BAB 34

7.6K 217 4
                                    

Luth Zafran duduk di salah satu batu di situ. Dia hanya memandang kosong ke arah laut. Mereka baru saja membuat permainan lumba lari antara lelaki dan perempuan. Peluh di dahinya di lap lembut. Sejak kelmarin lagi hatinya tidak tenang.

Dia sentiasa memikirkan Aisyah. Puas di tepis, puas dia menaifkan namun semakin kerap pula bayangan Aisyah muncul di fikirannya.

Terlihat ramai kanak-kanak bermain-main di pantai. Senyuman terbit di bibir saat mendengar tawa keriangan kanak-kanak itu. Serta merta dia teringatkan Aisyah.

"abang.." panggil Aisyah lembut. Luth Zafran yang khusyuk menonton TV itu hanya mengumam kecil. Aisyah mencebik sebelum melabuhkan kepalanya di bahu Luth Zafran.

"abang.. " sekali lagi dia memanggil. Luth Zafran merengus. Aisyah ni selagi tidak di layan selagi tulah juga dia memekak.

"kenapa?" tanya dengan gaya malas. Tidak suka tumpuannya terganggu.

"abang nak ada anak berapa?" pertanyaan itu membuatkan Luth Zafran terkebil-kebil sendiri.

"abang... Aisyah tanya ni?"

"ehmm.. Aku pun tak tahu!" jawabnya sedikit gugup.

"alahhh.. Tak kan abang tak nak ada anak kut" rungut Aisyah.

"mestilah aku nak... Tapi.. "

"tapi apa??" pantas Aisyah mendonggak.

"bagi aku habis cakap dulu boleh tak?" marahnya. Di jeling tajam wajah Aisyah yang masih memandangnya itu. Aisyah tersengih malu.

"tapi..tak adalah.. " tidak jadi dia mahu meneruskan kata-katanya. Aisyah sudah mengerut dahi.

"tapi apa?" paksanya. Di goyangkan tangan Luth Zafran dengan wajah merayu.

"ishh...tak ada apalah.. " Luth Zafran menepis lembut tangan Aisyah.

"hurmmm... " Aisyah sekali lagi melabuhkan kepalanya di bahu Luth Zafran. Jemari Luth Zafran di genggam menjadikan jemari mereka bersatu.

"kalau boleh Aisyah nak ada anak dengan abang.." perlahan saja suaranya berkata.

"Aisyah nak ada anak kembar. Lepas tu nak semua perempuan. Aisyah tak nak lelaki.. " ujarnya. Luth Zafran menggeleng.

"habis tu kalau kau dapat anak lelaki juga macam mana?"

"kalau Aisyah dapat anak lelaki, Aisyah okey je. Tak kan nak buang. Lelaki ke perempuan semua Aisyah sayang" balasnya. Bibirnya sudah mengukir senyuman.

"abang.. " lembut Aisyah memanggil. Luth Zafran tidak menjawab. Dia hanya mengumam kecil saja.

"Aisyah nak baby boleh?" pintanya. Biar pun wajahnya sudah kemerahan tapi dia tetap menguatkan diri berkata. Luth Zafran tergamam seketika.

"aku..aku belum sedia lagi" katanya. Selalunya perempuan yang selalu tak sedia tapi ni lelaki pula. Dah terbalik.

My PrincessWhere stories live. Discover now