BAB 35

8.3K 236 2
                                    

Aisyahmenarik nafas dalam. Dia memandang satu-satu ke arah semua yang masih memandang. Dia berpandang mata dengan Irish. Irish mengangguk kecil sebelum tersenyum kecil.

"Aisyah.. " lembut suara Datin Intan memanggil. Sekali lagi Aisyah menarik nafas. Dadanya mula terasa sebak.

"sebenar Aisyah... Nak cerai dengan Abang Luth" ujarnya gugup. Dia menunduk. Tidak sampai hati mahu melihat wajah kehampaan ibu mentuanya.

"Aisyah.. Dah fikir betul-betul ke ni?" tanya Daut. Jelas riak wajahnya yang terkejut. Aisyah mengangguk.

"Kenapa pula Aisyah nak minta cerai? Luth ada buat apa-apa ke kat Aisyah?" gusar Datin Intan bertanya. Aisyah mengeleng kepala. Air matanya cuba di tahan.

"habis tu?" kali ini Luth Zaruddin pula bertanya. Irish mengeluh dalam diam. Dia tahu ibu dan ayahnya sangat sukakan Aisyah sebagai menantu mereka.

"Aisyah jangan senyap je. Cuba cakap dengan ibu" desak Datin Intan sebak.

"ibu.. Along tak pernah cintakan Aisyah" ujar Irish tiba-tiba. Semua mata memandangnya. Hal itu mungkin mereka sudah tahu tapi hati tua mereka berasa ada sesuatu yang tidak kena.

"ibu tau tapi cinta tu lama-lama akan timbul jugakan. Tak kanlah Luth tu tak sayangkan Aisyah selama 5 bulan ni. Mustahil" kata Datin Intan tidak percaya. Aisyah mengetap bibir mengawal tangisannya daripada berlagu.

"kak su dah balik sini." beritahu Irish perlahan. Ternyata semua turut terkejut. Semua mereka sudah tahu siapa gerangan yang Irish katakan. Datin intan mengusap dadanya yang kian mengasak sebak.

"Aisyah rasa ini jalan yang terbaik. Aisyah nak abang Luth bahagia hidup dengan pilihan hatinya." ujarnya berharap agar keputusaan di restui.

"kalau tu yang terbaik bagi Aisyah. Ayah okey je." suara Luth Zaruddin kedengaran. Aisyah tersenyum tipis memandang ayah mentuanya seolah-olah berterima kasih.

"papa pun okey. Papa setuju. Mungkin setakat ni saja jodoh korang. Kan?" Daut memandang wajah isterinya. Kadijah memeluk tubuh Aisyah. Belakang tubuh Aisyah di usap lembut cuba memberi kekuatan.

"mama sentiasa sokong apa juga keputusan Aisyah." bisiknya perlahan. Aisyah mengigit bibir. Pelukan Mamanya di balas.

Semua sudab tersenyum kecuali Datin intan. Aisyah mendekati ibu mentuanya. Tangan Datin intan di genggam kuat.

"ibu.. Janganlah macam ni. Ibu tak nak ke anak ibu gembira. Abang Luth mesti ada impiannya sendiri. Dia mesti nak hidup juga dengan pilihan dia kan. " pujuk Aisyah.

"tapi ibu nak Aisyah gembira juga.. " balasnya bergetar. Aisyah mengeluh sebelum menarik tubuh tua Datin Intan ke dalam pelukan.

"Aisyah dah cukup gembira sekarang ni bu. Aisyah akan bahagia bila tengo Abang Luth bahagia. Ibu jangan risau.. " tanpa dapat di tahan air mata Datin Intan menitis juga.

"ibu.. Sayangkan Aisyah tau.. " bergetar suaranya berkata. Aisyah tersenyum kecil.

"Aisyah pun sayang ibu.. " dahi Datin Intan di kucup sekilas.

"ibu janji tau jangan marah kat abang Luth. Aisyah yang buat keputusan ni" pesan Asiyah. Datin Intan mengangguk.

"nanti bila Aisyah dah ada mentua baru. Jangan lupa ibu pula" usiknya. Semua tertawa.

My PrincessWhere stories live. Discover now