Luth Zafran mengeluh seketika sebelum membuka pintu rumahnya. Baru saja pintu di buka dia sudah dapat melihat isterinya yang duduk di ruang tamu. Mungkin menanti kepulangannya.
Aisyah terus berdiri dan mendekati Luth Zafran. Di kucup lembut tangan kasar itu sebelum mendonggak memandang wajah keletihan suaminya.
"abang okey ke?" tanya Aisyah lembut. Berlagak seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Luth Zafran tersenyum kecil. Entahlah kenapa dia terasa terharu dengan layanan Aisyah. Biar pun Aisyah tidak menunjukkan dia marah tapi dia tahu isterinya ini kecewa. Siapa je tak kecewa bila tahu suaminya keluar dengan perempuan lain. Lagi-lagi dengan bekas kekasih. Fuhh kejam betul.
"okey!" jawabnya sepatah. Aisyah mengangguk kecil.
"abang mandi lah dulu. Lepas tu kita makan. Ke abang dah makan dengan kak su?" soalnya. Ada nada cemburu jika di amati suara Aisyah.
Luth Zafran tersentak dengan soal itu. Lama dia memandang wajah isterinya. Semakin menebal rasa bersalahnya.
"taklah. Mana ada. Nanti aku turun." katanya. Walaupun pernyataan Aisyah itu tepat tapi dia tidak sanggup menghampakan Aisyah.
"tak payah paksa diri tu. Kalau abang dah makan, Aisyah okey je" ujarnya dengan senyuman kelat. Tidak mahu memaksa suaminya.
"tak.. Aku belum makan lagi" pujuk Luth Zafran. Aisyah mengangguk seraya berlalu ke dapur menyediakan makan malam Untuk Luth Zafran.
Hilang saja bayang Aisyah, Luth Zafran melepaskan keluhan. Fikirannya butuh saat ini.
Selepas saja dia mandi dia terus turun ke bawah. Dia kelibatan isterinya masih meyediakan makanan. Sebenarnya perut dia dah kenyang gila tapi kesian pula tengo Aisyag sudah hidangkan makanan.
"makanlah abang.. " pelawa Aisyah. Luth Zafran tersenyum sambil mengangguk kepala. Aisyah menyedok nasi ke pinggan Luth Zafran. Lauk kegemaraan suaminya juga di hidang.
"kau tak nak makan ke?" tanya Luth Zafran. Hairan melihat Aisyah hanya memandangnya makan.
"suapkan boleh?" katanya manja. Sengaja matanya di kedip-kedip kan. Lama dia tak manja-manja dengan suaminya.
Tanpa berkata apa-apa Luth Zafran terus menyuap nasi ke dalam mulut Aisyah. Layankan saja lah perangai isterinya. Bila dia bersama Aisyah hatinya terasa tenang saja.
"comot.. " ujarnya sambil mengelap butir nasi di hujung bibir Aisyah.
"hihihihi.." Aisyah tergelak kecil. Lupa terus tentangan nama suraya yang sejak tadi menjadi fikirannya.
Kalau di lihat perangai Luth Zafran sekarang dah serupa macam hiprokit. Sekajap dengan Suraya. Sekejap dengan Aisyah. Mana satu sebenarnya yang dia sayang ni?
"minggu depan ni aku nak pergi bercuti dengan staf aku" beritahu Luth Zafran. Terus Aisyah memandang wajah suaminya.
"nak ikut?" katanya teruja.
"kami bukannya tidur kat hotel. Kami berkelah. Tidur kat khemah"
"tak apalah. Aisyah okey je" pujuknya dengan nada yang mendayu-dayu.
YOU ARE READING
My Princess
RomancePutri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang manja seperti budak 5 tahun amat merimaskan sesiapa saja. Manja yang tidak boleh di tengking. Sentiasa ingin melekat. Yang lagi hangat, Asiy...