalkan Carlo.

Carlo terdiam sejenak

"Hmmm nampaknya makin senang lah aku nak umpan Aryan" Carlo mengorakkan senyuman sinis


























Done bab 40

Setakat ini sahaja idea keluar jumpa di next part. Jangan lupa vote dan komen huihuihui.

AND

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 😂😂

MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]Where stories live. Discover now