KLAK!!
Pintu bilik kecemasan terbuka luas. Mereka bertiga bangun lalu mendekati doktor yang baru sahaja keluar dari bilik kecemasan itu.
"Macam mana dengan kawan kami??"
"Keadaan Puan Tiara stabil, kandungannya juga tidak ada apa-apa yang berlaku tetapi kandungan tersebut seperti sudah keguguran"
"Aikk maksud doktor macam mana tu??" Soal Zaqriel pelik
"Maksud saya, dia mengandung kembar tetapi sudah keguguran. Hanya tinggal satu janin sahaja yang mampu bertahan. Kami dapat tahu kerana ada kesan pendarahan. Manakala keadaan Tuan Aryan sangat kritikal buat masa sekarang. Untuk memantau keadaan Tuan Aryan kami menempatkan di I.C.U. Bebas sahaja tahap kritikal kami akan memindahkan ke wad biasa. Buat masa ini doa banyak-banyak saya tidak menjamin apa-apa kerana kami sudah melakukan yang terbaik. Tambahnya lagi dengan panjang lebar
Mereka bertiga terdiam mendengar penjelasan doktor tersebut.
"Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu, wad Puan Tiara seperti yang diarahkan tuan-tuan semua kami menempatkan di bilik VVIP"
"Terima kasih"
Andre menyandarkan kepalanya ke bahu Frank. Air mata jantannya sudah mengalir. Frank yang terasa bahunya basah, dia mengerling ke arah Andre.
"Kau nangis ke gila??"
"A-aku t-ttak t-tahan"
"Kata anak jantan"
"Anak jantan pun kalau keadaan macam ni siapa je tak sedih" Andre mengelap air matanya
"Dah-dah Aryan tak apa-apa tu, tak lama lagi dia sedarlah" Zaqriel cuba menenangkan keadaan lalu dia mengajak untuk menjenguk Tiara.
Frank dan Andre mengangguk lalu berjalan menuju ke arah wad Tiara yang tidak jauh daripada bilik kecemasan ini.
Hampir 7 minit berjalan akhirnya mereka tiba di hadapan wad Tiara. Pintu wad perlahan-lahan di buka.
"Macam mana ye reaksi Tiara kalau tahu laki dia koma??" Andre memandang Frank dan Zaqriel
"Maybe terkejut tapi kau tahu-tahu lah Aryan tak mudah berputus asa "
+×
Keesokan paginya, Rayyan tiba di hospital bersama-sama Tania dan Aidan. Semalam dia terpaksa pulang kerana jam sudah menunjukkan 5 pagi. Pagi tadi dia hanya tidur 2 jam sahaja kerana ingin melawat Tiara dan Aryan.
Pintu bilik wad Tiara dibuka perlahan-lahan, tidak mahu mengejutkan Tiara yang sedang berehat.
"Abang, Tania nak jaga Tiara boleh??" *Tania memandang wajah suaminya itu
"Boleh sayang, lagipun tak elok kalau budak bertiga tu yang jaga" ujar Rayyan dengan penuh kelembutan
Tania tersenyum kecil, dia melabuhkan punggungnya di sebelah katil Tiara. Tangan Tiara diusap lembut.
"Nampaknya anak kita sama umur dengan anak diorang lah abang"
Rayyan tersenyum lalu mengangguk kepala. Alangkah indahnya kalau Aryan juga turut berada di sini tetapi lelaki itu sedang bertarung nyawa.
Tiba-tiba jari Tiara bergerak. Itu menandakan Tiara sudah sedar.
Berkerut-kerut dahi Tiara apabila cahaya lampu terkena matanya. Dia memandang ke arah Tania dan Rayyan.
"A-air"
Tania mengambil air mineral lalu memberikan kepada Tiara. Tiara meneguk air mineral itu dengan kehausan. Tekaknya mula dibasahi, ini membuatkan dirinya terasa lega.
YOU ARE READING
MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]
Aksiyon⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ Dia Aryan Benjamin seorang lelaki bermata biru yang berasal dari Itali. Dia seorang yang kejam dan tiada perasaan atau lebih tepat icerberg. Ramai orang mengenalinya sebagai usahawan berjaya tetapi ramai yang tidak mengenalinya dari...