"assalamualaikum... " salam Luth Zafran. Kasutnya di buka sebelum masuk ke dalam. Dia mengerut dahi melihat isterinya tidak menyahut salam.
"sayang.. " jeritnya namun tetap sama. Tiada langsung sahutan. Perlahan-lahan dia mendaki tangga. Bilik Aisyah di tuju. Baru saja pintu di buka terlihat Aisyah juga turut membuka pintu. Dua-dua tersentak.
"assalamualaikum sayang.. " sapanya. Tanpa berkata apa dia terus menarik tubuh Aisyah lalu di peluk erat. Bibirnya mengucup ubun-ubun Aisyah. Biarpun baru berapa jam mereka tidak berjumpa, rindunya seolah-olah tidak berjumpa setahun.
Aisyah menolak lembut dada Luth Zafran sebelum mengambil tangan suaminya lalu di kucup sekilas. Luth Zafran tersenyum lebar.
"mama dengan papa mana?" tanyanya lembut.
"keluar.." jawabnya sepatah. Luth Zafran mengangguk sambil bibir masih mengukir senyuman.
"nak makan ke?" lembut Aisyah bertanya. Walaupun marah dan sakit hatinya masih berbekas di hati namun dia tahu dia harus melayan Luth Zafran kerana lelaki di hadapannya ini masih lagi bergelar suaminya.
"sayang ada masak ke?"
"belum lagi tapi kalau awak nak makan saya boleh masakkan kejap.. " ujarnya. Luth Zafran mengenggam tangan Aisyah. Matanya merenung mata Aisyah.
"tak payahlah.. Kita balik rumah ibu nak?"
Aisyah terdiam sejenak. Cuba memikirkan pelawa Luth Zafran. Dalam diam dia juga turut merindui ibu mentuanya. Kepala di angguk setuju.
"okeyy.. Sayang siap-siap tau. Lepas isyak kita gerak" arahnya. Pantas Aisyah mengangguk. Tangannya yang masih dalam genggam Luth Zafran cuba di leraikan namun semakin erat pula suaminta mengenggam.
"nak apa lagi?" bentaknya tidak selesa. Aisyah merengus marah.
"abang nak mandi.. "
"habis tu?" keningnya berkerut.
"nak mandi, mandilah. Takkan cacat" perli Aisyah selamba.
"hurmm.. Mandikan abang boleh?" pintanya manja. Tidak semena-mena pipi Aisyah bertukar warna.
"eee... Mandilah sendiri" rungutnya.
"abang gurau je lah. Sediakan baju abang boleh?" pintanya lagi dengan tawa kecil.
"okey.. Kalau macam tu lepaskan tangan saya" terus Luth Zafran melepaskan tangan Aisyah.
Senyumannya masih lagi terukir. Pintu yang tadi terbuka di tutupnya perlahan. Butang bajunya di buka satu persatu tapi matanya masih melekat pada tubuh Aisyah yang membelakanginya mencari baju di almari. Tali lehernya di lempar. Bajunya juga turut di lempar ka katil. Baru saja tangan bergerak mahu membuka tali pinggang jeritan Aisyah menghentikannya.
"AAHHHHH...!!" nyaring Aisyah menjerit.
"kenapa sayang?" kalut dia bertanya. Dia datang mendekati Aisyah tapo pantas Aisyah mejauhi dirinya. Tangannya masih menutup muka tanpa melihat Luth Zafran.
"kenapa?" sekali lagi dia bertanya.
"Ke..napa a..wak tak pakai baju ahh?" tergagap-gagap dia bersuara. Luth Zafran yang tadi berkerut-kerut wajah terus tersenyum kecil. Dengan langkah berhati-hati dia mendekati Aisyah.
YOU ARE READING
My Princess
RomancePutri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang manja seperti budak 5 tahun amat merimaskan sesiapa saja. Manja yang tidak boleh di tengking. Sentiasa ingin melekat. Yang lagi hangat, Asiy...