Aisyah menilik diri di cermin tandas itu. Di lihat penampilanya di cermin. Dari atas sampai bawah. Dia rasa berdebar-debar. Ini memang kerja gila. Dia meraup wajahnya kasar. Belum cuba belum tahu.
Nafas panjang di tarik sebelun di hembus perlahan. Bibirnya terkumat-kamit memberi semangat kepada dirinya.
Tombol pintu kamar mandi di buka perlahan. Dengan lafaz bismillah dia menapak keluar dari kamr mandi itu.
Dia terkaku seketika saat terpandang mata dengan Luth Zafran. Otaknya secara tiba-tiba tidak berfungsi. Kakinya bagaikan di gam untuk terus berdiri.
Luth Zafran tidak berkelip memandang susuk tubuh yang terkaku itu. Dengan baju yang memang seksi. Liur di telan. Nafasnya mula terasa sesak.
"abang.. " tegur Aisyah lembut. Dia berjalan perlahan mendekati suaminya yang duduk di kantil. Dengan kepala di lentok di kepala kantil. Kaki melujur lurus di kantil.
Dia dengan berani duduk di atas paha Luth Zafran. Tangan melingkari leher suaminya.
"erkk.. Ka..u kau kenapa?" tergagap-gagap Luth Zafran bertanya. Ingat iman dia kuat sangat ke?
"nak abang boleh?" suara Aisyah dengan sengaja di lembutkan. Di buang jauh-jauh rasa malunya.
"aisyah... Aku.. "
"sshh.. " belum senpat Luth Zafran berkata lebih lanjut. Aisyah sudah menekan jarinya di bibir Luth Zafran. Menyuruh lelaki itu untuk terus diam.
"aisyah dah sedia. Aisyah nak jadi milik abang luar dan dalam. Aisyah dah sedia nak tunaikan tanggujawab Aisyah menjadi isteri sebenar-benar buat abang" luahnya tanpa ada yang tersekat.
Melihat Luth Zafran hanya diam tidak bersuara membuatkan dia gusar sendiri. Tanpa berkata apa dia terus menyambar bibir merah Luth Zafran.
Lama dia mengucup bibir merah itu. Dia seakan-akan tergoda. Hanyut dengan dunianya sendiri.
"Aisyah.. " Luth Zafran menolak lembut bahu isterinya. Memperhentikan perbuatan itu. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilakukan Aisyah tadi.
"Aisyah.. Kau okey tak ni?" tanyanya hairan.
"tak! Aisyah nak abang" katanya. Sekali lagi bibir itu di kucup berani. Tangan Luth Zafran di bawa ke bahunya. Menyuruh untuk membuka tali halus gaun tidurnya. Sungguh dia nekad menjadi milik mutlak Luth Zafran.
"Aisyah... Kau gila ke?" jerkah Luth Zafran. Kali ini di menolak kasar bahu Aisyah. Membulat matanya memandang Aisyah.
"iya. Aisyah sebab abang. Aisyah nak jadi milik abang" ujarnya separuh menjerit. Tidak menghiraukan pandangan terkejut Luth Zafran. Dia menunduk lagi. Mencium bibir itu. Dia sendiri tidak faham apa yang merasuk dirinya tika itu.
Dengan sekali tolakan Aisyah jatuh dari riba Luth Zafran. Dia memandang wajah bengis suaminya. Luth Zafran berdiri. Membiarkan Aisyah terpinga-pinga.
"abang.. " panggil Aisyah lembut. Tangan suaminya cuba di rai namun dengan kasar Luth Zafran menepis
"kau dah terangsang sangat ke? Dah tak tahan sangat sampai sanggup serah diri macam tu?" jerkah dengan nafas turun naik melawan amarah. Di pandang tajam Aisyah yang duduk tersipu di atas kantil.
"salah ke Aisyah serah diri dengan suami Aisyah? Salah ke? " tanyanya semula. Pandangan tajam itu langsung tidak menakutkannya.
"tak salah. Tapi aku tak sedia lagi. Cara kau tu macam terdesak sangat. Aku tak pernah lagi jumpa perempuan tak tahu malu macam kau. Even kalau perempuan tu serahkan diri dia dengan suami dia sekali. Dia tetap ada rasa malu. Tapi kau macam dah pelacur." katanya tanpa tapis.
Berkaca mata Aisyah. Pandangannya di jatuhkan ke arah jarinya. Di ramas sesama sendiri jari itu. Hatinya sedih, kecewa mendengar perkataan pelacur itu di sebut oleh suaminya sendiri.
"Aisyah minta ma..af. Aisyah cuma..cu..ma.. " tidak dapat Aisyah meneruskan kata-katanya. Sungguh hatinya pedih. Sangat sakit.
"sorry. Aisyah janji tak buat macam tu lagi" katanya. Dia bangun dan terus melangkah keluar dari bilik itu.
Luth Zafran mengeluh. Wajahnya di raup kasar. Rasa macam nak pukul-pukul saja mulutnya itu.
🌹🌹🌹🌹🌹
Aisyah bermain-main dengan air kolam itu. Di gerak-gerakkan kakinya dalam air itu. Tubuhnya sudah mengigil kesejukkan. Mana taknya dia terus saja keluar tanpa menukar pakaiannya. Nasiblah rumah jiran mereka jauh. Dah pakai baju tidur seksi macam ni.
Air matanya masih laju turun walaupun sudah hampir setengah jam dia duduk di luar ini. Walaupun di luaran dia kelihatan kuat, cerai namun dalam hatinya tiada siapa yang tahu. Bertapa meraungnya hatinya. Betapa hatinya menangis. Betapa pedihnya hatinya. Tiada siapa yang tahu.
Siapa saja tidak sakit hati di hina sebegitu dengan suami sendiri. Walaupun dia tahu Luth Zafran tiada niat langsung. Tapi... Hatinya tetap terasa sakit.
Dia juga perempuan biasa. Mahu kebahagian seperti pasangan seperti orang lain. Ada impian mahu mempunyai anak bersama suami tercinta.
Air matanya di seka perlahan. Dia penat menangis. Dia tahu suaminya itu masih tidak dapat melupakan cinta hatinya. Bukan dia tidak kenal. Sejak dia sudah jatuh cinta dengan Luth Zafran pun dia sudah tahu hati itu bukan miliknya. Malah segala momen bahagia Luth Zafran dengan kekasihnya itu juga dia tahu.
Dia juga pernah bertemu dengan kekasih hati Luth Zafran itu. Dia ingat lagi masa dia tidur kat rumah Luth Zafran dan masa itu juga Luth Zafran membawa kekasihnya datang ke rumah untuk makan malam. Masa itu hanya tuhan yang tahu. Api cemburunya menyala hebat tapi dia tidak mahu langsung menjadi penyebab pasangan bahagia itu musnah dengan kehadirannya.
Dia hanya mendiam rasa cintanya sehingga lah suatu hari Luth Zafran dengan kekasihnya di khabarkan putus. Tidak tunggu lama dia terua luahkan perasaannya walaupun hanya layanan hambar saja di balas oleh Luth Zafran.
Dan siapa sangkah akhirnya dia kini sudah menjadi isteri Luth Zafran. Setelah sekian lama dia menunggu.
"be strong Aisyah. Kau kena kuatkan hati kau. Kau kena ikat Luth Zafran betul-betul supaya dia langsung tak pandang bekas kekasihnya lagi. Kau kena sabar. Usaha kan tangga kejayaan" ujarnya sendiri. Mengumpul kekuatan untuk menawan hati lelaki itu. Dia perlu bersabar mengharungi kehidupannya untukbakan datang. Perlu banyak sabar dalam memenangi hati si beku itu.
Dia perlu buang rasa terkilan, perit, segalanya. Demi cinta hatinya. Bibir mengukir senyuman nekad. Dia akan pastikan Luth Zafran sentiasa akan pandang dia. Hanya dirinya. Bukan orang lain. Bukan bekas kekasih hatinya itu
YOU ARE READING
My Princess
RomancePutri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang manja seperti budak 5 tahun amat merimaskan sesiapa saja. Manja yang tidak boleh di tengking. Sentiasa ingin melekat. Yang lagi hangat, Asiy...