BAB 4

5.7K 217 3
                                    

Aisyah berlari anak menuruni tangga. Mulutnya tidak berhenti-henti membebel memarahu dirinya.

"maa.. Aisyah pergi dulu" ujarnya saat mata melihat kadijah yang sedang elok duduk di ruang tamu. Tangan mamanya terus di ambil dan di kucup.

"ha.. Tulah bangun lambat lagi" sindir mamanya. Tergeleng kepalanya melihat anak daranya terkecoh-kecoh keluar rumah. Asiyah sekadar tersengih. Sandal hitamnya di ambil lalu di sarung di kaki.

"byee.. Ma" pipi kanan kadijah sempat di cium sekilas sebelum berlari masuk ke dalam keretanya. Kadijah melambai tangan dengan senyuman manis.

"hati-hati" sempat dia menjerit memberi pesanan. Kerera anaknya di pandang sehingga hilang.

Aisyah mengerling jam di pergelangan tangannya sebelum mengeluh lemah.

"matilah kau aisyahh" omelnya sendiri. Sehabis baik dia menekan pedal minyak. Berharap dia akan cepat sampai ke destinasi.

Sekali lagi jam di lihat. Jantung dah berdegup laju. Aduh. Salahnya juga lepas solat subuh terus tidur. Bangun-bangun je dah jam 10. Janji nak jumpa jam 9.30.

Hati kecilnya berdoa agar tidak d8 marahi. Nafas di tarik panjang sebelum di hembus keluar perlahan.

Asiyah berlari anak saat matanya dapat menangkap susuk tubuh yang membelakanginya. Semakin dia mendekati semakin kuat degupan jantungnya berirama. Dengan keberani dia menyapa.

"assalamualaikum abang.." sapanya lembut. Serta-merta orang itu memusingkan badannya. Asiyah menelan kelat air liurnya apabila mata hazel itu tajam memandangnya. Semakin kuat jantungnya berdegup.

"sorryy.. Lambat" katanya perlahan. Senyuman kecil di hadiakan buat jejaki itu. Berharap benar supaya tidak memarahinya.

"asal lambat?" tanya suara garau itu. Aisyah tersengih. Tangan mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"aisyah.. " baru saja dia mahu menjelaskan. Tangan besar itu terarah di wajahnya. Betul-betul di hadapannya.

"tak payah explain" ujarnya kasar.

"dah cepatlah jalan" sergah jejak garang itu. Rasanya siapa? Mestilah Luth Zafran. Siapa lagi.

Tergopah-gopah Aisyah mengejar langakah Luth Zafran. Dia berjalan di sisi lelaki itu.

"kita nak ke mana?" tanyanya sambil mendonggak memandang Luth Zafran. Maklumlah ketinggian mereka jauh berbeza. Asiyah hanya separas bahu lelaki itu saja.

"nak ke mana lagi kalau bukan pergi butik kawan ibu. " jawabnya mendarat. Tangan di masuk ke dalam poket seluarnya. Lelaki ini nampak santai sangat tapi tetap mengancam kalbu.

Aisyah menggangguk faham. Dia senyap membuatkan keadaan mereka sunyi sepi. Nak ke Luth Zafran bercerita panjang lebar kat dia. Memang taklah.

Sampai saja di butik yang di perkatakan tadi. Terus mereka di sambut oleh wanita umur seperti Luth Zafran. Umur Luth Zafran tahun ini sudah menginjak ke angka 30. Aisyah pula masih 23 tahun.

"nak ambil tempahan hari tu ke?" tanya pelayan butik itu. Luth Zafran mengangguk.

"sila duduk dulu ye" pelawanya sopan. Serentak Aisyah dan Luth Zafran duduk di sofa yang khas untuk menunggu. Aisyah menjeling sekilas Luth Zafran yang seronok bermain IPhone nya.

My PrincessWhere stories live. Discover now