2 TAHUN KEMUDIAN
"papa dah balik.. " jerit Luth Zafran sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Senyuman terukir bila melihat 2 kembar anaknya itu berlari terkedek-kedek mendekatinya.
Dia duduk mencangkuk. Tangan di depa menanti anaknya masuk ke dalam pelukan. Tidak sampai seminit kedua kembar itu sudah erat memeluknya.
"papa.. " ujar Allisyah dan Amanda serentak. Luth Zafran tersenyum kecil sebelum mengucup lembut dahi kedua anak kembarnya. Sudah 2 tahun kedua usia anaknya. Comel pula tahap nak kunyah-kunyah.
"indu.. " jawab Amanda sebelum mengucup lembut pipi kanan Luth Zafran.
"isya pun indu papa.. " sampuk Allisyah lagi dengan pelat. Luth Zafran tertawa kecil. Sekali lagi kedua pipi anaknya di kucup silih-berganti. Geram sangat dengan pipi montel itu.
"mama mana?" tanya sambil mendukung Allisyah dan Amanda. Si kakak di kanan si adik pula di kiri.
"titu.. " lurus Allisyah menunding jari ke arah dapur.
"abang... " terdengar suara Aisyah menyapa dengan apron di badannya lagi berlari ke arah Luth Zafran terus di dakap tubuh suaminya tidak menghiraukan wajah cemberut anaknya yang masih berada dalam dukungan Luth Zafran.
"rindunya.. " ujar Aisyah perlahan. Dada Luth Zafran di kucup bertalu-talu. Luth Zafran tertawa kecil sebelum tunduk mengucup dahi isterinya.
"i miss you so much abang.. " bisik Aisyah. Dengan selamba dia mengucup sekilas bibir suaminya. Bulat mata Luth Zafran.
"sayang.. Ada anak ni!" tegur Luth Zafran. Aisyah menjelir lidah ke arah kedua anaknya yang terkebil-kebil memandangnya.
"papa.. Mama punya" ujarnya sebelum menarik Allisyah dan Amanda turun dari dukungan Luth Zafran. Merengek ke dua anak kembarnya itu. Aisyah tetap tidak mempedulikan malah tubuh Luth Zafran di dakap erat.
"papa sayang seorang mama je" usiknya. Tubuh Luth Zafran di goyang-goyangkan. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Semakin kuat Allisya dan Amanda meraung.
"suka sangat usik anak.. " bisik Luth Zafran sebelum mengucup lembut dahi Aisyah.
"papa.. " rengek Amanda. Kaki Luth Zafran di peluk sambil mendongak memandang wajah Luth Zafran dengan mata berkaca-kaca. Begitu juga Allisyah yang memeluk sebelah lagi kaki Luth Zafran.
"nak eyukk.. " kata mereka serentak.
"tak boleh. Papa mama punya" Aisyah pula yang menjawab.
"papa... " kuat si kembar menjerit. Aisyah dan Luth Zafran tertawa.
"yalah.. Kita boleh kongsi papa" pujuk Aisyah. Tubuh Luth Zafran di lepas. Laju saja kedua anaknya itu merengek mahu di dukung. Tanpa membuang masa Luth Zafran kembali mencempung Allisyah dan Amanda.
"kesian anak papa ni.. " pujuknya ssbelum mengucup dahi kedua anaknya.
"eee.. Mengada je dua orang ni. Tak malu peluk suami kita" perli aisyah seperti kebudak-budakan. Luth Zafran hanya mampu mengeleng. Memang beginalah rutin hariannya. Ada dua anak pun macam ada 3. Isterinya itu suka sangat mengusik Allisyah dan Amanda. Macam sekarang ni lah.
YOU ARE READING
My Princess
RomancePutri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang manja seperti budak 5 tahun amat merimaskan sesiapa saja. Manja yang tidak boleh di tengking. Sentiasa ingin melekat. Yang lagi hangat, Asiy...