"Luth mana?" tanya Kadijah. Aisyah yang sedang sibuk menyediakan sarapan itu menoleh sekilas sebelum kembali meyambung kerjanya.
"entahlahh.. Ada kat atas kut" jawabnya nak tak nak saja. Kadijah yang mendengar terus menolak lembut tubuh Aisyah. Dengan selamba dia mengambil ahli Aisyah yang sibuk buat kopi untuk sarapan nanti.
"ma.. Biar Aisyah buat yang ni" ujar Aisyah. Tangannya cuba mengambil semula teko itu tapi pantas kadijah menghalang.
"pergi panggil Luth.. " arahnya.
"nanti dia pandailah turun sendiri.. " jawab Aisyah. Kadijah mengeleng kecil. Dia memandang wajah Aisyah tajam. Dengan kerterpaksaan akhirnya Aisyah berjalan juga pergi ke atas. Bukannya dia tak faham maksud pandangan itu.
Biliknya itu di buka. Terlihat Luth Zafran sibuk mengikat tali lehernya.
"mama panggil turun sarapan.. " beritahunya tanpa tenaga. Luth Zafran tersentak sebelum memandang ke arah Aisyah yang masih tercegat di hadapan pintu. Senyuman kecil terbit di bibirnya.
"mehh.. Sini kejap.. " panggil. Aisyah tidak membantah. Di ikutkan saja suruhan suaminya. Dia berdiri betul-betul berhadapan Luth Zafran. Kepalanya mendongak memandang Luth Zafran lebih jauh tinggi berbandingnya.
"tolong ikatkan.. " pinta Luth Zafran manja. Aisyah mencebik tapi tangan ikut juga apa yanh di suruh Luth Zafran. Di ikat kemas tali leher berwarna biru tua itu. Luth Zafran tersenyum suka. Tangannya mula gatal bergerak ke pinggang isterinya. Menarik sehingga tubuh Aisyah melekat di tubuhnya sendiri.
"lepaslah... " marah Aisyah. Tangan menampar-nampar dada Luth Zafran. Namun rontaan dan rayuannya tidak di hiraukan malah semakin ketat pula Luth Zafran memeluknya.
"cepatlah ikatkan.. " arahnya. Dengan wajah cemberut Aisyah mengikat kembali tali leher Aisyah.
"dah siap.. Lepas" di tolak kembali dada Luth Zafran saat kerjanya sudah selesai. Luth Zafran melepaskan pelukan namun sempat juga ciuman kasih hinggap di dahi Aisyah.
"thank you sayang.. "
"apa-apa jelah.. Turun. Mama dah panggil" balas Aisyah langsung tiada kemesraan. Luth Zafran dengan pantas mengejar langkah Aisyah mahu turun bersama-sama.
"dah turun pun.. " tegur Daut yang sudah sedia di meja makan.
"jemput makan Luth.. " pelawa Kadijah lembut. Luth Zafran menarik kerusi bersebelahan isterinya sebelum melabuhkan punggung di situ. Terlihat hidangan makanan mereka untuk sarapan hari ini ialah nasi lemak.
"Aisyah.. Cedoklah untuk Luth" arah Kadijah. Tanpa riak Aisyah sekali lagi dalam keterpaksaan melayan suaminya. Selepas itu terus pinggan itu di hidang di hadapan Luth Zafran.
Tanpa membuang masa nasi lemak tadi teru saja di makan oleh Luth Zafran walaupun dia kurang gemar memakan makanan berat pada awal pagi tapi di gagahkan juga dirinya.
Setelah menghabiskan sepinggan nasi lemak, luth Zafran menhirup sedikit kopi di sisinya.
"tambahlah lagi.. " ujar Daut. Luth Zafran mengeleng kepala tanda tidak mahu sebelum dia bangun dari duduk. Dia mendekati Kadijah dan daut lalu kedua tangan itu di salam silih berganti.
YOU ARE READING
My Princess
RomancePutri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang manja seperti budak 5 tahun amat merimaskan sesiapa saja. Manja yang tidak boleh di tengking. Sentiasa ingin melekat. Yang lagi hangat, Asiy...