Jeritan kesakitan memenuhi ruangan itu. Orang yang mengelilinginya dipandang sayu. Inilah balasan sekiranya berani mengkhianati Aryan. Berkali-kali ditumbuk, disepak, ditendang. Lelaki itu tidak bermaya untuk melawan.
"Sekarang bagitahu aku, siapa yang hantar kau untuk khianat aku" pipi lelaki itu dicengkam kuat
"C-carlo"
Berubah air muka Aryan sebaik sahaja mendengar nama itu, nampaknya Carlo sudah berani menampakkan diri. Dia perlu lebih berjaga-jaga lebih-lebih lagi sekarang dia sudah berumah tangga.
"Kau jugakkan yang bocorkan maklumat dkt Berlin tu??"
Lelaki itu mengangguk perlahan
"Sekarang bagitahu aku apa rancangan dia" Aryan duduk mencangkung di hadapan lelaki itu, tubuh lelaki itu disandar ke dinding.
"D-dia nak gunakan bini kau supaya hidup kau hancur"
Aryan mengepal penumbuk, dia sudah agak Carlo akan menggunakan Tiara untuk menghancurkan hidupnya tapi itu tidak semudah yang difikirkan. Nak Tiara?? Langkah mayatnya dulu.
Tubuh lelaki itu ditolak kasar, pistol glock-17 dihala ke arah lelaki itu lalu dilepaskan beberapa das. Aryan tersenyum puas melihat tubuh lelaki itu sudah tidak bernyawa.
"Aku nak kau potong kepala mamat ni then hantar kepada Carlo, jangan lupa hias cantik-cantik kotak tu" pesan Aryan lalu beredar dari situ
Gulp
Anak buahnya memandang satu sama lain, walaupun terdengar gerun tetapi mereka hanya mengikuti sahaja arahan Aryan. Pisau yang berada di atas meja dicapai lalu menyiat tubuh lelaki itu.
+×
Tubuh kecil Aidan dipeluk erat, Aidan yang semakin tembam membuatkan dirinya semakin geram melihat Aidan.
"Akak uncle pergi mana?? Kenapa uncle tak sampai lagi, Aidan dah lapar" Aidan memuncungkan bibirnya
Tiara baru teringat Aryan belum tiba lagi, kemanakah suaminya itu pergi?? Ye, sekarang mereka berada di satu restoran. Sebelum pulang ke rumah, Rayyan Frank dan Andre singgah ke sini terlebih dahulu. Mereka juga sudah menghantar pesanan kepada Aryan agar bertemu di restoran ini.
"Kejap lagi uncle sampai kot"
Aidan mengangguk, dia mengambil satu fries yang berada di hadapannya. Tidak lupa juga dia menyuapkan kepada Tiara.
"Jangan suap dkt akak je, dkt mommy Aidan taknak suap ke??" Usik Tiara
"Opss, sorry mommy" satu sengihan dihadiahkan kepada Tania, fries yang ada di tangan Aidan di suap kepada Tania
Rayyan tersenyum melihat tingkah Aidan. Pandai sungguh budak itu mengambil hati orang. Wajah Tania dan Tiara ditenung lama, kenapa dari awal dia tidak perasan wajah mereka berdua hampir sama?? Ughh nevermind, sekarang Tania sudah kembali ke dalam hidupnya.
"Ehem"
Mereka semua mengalih pandangan kepada gerangan yang berdehem.
"Asal tak esok je kau datang??"
"Diam, aku ada kerja nak settle" punggungnya dilabuhkan di sebelah Tiara, bajunya juga sudah bertukar. Sebelum sampai ke sini, Aryan menukar bajunya di dalam kereta, dia bernasib baik kerana tiada bau darah di badannya
"Ni pahal budak ni dkt sini, pergi main jauh-jauh sana bini aku tu bukan bini kau" Aryan mengetap giginya
Aidan membuat tidak endah, pandang Aryan pun tidak. Dia menggerakkan kakinya yang berada di atas riba Tiara. Makin Aryan larang, makin laju kaki dia.
YOU ARE READING
MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]
Action⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ Dia Aryan Benjamin seorang lelaki bermata biru yang berasal dari Itali. Dia seorang yang kejam dan tiada perasaan atau lebih tepat icerberg. Ramai orang mengenalinya sebagai usahawan berjaya tetapi ramai yang tidak mengenalinya dari...