BAB 47

9.7K 220 1
                                    

Irish memandang Aisyah yang baru saja keluar dari kamar manda. Tangan Aisyah di tarik untuk duduk ke katil. Terpinga-pinga Aisyah mengikutnya.

"cepatlah.. Cerita" desaknya tidak sabar. Aisyah mengeleng kepala sebelum bangun menuju ke meja soleknya. Tidak di hiraukan wajah cemberut Irish. Rambutnya di sikat lembut.

"kejaplah.. Bagi aku sikat rambut aku ni jap. Lepas ni kita sembang. Tak menyabar betul" omel Irish. Sejak tadi lagi Irish mendesaknya.

Irish tersengih. Kepalanya di garu sambil mata masih memandang ke arah Aisyah yang ralit meyikat rambutnya.

"kau makin berisilah aisyah.. " komennya selamba. Aisyah tergamam sebelum meneliti tubuhnya di cermin. Berpusing ke kanan. Sekejap ke kiri.

"betul ke aku dah gemuk?" kalut dia bertanya. Irish tertawa kecil.

"bukan gemuklah.. Tapi badan kau berisi sikit dari sebelum ni" ujarnya. Aisyah mengeluh lega. Bukan setakat irish saja yang menegur tapi mamanya sendiri pun cakap benda yang sama.

"biasalah.. Makanan kat sana semua sedap-sedap.. " katanya. Selesai saja meyikat rambut dia berlalu pula ke arah tempatnya meyimpan losyen sebelum di sapukan di lengannya. Dia mendekati irish. Punggungnya di labuhkan ke katil bersebelahan Irish.

"nah.. Kau trylah pakai" Aisyah menyerahkan losyen. Irish terus saja menyambut. Di buka tutup losyen itu lalu di picit sedikit dan di letakkan di tangannya.

"wangikan?" tanya Aisyah sambil tangan masih bergerak-gerak di lengannya. Irish mengangguk.

"wangi sangat.. Kau beli kat mana?" berkali-kali Irish menghidu bau wangi dari losyen itu.

"kat sanalah.. Aku ada belikan untuk kau..nanti aku bagilah sebab aku malas nak cari kat beg" ujarnya. Serta merta Irish tersenyum lebar.

Seketika mereka diam. Masing-masing sibuk mengusap losyeb di lengan dan kaki mereka.

"siap.. " jerit Aisyah. Losyen tadi di letakkan semula. Dia kembali duduk di katil. Kaki di silakan. Irish juga begitu.

"okey kau mula dulu.. Ceritalah" ujar Irish. Aisyah menarik nafas dalam sebelum di hembus perlahan.

"apa yang aku nak cerita erk? Semua benda aku dah cerita kat kau" ujarnya. Jarinya mengetuk-getuk dagu lagak orang berfikir. Memang benar semua masalah suka dukanya sudah di cerita melalui panggilan video saja.

"ishh.. Kau ni. Tadi kata banyak benda konon nak cerita kat aku.. " rungut Irish. Aisyah tersenyum senget.

"hah.. Aku ada satu cerita ni yang aku belum cerita kat kau.. " ujarnya. Irish memandang penuh minat.

"kau kenal tak sir faris?" tanyanya. Irish mengangguk.

"kau jangan cakap kau jumpa dia kat sana.. "

"betul, betul, betul.. Pintar kawan aku ni" ujar Aisyah mengangguk sambil berkata serupa ipin. Kepala Irish di usap. Banggalah konon.

"serius ahh.. " bulat mata Irish memandang Aisyah. Bukannya dia tidak tahu yang Faris itu pernah menyukai Aisyah.

"betulahh.. Time tu aku baru berapa hari kat sana. Tiba-tiba terjumpa dia pula masa aku tengah sarapan... And then kami berbuallah macam biasa" cerita Aisyah.

My PrincessWhere stories live. Discover now