BAB 27

4.9K 151 6
                                    

"ARGHH!!"

Alice menolak semua barang-barangnya yang berada di meja solek. Hatinya semakin membara apabila mendapat tahu Aryan akan berkahwin tidak lama lagi.

"Tak apa tak apa, kau tunggu perempuan kalau aku tak dapat Aryan maknanya kau pun tak akan dapat" ujar Alice sambil ketawa jahat

Namun ketawa itu hanya seketika ia mula berganti dengan tangisan, Alice seperti seorang yang tidak waras. Keadaannya seperti tidak terurus, rambut serabai gincu yang dipakainya juga sudah comot.

Untuk tenangkan diri, Alice mengambil keputusan untuk pergi ke kelab malam. Di situlah tempat yang mampu menenangkan jiwanya.

Dia membaiki makeup di wajahnya dan mengambil handbagnya yang berada di katil. Tidak lama kemudian, Alice berjalan keluar dari biliknya seakan-akan tidak terjadi apa-apa kepadanya.

"Relax Alice, ini baru permulaan" ujarnya perlahan sambil berjalan keluar dari apartmentnya

Sesampai sahaja di kelab malam, Alice terus meluru ke arah seorang lelaki yang sedang meneguk minuman keras dengan rakus.

"Hello baby, kenapa masam je ni??" Soal lelaki itu sebaik sahaja Alice melabuhkan punggungnya di sebelahnya

"I need your help"

Lelaki itu terus menghentikan aktivitinya, dia memandang Alice sambil mengangkat keningnya.

Alice tersenyum sinis, dia membisikkan rancangannya kepada lelaki itu.

"I like it tapi sebelum tu aku nak tengok muka perempuan tu"

Alice mengeluarkan sekeping gambar seseorang lalu diberikan kepada lelaki itu.

"Hmm cantik, tak peliklah kenapa Aryan suka" lelaki itu menyimpan gambar di dalam poket seluarnya

"You jangan buat I panas" Alice memeluk tubuhnya

"Alololo sorry sayang" dia mencium pipi Alice lalu menghulur segelas air kepada Alice

Alice mengambil gelas itu lalu meneguk seperti seorang yang kehausan.

"You ada bawak benda tu tak??" Soal Alice sambil meletak gelas kosong di atas meja

"Of course I bawak, benda tu wajib dibawa kemana-mana " ujar lelaki itu lalu mengeluarkan sesuatu dari poketnya

Lelaki itu memberikan satu plastik yang berisi sesuatu yang berwarna putih seperti serbuk.

Alice cepat-cepat mengambil plastik itu lalu disimpan ke dalam handbagnya. Dia menyilangkan kakinya sambil memandang keadaan sekeliling. 

"Ingat rancangan kita tu, lepas diorang kahwin je aku nak kau start permainan kau. Kalau kau gagal siap kau nanti" ujar Alice kepada lelaki itu

"Don't worry, aku tahu apa yang perlu aku buat. Kau kena relax je"

Malam itu, mereka berdua menghabiskan masa bersama. Mereka tidak tahu apa yang akan terjadi pada mereka nanti.

Pagi itu Aryan sudah tercegat di depan rumah yang didiami oleh Tiara. Jam tangannya dilirik, hampir 30 minit dia berdiri namun bayangan Tiara masih belum kelihatan. Ni kalau tengah hari dia berjemur tengah-tengah panas dia yang putih-putih ni boleh hangus terbakar.

Aryan berura-ura ingin masuk ke dalam kereta tiba-tiba pintu rumah terbuka. Aryan terus membatalkan niatnya yang ingin menunggu Tiara dalam kereta.

"Maaf lambat tadi Raisha suruh makan dulu" Tiara menggigit bibirnya takut Aryan memarahinya kerana menunggu lama

MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]Where stories live. Discover now