Aisyah termenung jauh memandang orang yang lalung-lalang di hadapannya. Alhamdulillah sudah seminggu dia tinggal di negara asing inu semuanya berjalan lancar.
Coffie di tangannya di hirup sedikit. Cuaca di amsterdam ini sangat meyenangkan. Dia mengigit sedikit sandwic yang di ordernya tadi. Baru saja beberapa kunyahan tiba-tiba soerang jejaka menegurnya.
"Aisyahh?" Aisyah mendonggak tatkala namanya di panggil. Berkerut dahinya.
"Aisyah right?" tanyanya. Perlahan-lahan Aisyah mengangguk. Dahinya masih lagi berkerut.
"dah tak kenal ke?" usik lelaki itu dengan gelakan kecil. Aisyah tersenyum hambar sambil mengaru keningnya.
"sorry.. Tapi saya lupa.. " ujarnya dengan nada perlahan. Lelaki tadi dengan selamba menarik kerusi berhadapan Aisyah.
"sampai hati tak ingat saya.. " kata lelaki itu. Wajagnya bertukar muram. Lebih kepada di buat-buatkan.
"sayalah... Sir Faris" ujarnya. Serta merta mulut Aisyah terbuka besar. Dengan pantas dia berdiri dan menunduk sedikit tanda hormat.
"sirr... Sorry.. Saya tak kenal sangat tadi" Berkali-kali Aisyah memohon maaf. Lelaki yang di katakan Faris tadi tergelak kecil.
"no.. It's sokay.. Lagi pun dah lebih 6 tahun kita tak jumpakan.." kata Faris. Aisyah mengangguk.
"Aisyah tak banyak berubah pun dari dulu sampai sekarang.. " Aisyah tersenyum malu.
"dulu nakal je kan masa saya masuk kat kelas.. Mengajar.." usik Faris.
"biasalah sir.. Zaman sekolah menengahkan.." balasnya. Ya, Faris ini dulu gurunya waktu dia tingkatan 5.. Tak sangkah pula jumpa kat sini.
"sir buat apa kat sini?" ramah Aisyah bertanya. Guru inilah yang mengajarnya subjek sejarah sampai berjaya. Dari C pergi A. Hebat bukannya.
"tak payah formal sangat. Sekarang awak bukannya pelajar saya lagi.. " ujar Faris.
"saya dah biasa panggil sir dengan panggilan sir.. " jawab Aisyah tersenyum kekok.
"biasakan diri tu.. " tegas Faris berkata. Aisyah hanya mengangguk sambil tersenyum.
"saya bercutilah..." beritahu Faris.
"ouh.. Sir seorang je ke?" tanya Aisyah lagi
"dengan isteri" sekali lagi Aisyah mengangguk. Lihat dari wajah berseri Faris seperti baru kawin. Honeymoon kut.
"okeylah.. Sir.. Aisyah ada kelas lagi lepas ni. Gerak dulu" pantas Aisyah berlalu. Sempat dia membalas lambaian Faris.
Tergesa-gesa Aisyah masuk ke dalam teksi. Sebenarnya dia bukan tak ada kelas pun hari ini. Jumpa Faris terus saja dia mengingatkan masa sekolahnya dulu.
Aisyah mengemas buku-bukunya. Tubuhnya terasa penat sangat. Maklumlah dah nak dekat waktu SPM kan. Asyik belajar jelah jawabnya. Dia mengerling sekilas ke jam dinding kelasnya. Tinggal dia seorang saja yang berada di kelas. Semua murid lain sudah balik. Baru saja dia mahu melangkah pergi. Tiba-tiba dia bertembung dengan Faris.
YOU ARE READING
My Princess
RomancePutri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang manja seperti budak 5 tahun amat merimaskan sesiapa saja. Manja yang tidak boleh di tengking. Sentiasa ingin melekat. Yang lagi hangat, Asiy...