Aisyah mengetuk-getuk mejanya berulang kali. Jam di tangan di kerling untuk kali yang ketiga. Keluhan terlepas di bibirnya. Janji nak jumpa jam 1 tapi sekarang ni dah jam 2. Janji melayu betul. Nasiblah sayang kalau tak dah lama dah blahh. Minuman yang di ordernya tadi pun sudah habis.
Aisyah memandang sekeliling mencari susuk tubuh yang sejak tadi di tunggu. Namun hampa jangankan hidung, bayang pun tak nampak.
Aisyah meyembabkan kepalanya di atas meja. Tangan menjadi alas buat kepalanya bagi menghilangkan rasa sakit. Rasa macam nak jerit je.
"assalamualaikum.." sapa seseorang. Terus Aisyah mengangkat kepala tatkala mendengar seorang memberi salam. Senyuman terus terukir di bibirnya.
"walaikumsalam abangg... " jawab Aisyah teruja.
"duduklah.. " pelawa Aisyah. Dia menongkat wajahnya memandang orang itu. Hilang terus penatnya. Hilang rasa marahnya.
"kau dah kenapa tersengih-tersengih.. " sergah Luth Zafran dengan jelingan tajam. Aisyah tersenyum sumbing.
"asiyah rindu kat abang" katanya tanpa segan silu. Dia tertawa kecil mendengar kata-katanya sendiri.
"kau jangan nak menggatal sangat." sinis Luth Zafran berkata. Namun langsung tidak membuatkan Aisyah berkecil hati. Jiwa kental betul.
"abang nak oder ke? Aisyah boleh tolong orderkan." ujar Aisyah. Baru saja dia ingin mengangkat tangan untuk memanggil pelayan tapi Luth Zafran sudah terlebih dahulu menghalang.
"no need. Aku ada mulut sendiri nak cakap." bantahnya. Aisyah mengangguk seraya kembali menongkat wajahnya memandang Luth Zafran.
Pelayan perempuan yang di panggil oleh Luth Zafran tadi datang mendekati. Dengan senyuman mengoda dan gedik. Maklumlah siapa je tak cair bila tengo wajah kacak seperti Luth Zafran.
"nak order apa?" tanyanya dengan suara yang lembut. Aisyah menjeling tajam. Cemburulah tu.
"bagi coffee satu" jawab Luth Zafran.
"tu je ke?" tanya pelayan itu lagi. Tangan sibuk menulis pesanan di buku nota kecilnya.
"dah tu jelah. Pergi sana" halau Aisyah kasar. Menyampah betul dengan perangai sundal pelayan itu. Sempat pelayan itu menjeling tajam Aisyah sebelum berlalu pergi.
Luth Zafran merengus kasar dengan sikap Aisyah. Langsung tak ada rasa hormat langsung.
"ada apa abang nak jumpa aisyah?" Asiyah menyoal. Kembali ke tujuan mereka berjumpa. Hairan juga dia bila Luth Zafran mahu berjumpanya. Selalu kalau nak ajak keluar bukan main susah lagi. Ni entah jin mana yang sampuk Luth Zafran. Tak ada angin tak ada ribut tetiba je nak jumpa.
"kenapa setuju?" tanyanya tegas. Tangan memeluk tubuh sendiri. Pandangan tajam di berikan kepada Aisyah.
"setuju apa?" berkerut dahi Aisyah tatkala di tanya dengan soalan itu. Pandang Luth Zafran di balas dengan pandangan tidak faham.
Luth Zafran tertawa sinis mendengar pertanyaan itu. Jelas ketawa yang di buat-buat.
"tak payah nak berlakon sangat?" ujarnya menyampah.
"serius aisyah tak faham. Abang cuba cakap terus terang. Aisyah betul-betul tak faham" katanya separa merayu.
"kenapa setuju nak kawin dengan aku?" Terus Aisyah terdiam mendengar soalan itu. Bibir bawah di gigit. Senyumannya cuba di tahan.
"eerrkkk.. " jujur dia tak tahu nak balas apa. Ya, memang betul ibu Luth Zafran datang meminang ke rumahnya. Apa lagi Aisyah tak perlu berfikir panjang terus saja setuju. Siapa tak suka kawin dengan crush sendiri? Kalau ada orang yang tolak memang melepaslah jawabnya.
"apa?" tanya Luth Zafran kasar. Aisyah mengaru kepalanya di sebalik tudung itu. Sengihan terukir di bibirnya.
"aisyah balik dulu ye abang.. " tanpa sempat Luth Zafran menjawab laju saja dia berlari keluar dari cafe itu.
"lovee you future husband... Byeee" flying kiss di berikan sebelum keluar. Tergesa-gesa dia keluar.
Luth Zafran ternganga melihat Aisyah yang sudah hilang daripada pandangan. Rahangnya bergerak-gerak menahan geram. Lagi-lagi bila Aisyah bagi flying kiss. Rasa macam nak tampar je wajah tak tahu malu tu.
🌹🌹🌹🌹🌹
"mama.. Ooo.. Maaa..." jerit Aisyah di depan pintu. Aisyah membuka sandal sambil masih menjerit-menjerit memanggil mamanya.
"ya allah.. Anak siapalah ni jerit-jerit" datang wanita kira-kira berumur 50-an. Aisyah mencapai tangan tua itu sebelum di kucup lembut.
"anak kepada kadijah dan daut lah.. " jawab Aisyah. Kadijah nama mama Aisyah. Daut pula nama papanya.
"rindunya dekat mama.. " tubuh kadijah di peluk erat. Pipi kanan mamanya di cium.
"mehh.. Masuk dalam. " ajak kadijah. Aisyah memaut lenggan mamanya sambil menuju ke ruang tamu.
"papa mana?" tanya Aisyah. Matanya meliar mencari papanya, daut.
"kat atas. Tidur. Penat sangat kut." jawab kadijah. Aisyah mengangguk. Kepalanya di rebahkan di paha mamanya.
"macam mana tadi? Okey?" kadijah mengusap lembut kepala anaknya yang masih bertudung. Serta merta Aisyah tersenyum mengenangkan perjumpaannya tengah hari tadi.
"okey je. Abang Luth tu handsome sangatlah ma.. Rasa nak kawin cepat-cepat." dengan gedik dia berkata. Kadijah menggeleng kepala melihat tingkah laku anaknya.
"gatal anak mama ni yee" pipi Aisyah di cubit geram. Memgaduh kesakitan Aisyah sambil mengusap pipinya yang di cubit tadi.
"mengantuklah.. " rengek Aisyah. Matanya di pejam.
"dah naik atas. Tidur kat atas." arah kadijah. Aisyah langsung tidak memberi respon. Matanya masih lagi di tutup rapat.
"dengar tak mama cakap ni?" Aisyah mengumam kecil.
"nak tidur kat atas paha mamalah.. " ujarnya.
"manja tau anak mama ni. Dah nak kawin dah. Tapi perangai masih lagi tak ubah-ubah" omel kadijah.
"alahhh.. Nanti kalau aisyah dah kawin tak bolehlah nak manja dengan mama lagi." rungut Aisyah. Bibirny di muncungkan.
Kadijah tersenyum. Kepala Aisyah di usap lembut lagi. Sungguh anaknya ini memang manja. Inilah satu-satunya anak yang dia ada. Berharap Luth Zafran akan menjaga permata hatinya ini. Dahi Aisyah di kucup lembut. Terdengar denguran halus dari bibir Aisyah. Dah tidur rupanya. Aisyah memang tak boleh baring. Kalau baring mesti tidur terus.
YOU ARE READING
My Princess
RomancePutri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang manja seperti budak 5 tahun amat merimaskan sesiapa saja. Manja yang tidak boleh di tengking. Sentiasa ingin melekat. Yang lagi hangat, Asiy...