Sedar sahaja dari pengsan, Tiara terus memandang keadaan sekelilingnya. Dia di mana sekarang ni??? Itulah soalan yang bermain di benak fikirannya.
"Dah bangun dah" sampuk suara seseorang
Tiara memandang susuk tubuh yang berdiri di hadapannya. Dia cuba ingat apa yang jadi semalam dan macam mana dia boleh ada dekat sini.
"Siapa kau???" Soal Tiara
"Sekarang aku ialah bos kau.. jadi pergi tukar baju kau tu.. ada pelanggan yang menunggu kau" kata lelaki itu lalu keluar dari bilik yang ditempatkan Tiara.
Adakah dia dijual???? Dia perlu lari dari sini tapi macam mana??? Pintu bilik pun dikunci.. macam mana nak lari. Tiara buntu lalu tiba-tiba matanya terpandang sebuah tingkap.
Tiara cuba membuka tingkap itu tapi malangnya tingkap itu berkunci. Dihatinya tidak berhenti berdoa agar dia dapat keluar dari sini.
Klak!!!
Tiara memandang pintu bilik terbuka.
"Woii nak lari ke????" Jerkah seseorang
"T-tak" balas Tiara yang sedikit gagap, mungkin dia takut.
"Aku suruh kau tukar baju kan.. kenapa tak tukar lagi??? Nak aku tukarkan ke apa???" Lelaki itu senyum sinis lalu mendekati Tiara
"Saya boleh tukar sendiri" kata Tiara
Tanpa lelaki itu perasan, Tiara mengambil botol kaca di belakangnya. Tanpa membuang masa Tiara terus mengetuk kepala lelaki itu dengan menggunakan botol kaca itu.
Tiara berlari keluar dari bilik itu. Nasib baik tiada sesiapa yang menjaga pintu bilik pada masa itu.
"Tak guna kau perempuan!!!" Lelaki itu memegang kepalanya yang sedikit terluka
"Bos kenapa???" Soal konco-konco lelaki itu
"Perempuan tu lari.. aku nak korang pergi kejar perempuan tu sekarang!!!"
"Baik bos"
Tiara berjaya keluar dari club itu tapi itu tidak bermakna dia berjaya melarikan diri. Konco-konco lelaki itu mengejar Tiara dari belakang. Dengan tenaga yang masih ada, Tiara menguatkan diri untuk berlari.
Tapak kakinya sedikit terluka akibat dia berlari tadi tapi dia tiada masa untuk berhenti kerana konco-konco lelaki itu masih mengejarnya.
Tiara lelah, tenaganya pun sudah habis. Dia berhenti seketika. Dia pun tak tahu dimana dia sekarang ni.
Pin!!
Pin!!
Terbuntang mata Tiara. Dia memejam matanya rapat-rapat, ini kali kedua dia hampir kena langgar. Kalini kalau ini ajalnya dia redha.
1 saat
2 saat
3 saat
Ehh tak jadi apa-apa pun. Tiara membuka matanya perlahan-lahan lalu memandang kereta yang hampir melanggarnya tadi.
"Kau asal berhenti tengah jalan??? Tengah-tengah malam buta pulak tu" kata seseorang
"Encik tolong saya encik.. ada orang kejar saya"
Lelaki itu memandang Tiara atas bawah. Matanya terpandang kaki Tiara yang terluka itu. Lepas sahaja memandang Tiara, lelaki itu memandang ke arah sekumpulan lelaki yang tidak jauh darinya.
"Woii Frank apa yang lama sangat??? Kau langgar dia ke apa???" Soal Aryan
"Aku tak langgar pun.. kau datang sini" panggil Frank
YOU ARE READING
MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]
Action⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ Dia Aryan Benjamin seorang lelaki bermata biru yang berasal dari Itali. Dia seorang yang kejam dan tiada perasaan atau lebih tepat icerberg. Ramai orang mengenalinya sebagai usahawan berjaya tetapi ramai yang tidak mengenalinya dari...