BAB 25

4.9K 134 4
                                    

BANG!!!

Satu tembakan dilepaskan kepada salah seorang konco-konconya. Amarah lelaki itu semakin membuak-buak apabila mendapat tahu konco-konconya tidak menjumpai Tania.

"Aku dah kata jangan jejak kaki kat sini selagi tak jumpa perempuan tu!!" Ujar lelaki itu dengan bengang

Konco-konconya hanya diam dan mereka hanya pasrah jika terjadi sesuatu kepada mereka.

"Masing-masing tak boleh diharap!!" Meja kaca di hadapannya di tendang kuat sehingga menghasilkan retak

Apa yang dia takut sudah terjadi, dia tak akan membiarkan Tania berjumpa dengan Rayyan. Dia mahu melihat lelaki itu terseksa. Tapi itu tidak cukup untuknya, dia juga mahu melihat Aryan menderita. Dia akan membuat satu perkara yang diluar jangkaan.

"Kau tunggu Aryan Benjamin, aku akan pastikan hidup kau macam Rayyan" lelaki itu ketawa seperti orang gila

"Haishh tak dapat kakak, dapat adik pun tak apa" lelaki itu tersenyum sinis, dari awal dia sudah tahu latar belakang Tania

Seorang perempuan mengerutkan dahinya apabila sinaran matahari terkena di wajahnya. Perlahan-lahan dia membuka matanya.

Sebaik sahaja membuka mata, dia memandang keadaan sekelilingnya. Terlihat sebuah rumah kayu yang agak usang. Tiba-tiba seorang wanita berusia mendekatinya sambil membawa segelas air.

"Saya dekat mana ni makcik??"

"Kamu dekat rumah makcik, kamu jangan risau makcik tak apa-apa kan kamu, makcik cuma merawat kamu sahaja" ujar wanita tua itu sambil tersenyum. Dia menghulur segelas air kepada gadis itu.

"Terima kasih" ujarnya sambil meneguk air itu perlahan-lahan

"Boleh makcik tahu nama kamu??"

"Nama saya Tania Arissa, makcik boleh panggil Tania atau Nia je" ujar Tania dengan senyuman manis

"Cantik nama kamu, macam tuan punya badan" wanita tua itu tersenyum lalu mengambil gelas kosong dari Tania.

"Boleh makcik tanya sesuatu??"

Tania mengangguk

"Macam mana kamu boleh jatuh dalam jurang tu?? Nasib baik makcik nampak kalau tak mesti kamu dah jadi makanan binatang buas dalam hutan tu"

Tania menceritakan apa yang terjadi kepadanya.

"Tania nak minta tolong satu je dengan makcik, tolong bawak Tania keluar dari sini boleh?? Tania nak jumpa suami dan anak Tania. Lepas makcik tolong Tania insyaallah Tania akan tolong makcik" Tania memegang kedua-dua tangan wanita tua itu

"Insyaallah makcik akan tolong, sekarang kamu rehat dulu ye nanti bila kamu dah sihat makcik akan tolong kamu"

"Kita selamat dekat sini kan??" Tania memandang wanita tua itu

"Kamu selamat dekat sini, tempat yang kamu lari tu sudah jauh jadi kamu tak perlu risau" wanita tua itu hanya menghadiahkan senyuman kepada Tania, dia tahu Tania takut.

Tania melepaskan nafas lega, dia menyentuh dahinya yang berbalut. Teruk sangat dia jatuh sampai dahi pun berbalut.

Klak!!

"Rayyan we need to talk"

Rayyan yang sedang melakukan kerjanya terus terhenti apabila Frank memasuki ruangannya.

"What??"

"About Tania" Frank mengambil tempat di hadapan Rayyan

Rayyan tersentak.

"Actually aku dah lama tahu pasal ni itupun sebab aku gatal sangat nak tahu latar belakang Tania dengan Tiara" ujar Frank

"Wait-wait, apa kena mengena Tiara dengan Tania?? Aku rasa Tiara tak ada kena mengena dalam hal Tania" Rayyan memandang Frank

"Mereka berdua ada kena mengena Ray"

"What do you mean??"

"Mereka berdua adik beradik" ujar Frank sambil memandang Rayyan

"WHAT!!!" Terbuntang mata Rayyan

"Kenapa baru sekarang kau bagitahu??" Soal Rayyan yang penuh geram

"Sorry lah belum tiba masanya lagi sebab tu aku tak bagitahu dan sekarang aku dah bagitahu kan" jawab Frank tenang

"Kepala hotak kau belum tiba masanya lagi" Rayyan menjeling Frank tajam, dia mengambil kunci keretanya.

"Eh kau nak pergi mana??" Soal Frank

"Jumpa Tiara"

"She doesn't know about this"

"Macam mana dia boleh tak tahu??" Rayyan mengerutkan dahinya

"Tania hilang masa dia berumur 1 tahun, That's time Tania berumur 7 tahun. And ada berita yang kau tak tahu, ni aku jumpa time aku cari tahu pasal dia. Dia hilang bukan sebab orang luar tapi sebab orang dalam, ni semua kerja pakcik dia" terang Frank panjang lebar

"Tiara tahu ke pasal ni??"

"No, dia tidak tahu apa-apa" jawab Frank

"Aryan??"

"Ryan cuma tahu Tania dengan Tiara adik beradik je, aku tak cerita pasal ni dekat dia lagipun tak penting untuk cerita dekat korang berdua" Frank menyilangkan kakinya

"Dah tahu tak penting asal cerita dekat aku??" Ikutkan hatinya, ingin sahaja dia menendang Frank.

"Dah kau tanya terpaksa jugak lah aku cerita part tu, kalau bukan sebab kau readers yang tak tahu apa-apa pun jadi tahu"

"Eh aku pulak yang salah, diri sendiri yang cerita nak salahkan orang. Kau dengan perempuan sama-sama complicated" Rayyan memandang Frank tajam

"Sesedap cili padi je kau kata aku complicated, aku sumbat cili kering baru tahu"

"Dah ah kau, blah sana serabut aku tengok muka kau macam tapak kasut ni" Rayyan menghalau Frank keluar

"Dasar kawan tak sedar diri, dah kira bagus aku bagitahu pasal Tania dengan Tiara dia boleh pulak halau kita" ujar Frank perlahan sambil berjalan keluar dari ruangan Rayyan.

"AKU DENGAR SETAN!!!"




























Done bab 25 , Saya harap anda menyukai bab ni walaupun sedikit hambar🤓🤓

Jika idea datang lagi insyaallah saya akan update lagi selagi yang boleh, otak dah cepu dah ni nak pikir idea apa untuk next chapter.

That's all from me , happy reading!!

MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]Where stories live. Discover now