BAB 48

9.8K 227 0
                                    

Aisyah mengerling ke arah sebelahnya sebelum mengeleng kecil. Perlahan-lahan dia bangun. Rambutnya yang serabai di sijat menggunakan carinya sebelum di sanggul tinggi. Dia menyelaj selimut yang membalut kakinya sebelum turun dari katil. Terus saja dia berjalan ke kamar mandi.

Setelah mengambil masa selama 20 minit barulah Aisyah keluar daru kamar mandi dengan hanya berkemban. Di lihat Irish masih lagi lena di buai mimpi. Dengan pantas Aisyah mengambil segala pakaian yang ingin di pakai sebelum di sarung ke tubuhnya.

Tuala yang di pakai tadi di letakkan semula. Dia bercekak pinggang memandang Irish. Bahu Irish di goyangkan kasar.

"rishh.. Bangunlah. Solat subuh.. " ajaknya. Irish merengkek. Dia menepis tangan Aisyah sebelum kembali menutup wajahnya dengan selimut.

"ya allah.. Bangunlah.. " jerit Aisyah.

"aku cutilah.. " jawabnya serak.

"kalau ya pun cuti pergi mandi. Bukan nak membuta sampai tengah hari" pesannya. Bukan dia tidak tahu perangai sahabatnya ini. Kalau dah cuti solat memang bangun tengah hari.

Dia mengambil pula telekungnya. Sejadah di ambarkan ke arah kiblat. Telekung tadi di sarung ke kepalanya. Dia mengangkat takbir memulakan solat subuhnya.

Terkumat-kamit mulut itu membaca doa yang sepatutnya. Irish pula masih lagi berada di katil. Siap berdengkur lagi.

Selesai saja menunaikan solat. Aisyah meraup wajahnya mengaminkan doa yang di baca sebentar tadi. Telekung yang di pakainya di buka sebelum kembali di letakkan semula ke tempat asalnya.

Tergeleng lagi kepalanya melihat keadaan Irish.

"rishh.. Bangunlah.. " kejutnya. Namun langsung tiada respin dari Irish.

"kau bangun cepat.. " desaknya. Irish merengus marah. Selimut yang menutup wajahnya di selak kasar. Dengan kasar dia bangun dari pembaringan. Di jeling tajam wajah Aisyah yang tersengih itu.

"dah.. Mandi cepat" ujar Aisyah. Tidak di hiraukan langsung wajah cemberut Irish.

"yalah.. Membebel je kerja" omel Irish. Aisyah tergelak. Dia terus keluar dari bilik mahu menuju ke dapur. Masa untuk masak sarapan.

Saat di sampai di dapur. Terlihat mamanya dan Datin intan sedang serenok berbual. Seorang mengusap bawang. Seorang lagi buat air.

"assalamualaikum mama, ibu" ujarnya. Menyentakkan kedua orang tua itu. Mereka berpaling serentak sebelum keduanya tersenyum.

"walaikumsalam.. Awalnya bangun. Ingatkan masih tidur" ujar Kadijah. Aisyah tersengih.

"yanh seorang tu mana?" tanya Datin intan pula. Aisyah melabuhkan punggungnya di sebelah Kadijah menolong mengupas bawang.

"ada kat atas. Tengah mandi" jawabnya. Sambil-sambil tangannya lincah mengupas bawang.

Datin intan mengangguk. Teko yang sudah terisi air kopi yang di buatnya di letakan di meja.

"nak masak apa ni ma?" tanya Aisyah.

"nasi goreng jelah. Ada nasi lebih semalamkan.. Sayang pula kalau buang.. " balas Kadijah. Aisyah mengangguk.

My PrincessWhere stories live. Discover now