Luth Zafran mengucup lama dahi Aisyah. Pucat terlihat wajah isterinya itu. Senyuman di bibirnya sedari tadi menghiasi bibir. Bibir pucat Aisyah di kucup sekilas. Punggungnya kembali di dudukkan di kerusi bersebelahan Aisyah. Kali ini tangan Aisyah pula di genggam.
"hurmm.. " terdengar rengek dari Aisyah membuatkan Luth Zafran berdiri semula.
"sayang.. " di usap lembut pipi isterinya. Aisyah menceli matanya dengan susah payah. Wajah Luth Zafran benda pertama yang di lihat. Bibirnya tersenyum tipis.
"abang.. " bergetar suaranya.
"ye sayang.. Ada sakit kat mana-mana ke?" Tanyanya. Jelas nadanya yang terasa risau. Aisyah mengeleng perlahan.
"nak air.. " pintanya. Tekaknya terasa kering. Pantas Luth Zafran menuang air yang sudah tersedia di meja kecil itu sebelum di beri kepada Aisyah. Di bantu isterinya itu duduk.
"dah.. " Aisyah memberi semula cawan itu setelah memimunnya. Luth Zafran meletakkan kembali cawan itu sebelum fokus semula ke arah isterinya.
"baby?"
"baby okey.. " ujarnya seraya mengangguk. Aisyah mengeluh lega. Dia mengambil tangan suaminya lalu di letakkan di pipinya.
"rindu.. " ujarnya perlahan membuatkan tawa Luth Zafran terletus.
"dah jadi ibu pun manja.. " usik Luth Zafran sambil mencuit hidung mancung isterinya. Aisyah tersengih menayangkan gigi putih.
Bunyi pintu di tolak meyentakkan mereka berdua. Serentak Aisyah dan Luth Zafran memandang. Terlihat keluarga masuk ke dalam. Pantas Luth Zafran menyarungkan tudung ke kapala Aisyah bila melihat Afif juga turut ada.
"okey tak?" tanya kadijah. Kepala Aisyah di usap lembut.
"okey.. " jawab Aisyah sambil mengangguk kepalanya.
"mana baby?" tanya Daut pula. Baru saja Lutg Zafran mahu menjawab sekali lagi pintu itu terbuka. Semua mata memandang nurse.
"keadaan baby okey je alhamdulilah. Ni kita bagi susu ibu dulu ye.. " ujar Nurse yang membawa baby itu. Luth Zafran mengangguk.
"kembar ke?" tanya Aisyah terkejut. Luth Zafran tertawa sebelum mengangguk kecil.
"woww... " berkaca mata Aisyah.
"aik.. Tak kan Aisyah tak tahu. Dia yang lahirkan baby takkan tak tahu" kata Irish pelik.
"tak.. Aisyah tak perasaan pun masa bersalin tadi. Yang Aisyah tau teran je lepas tu Aisyah tak sedar. tak tahu pula ada dua baby. " beritahunya. Ada ke ibu jenis macam ni?
"lelaki ke perempuan?" tanya Datin intan pula sambil melihat kedua baby yang tidur nyenyak di katil khas mereka itu. Seorang berkain hijau seorang berkain pink.
"girls.. Luth dapar dua-dua perempuan" jawab Luth Zafran teruja. Anak-anaknya itu di pandang dengan pelbagai perasaan.
"ya allah comelnya" ujar Kadijah. Baby yang berbalut kain hijau itu di kucup sayang. Manakala baby yabg berbalut kain pink itu berada di dukungan Datin intan. Semua teruja.
YOU ARE READING
My Princess
RomancePutri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang manja seperti budak 5 tahun amat merimaskan sesiapa saja. Manja yang tidak boleh di tengking. Sentiasa ingin melekat. Yang lagi hangat, Asiy...