Irish memandang wajah Luth Zafran sekilas. Sejak mereka bertolak lagi abangnya itu senyap saja. Muka pula bukan main tegang lagi.
Dia menelan liur tatkala terasa kereta yang di bawa Luth Zafran semakin laju. Jantungnya mula berdegup dengan kencang. Tangan memegang erat bajunya bagi menghilangkan rasa takut bercampur gelisah.
"along.. Slowlah sikit. Bahayalah" rayunya dengan suara tertahan-tahan. Terasa mahu gugur jantung melihat Luth Zafran dengan berani memotong lori di hadapan mereka.
"along.. " kali ini suara sedikit kuat namun langsung tidak di hiraukan oleh Luth Zafran. Semakin dia menjerit semakin laju Luth Zafran membawa.
"alongg.. " lemah kini suaranya. Air matanya mula menitik dek rasa takut yang teramat. Tangannya mula mengigil membuktikan betapa takutnya dia saat ini. Mendengar esakan itu baru Luth Zafran sedar. Dia menghentikan kereta di tepi jalan.
"sorry.. " bisiknya perlahan. Tubuh Irish di bawa ke dalam pelukan. Dahi adiknya di kucup sekilas. Di usap lembut belakang tubuh Irish cuba meredakan ketakutan adiknya.
"shh.. Along minta maaf" pujuknya tatkala tangisan Irisg semakin kuat. Lama mereka berdua berpelukan sehingga Irish sendiri meleraikan pelukan mereka. Dada Luth Zafran di cubit kuat. Tidak cukup itu dia mengigit pula bekas cubitan itu. Menjerit kesakitan Luth Zafran jadinya.
"aww.. Sakitlahh" dia menolak-nolak kepala Irish menjauhi dadanya. Irish melepaskan gigitan. Senyuman sinis terukir melihat Luth Zafran yang mengusap dadanya sendiri.
"padam muka. Bawa lagi kereta laju-laju.. " ujarnya selamba. Dia membetulakan duduknya. Air mata yang masih bersisi di pipi di lap lembut. Luth Zafran pula masih mengusap dadanya. Bukan main-main Irish mengigitnya. Sepertu dadanya ini ayam KFC.
"jomlah balik" kata Irish. Tidak beriak rasa bersalah langsung melihat wajah cemberut abangnya. Luth Zafran merengus marah sebelum meyambung semula perjalanan mereka.
Suasana kembali sunyi. Masing-masing senyap. Irish mengeluh dalam diam.
"sorry sebab gigit along.. " perlahan saja suaranya meminta maaf. Luth Zafran menjeling tajam.
"ingat along ni ayam ke nak gigit kuat-kuat. Nasib baik along tak tampar tadi.. " marahnya. Irish mencebik.
"alonglah.. Bawa kereta macam tak cukup jalan." rungutnya tidak mahu mengalah.
"awas rish kalau dada along lebam. Along patahkan gigu rish semua baru tau" ugutnya. Tanpa dapat di tahan terletus juga tawa Irish. Terbahak-bahak dia ketawa apabila mengingat kembali jeritan Luth Zafran. Serupa macam orang nak beranak.
"gelak-gelak.. Kejap lagi along tinggal kat tepi jalan ni padan muka. Biar kena rogol ramai-ramai" selamba dia berkata. Terus tawa Irish termati. Bahu Luth Zafran di pukul kuat
"isshh.. Sampai hatikan doa rish nak kena rogol" rengeknya. Kali ini Luth Zafran pula tertawa.
"tau takut" omelnya. Irish mencebik bibir. Tangan memeluk tubuhnya sendiri. Dia memandang ke luar tingkap.
"tak sangkah kan kak su macam tu" ujarnya perlahan sambil mata masih memandang ke luar tingkap kereta. Luth Zafran tersentak. Hatinya yanh tadi sejuk kembali panas. Tangan mengengam erat stereng keretanya sehingga menampakkan urat-urat di tangannya.
YOU ARE READING
My Princess
RomancePutri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang manja seperti budak 5 tahun amat merimaskan sesiapa saja. Manja yang tidak boleh di tengking. Sentiasa ingin melekat. Yang lagi hangat, Asiy...