BAB 22

6.6K 287 26
                                    

Tok!! Tok!! Tok!!

"Ryan kau tak bangun lagi ke??" Soal Rayyan di depan pintu bilik sambil mengetuk pintu bilik Aryan

Dahi Aryan mengerut apabila mendengar pintu biliknya diketuk. Dia menutup telinganya dengan bantal lalu menyambung tidurnya.

"Ryan?? Kau tak kerja ke??"

"Hmm"

Rayyan yang merasa pintu bilik itu tidak akan dibuka terus berhenti mengetuk. Dia menggeleng kepala perlahan lalu berjalan masuk ke dalam bilik Aidan.

"Aidan dah siap belum?? Daddy dah lewat nak pergi kerja ni" kata Rayyan sebaik sahaja membuka pintu bilik Aidan

"I'm done" ujar Aidan yang bersemangat

"Bersemangatnya dia hari ni" usik Rayyan sambil mendukung Aidan

"Mestilah, Aidan nak teman daddy pergi kerja" jawab Aidan yang ceria

Rayyan tersenyum lalu berjalan pergi ke ruang tamu sambil Aidan di dukungannya.

"Uncle tak kerja ke??"

"I don't know mungkin uncle ada kerja lain, dah jom" kata Rayyan sambil berjalan keluar rumah

Aidan mengangguk

Kring!! Kring!! Kring!!

Aryan bengang apabila tidurnya diganggu, jam yang berdering tadi dia menutup kasar. Nak tak nak dia kena bangun jugak. Dia melirik ke arah jam sekilas.

Baru jam 8 pagi, masih awal lagi. Aryan menarik selimut yang menutupi badannya yang tidak berbaju, walaupun aircond selalu dibuka tapi dia tidak kenal erti kesejukkan.

Aryan berdiri di depan cermin, dia melihat badannya yang berotot.

"Handsome jugak aku ye walaupun baru bangun tidur, patutlah ramai perempuan tergedik-gedik dengan aku. Tapi tu lah aku tak minat perempuan gedik spesies ulat ni hmm" ujarnya pada diri sendiri sambil membetulkan rambutnya yang serabai

Aryan mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja. Dia membaca mesej-mesej yang dihantar oleh Frank dan Andre.

Setelah selesai membaca mesej Frank dan Andre, Aryan berjalan pergi ke arah balkoni untuk menghirup udara segar.

Aryan berdiri di depan balkoni sambil menghirup udara segar. Sungguh indah cuaca di pagi hari tapi lagi indah kalau bangun-bangun je ada bidadari syurga di sebelahnya.

"Berangan je lah kau Ryan, ingatlah kehidupan kau tidak seindah seperti orang lain" Aryan termenung seketika, terkesima dengan kata-kata sendiri

Aryan tersedar dari lamunannya lalu berjalan masuk ke dalam biliknya semula. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, Aryan mencapai tualanya yang tersangkut lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

(Mandi pun nak taip ke?? Kita skip ye anak-anak sekalian HAHAHAHA)

Aryan membuka pintu bilik air setelah selesai membersihkan diri. Dia keluar dari bilik air dengan tuala yang terlilit di pinggangnya.

Tiba-tiba telefonnya berdering, Aryan mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja.

"Hello??"

"Woii kau tak masuk kerja ke??"

"Tak kot sebab aku rasa tak beberapa sedap badan" jawab Aryan sambil mengeringkan rambutnya

"Hmm habis tu siapa nak ganti kau ni?? Dahlah hari ni kau ada meeting penting"

"Rayyan, suruh Rayyan gantikan aku" kata Aryan sambil mengambil pakaiannya dalam almari

"Iyalah, dah aku off dulu kalau ada apa-apa call Andre ataupun aku" kata Frank lalu menamatkan panggilan

Aryan membaling telefonnya di atas katil lalu menyarung pakaian di badannya. Tiba-tiba badannya terasa panas, sudah lama dia tidak demam. Hari ni dia tumpah jua.

Aryan membaringkan tubuhnya ke katil sambil menarik selimut untuk menutup badannya yang kesejukan. 

"I hate fever"



















Done bab 22

Saya update 2 bab terus tau, uhuk-uhuk mahu cepat-cepat completed kan tapi tu lah masih panjang 😭👍

Jangan lupa vote dan komen ye , penat saya menaip 🤣

MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]Where stories live. Discover now