Irish meletakkan dulang di atas meja kecil sebelum menuangkan ke dalam cawan.
"jemput minun" pelawanya dengan senyuman hambar. Kalau bukan di sebabkan nasihat Ibunya sudah pasti di heret perempuan tak guna itu keluar. Siapa lagi kalau bukan Suraya.
"erk... Su ada jumpa Aisyah ke?" tanya Luth Zafran berhati-hati. Suraya tersenyum sinis.
"tadi kat tak cari Aisyah. Ni sibuk pula tanya orang. Apa kes?" perlinya.
"ehmm.. Saja je" jawab Luth Zafran perlahan. Air yanh di hidang oleh Irish tadi di hirup sedikit. Rasa janggal pula dengan adiknya tiba-tiba.
"jemputlah minum su" pelawa Datin Intan. Suraya hanya mengangguk sambil tersenyum.
"malu-malu taik kucing pula bakal KAKAK IPAR kita ni" usik Irish tapi dalam erti kata sebenar dia meyindir. Sengaja di tekan perkatan kakak ipar itu. Suraya tertawa kekok. Luth Zafran berkerut dahi.
"rish.. Okey tak ni?" soal Luth Zafran. Wajah Irish di pandang dalam. Irish tergelak kecil.
"okeylah. Rish nampak tak okey ke?" tergeleng kepala Datin intan melihat sikap anaknya itu. Dia tahu Irish geram sebenarnya. Dari cara percakapan pun dia dah tahu. Asyik meyindir je.
"harap lepas ni along lebih bahagialah dengan kak su ye.. " perlinya lagi sebelum berlalu pergi. Luth Zafran sudah terpinga-pinga.
"suraya jangan terasa pula dengan irish ti. Biasalah dara muda." Datin Intan mengusap belakang tubuh Suraya.
"ishh. Tak adalah makcik.. " Suraya mengeleng kepala.
"panggil ibu je.. Tak lama lagikan Suraya nak jadi menantu ibu" tersentak Suraya dan Luth Zafran. Masing-masing berpandangannya.
"bu.. "
"ibu taulah.. Jangan risau ibu restu" belum sempat Luth Zafran berkata. Datin intan terlebih dahulu berkata.
"siapa bagitau? Aisyah?" tanya Luth Zafran. Biarpun dia berasa lega kerana ibunya sudah tahu bagaimana perasaannya terhadap Suraya. Lepas ni tak payah takut terkantoi pula. Tapi hatinya terasa ada sesuatu yang kurang.
"memang Aisyah yang bagitau ibu. Sedangkan isteri Luth sendiri setuju apatah lagi ibu. Kalau kamu rasa itu yang terbaik. Ibu sokong je.. " katanya. Bahu Luth Zafran di tepuk perlahan. Luth Zafran membalas senyuman dengan Suraya.
"tapi.. Ibu harap lepas ni Luth lepaskan Aisyah. Biar dia pula cari kebahagian dia sendiri. Jangan ganggu dia" sempat Datin Intan berkata membuatkan senyuman Luth Zafran termati.
"ibu tau Aisyah tak sanggup bermadu. Jangankan Aisyah, ibu sendiri tak rela kalau ayah nak madukan ibu. Tapi..Aisyah sendiri suruh ibu restu hubungan korang. Selesaikan masalah Luth dengan Aisyah dulu. Lepaskan dia dengan cara yang elok. Bincang baik-baik.. Lepas tu baru fikir fasal majlis kamu berdua" pesannya dengan penuh kelembutan. Luth Zafrab diam tidak terkutik. Dia rasa seperti di perli. Dia tahu Ibunya sebenarnya kecewa dengannya. Bukan kah Datin intan pernah berkata, Aisyah adalah satu-satunya menantu yang dia akan terima. Tapi sekarang lain pula jadinya.
"ibu nak rehat kejap. Suraya borak rehatlah. Kalau nak tumpang tidur sini pun ibu okey je.. " ujarnya sebelum berlalu pergi.
YOU ARE READING
My Princess
RomancePutri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang manja seperti budak 5 tahun amat merimaskan sesiapa saja. Manja yang tidak boleh di tengking. Sentiasa ingin melekat. Yang lagi hangat, Asiy...