BAB 28

5.8K 169 2
                                    

Aisyah tersenyum riang. Sekejap saja lagi mereka akan bertolak. Itu pun semua menaik van yang pihak hospital sediakan. Dia duduk di bilik Luth Zafran sementara mereka semua menghabis mesyuarat.

"jom.. " tiba-tiba saja kedengaraan suara Luth Zafran. Aisyah pantas berpaling. Terus dia berdiri. Bagasinya di tarik mendekati Luth Zafran. Namun perlahan senyumannya pudar tatkala Suraya juga turut berada di situ. Tipulah kalau dia langsung tidak cemburu. Mana-mana isteri pun akan cemburu.

"memandang van semua penuh jadi kita 3 je lah naik kereta sendiri" beritahu Luth Zafran. Aisyah mengangguk. Dia berbalas senyuman dengan Suraya. Walaupun tidaklah seiklas mana.

"jom abang.. " sengaja dia memeluk lenggan Luth Zafran. Memberi amaran bahawa Luth Zafran adalah miliknya. Tidak di hiraukan riak terkejut Suraya. Luth Zafran pula hanya menuruti. Sempat dia mengucap sorry kepada Suraya melalui pergerakan mulut. Suraya tersenyum kecil seraya tergeleng kepala.

Sampai saja di kereta milik Luth Zafran. Aisyah dengan pantas masuk ke tempat hadapan penumpang. Dia tak bodoh lagi nak bagi Suraya duduk dekat depan.

Luth Zafran mengeluh perlahan. Dari riak Suraya dia tahu wanita itu pasti berkecil hati.

"yeahh.. Jom jalan.. " jerit Aisyah teruja. Suraya di belakang hanya memandang luar tingkap kereta.

Luth Zafran sesekali memandang ke belakang melalui cermin keretanya. Kadang mereka akan bertentang mata lalu berbalas senyuman. Aisyah pula sejak tadi lagi sudah terbuai mimpi. Tadi bukan main teruja lagi. Mana tak nya. Semalam dia tak dapat tidur kerana terlampau teruja. Tak sabar-sabar.

Ini pun hanya staf yang terpilih saja yang ikut. 6 perempuan dan 7 lelaki. Termasuk Aisyah.

Dalam 2 jam setengah barulah mereka tiba ke destinasi. Suraya terus keluar dari kereta. Luth Zafran mengerling ke arah Aisyah sebelum keluhan di lepaskan.

"dah sampai ni bangunlah.. " kejut Luth Zafran dengan mengoyang-goyangkan bahu Aisyah. Terpisat-pisat Aisyah membuka matanya. Dengan susah payah dia kuatkan juga untuk bangun. Mata di gosok perlahan. Dia memerhati kawasan sekelilingnya. Semua di penuh hutan-hutan.

"kita berkhemah dekat sini ke?" tanyanya tidak percaya.

"yalah.. Tapi kat depan sikit. Kat sana ada pantai. Kat sanalah kita pasang khemah.. "  ujarnya sebelum keluar dari kereta. Bonet di tuju. Di keluarkan semua bagasi mereka bertiga.

"kak su tak takut ke?" tegur Aisyah mendekati Suraya yang berdiri tegak di salah satu pokok.

"nak takut apa pula?" tanya Suraya hairan.

"tak takut ke tinggal kat hutan ni?" soalnya. Tak pernah lagi sepanjang dia hidup tidur kat hutan.

"taklah. Kan ramai orang ni. Lagi pun kita bukannya tidur kat dalam hutan ni. Kita kat depan sana. Situ ada pandai tau. Best.. " cerita Suraya. Semestinya dia sudah pernah datang ke sini. Sebab tu dia tahu serba sedikit. Aisyah pula hanya mengangguk mendengar cerita Suraya.

"kak su.. " panggil Aisyah. Sebenarnya umur Aisyah dengan Suraya tak lah jauh mana. Cuba beza 2 tahun saja.

Suraya mengangkat keningnya tanda kenapa. Aisyah diam sejenak.

My PrincessWhere stories live. Discover now