BAB 19

5.6K 189 1
                                    

"abang lama lagi ke?" masuk dah 6 kali Aisyah bertanya soalan yang sama.

"kejap lagi..." jawab Luth Zafran tanpa memandang Aisyah. Dia sibuk menaip entah apa di komputernya. Sesekali dia juga akan menulis sesuatu di fail. Dan begitulah berulang kali.

Aisyah mengeluh. Setiap kali dia bertanya itu saja jawapannya. Dengan lemah dia berjalan masuk ke dalam bilik rehat khas Luth Zafran. Dia membuka tudung. Terus saja dia merebahkan dirinya di kantil itu.

Bosan hanya Allah yang tahu. Dah hampir 2 jam dia dekat sini. Nak keluar pun Luth Zafran tak bagi. Alamat mereputlah kat sini.

Dia memejam mata. Penghawa diingin itu betul-betul membuatkan dia mengantuk. Sedar tak sedar dengkuran halus kedengaraan. Akhirnya terlena juga Aisyah.

Luth Zafran merenggangkan bahunya. Terasa sakit apabila sejak tadi lagi tidak berhenti membuat kerja.

"assalamualaikum.." salam seseorang menarik perhatian Luth Zafran. Dia mendonggak memandang gerangan yang masuk.

"walaikumsalam.. Kau nak apa?" tanyanya. Mata kembali fokus ke arah komputernya.

Afif menarik kerusi sebelum duduk bertentangan Luth Zafran. Mata meliar mencari seseorang.

"bini kau mana?" tanyanya.

"ada kat bilik. Tidur kut" jawab Luth Zafran. Acuh tak acuh.

"ni aku nak bagi fail fasal penambahan doktor pakar bedah yang kau minta hari tu." beritahu Afif serius. Bab kerja memang dia akan serius.

"dah ada ke?" Luth Zafran mengambil huluran fail itu.

"dah.. " balas Afif. Riak mukanya seperti ada sesuatu yang merisaukan.

"aku harap kau tak terkejut bila kau tengo nanti" ujarnya. Luth Zafran mengerut dahi. Laju saja dia membuka fail itu. Matanya terbuntang. Berkali-kali dia membaca nama yang berada di dalam fail itu. Kepala di gelengkan tidak percaya.

"su..suraya ke ni?" jelas wajahnya yang terkejut. Bertambah terkejut melihat anggukan daripada Afif.

"suraya yang mana? Kau jangan cakap suraya... "

"memang suraya bekas girlfriend kau. Kenapa? Kau sukalah?" sengaja Afif menekan perkataan bekas itu.

Luth Zafran meraup kasar wajahnya. Hatinya berdegup laju saat nama itu bermain di fikirannya. Sudah lama dia cuba mengusir nama itu. Namun kenapa ia kembali lagi? Dia sendiri tidak tahu kuatkah hatinya nanti bertemu dengan bekas kekasihnya nanti selepas hampir 2 tahun mereka berpisah. Sedangkan dengan menyebut nama saja sudah membuatkan jantungnya berdegup laju. Apatah lagi berjumpa dengan embun badannya.

"aku harap kau tak akan patah balik. Ingat kau dah ada isteri." pesan Afif tegas. Lutj Zafran mengeluh lemah. Fikirannya buntu.

"bila dia balik sini?" tanyanya.

"entahlah. Mungkin bulan lepas. Dia tengah tunggu nama dia kena panggil je. Mungkin lusa dia akan mula berkerja." ujar Afif. Dia memandang lama wajah sahabatnya itu. Dia tahu Luth Zafran terkejut. Dia pun terkejut juga. Ini kan lagi Luth Zafran.

My PrincessWhere stories live. Discover now