SEBULAN KEMUDIAN
irish merenung dirinya di pantulan cermin. Cantik sungguh wajahnya di kenaka solekan. Dia mengutum senyuman. Beberapa jam saja lagi statusnya akan bertukar menjadi isteri orang. Dengupan jantung semakin rancak tatkala memikirakan saat-saat dia akan naik pelamin nanti.
Irish menghembus nafas perlahan. Gementar? Itu yang di rasakan. Berkali-kali dia cuba bernafas seperti biasa namun pernafasan sama saja seolah-olah menantikan hukaman mati.
"gementar sangat ye pengantin kita ni?" usik Aisyah yang baru saja masuk itu. Irish berpaling tangan Aisyah di capai.
"aku takutlah.." luahnya dengan suara bergetar. Aisyah tergelak kecil. Air di botol tanganya di berikan kepada Irish.
"nah.. Minum air ni dulu" arahnya. Pantas saja Irish meminum air cuba menghilangkan rasa gementarnya.
"muka aku okey tak?" tanyanya setelah tekaknya terasa lega. Botol air tadi di letakkan di meja solek. Aisyah mengangguk sambil tangan membetulkan tudung irish.
"dah cantik sangatt.. " pujinya seraya mencubit geram pipi Irish.
Baru saja Irish mahu membalas namun terdengar pintu terbuka oleh seseorang. Serentak mereka memandang serentak. Terlihat Datin intan menuju ke arah Irish. Tangan anaknya di genggam dengan senyuman di bibir.
"cantiknya anak ibu ni" pujinya. Wajah Irish di pegang sebelum di dongakkan memandangnya. Di cium lembut dahi Irish.
"jom.. Pengantin lelaki dah sampai" Ajaknya. Perlahan-lahan dia bangun dari duduk. Dia mengenggam erat tangan Datin intan sebelah pula mengenggam tangan Aisyah mengumpul kekuatan.
Majlis ini akam di buat di banglo milik keluarga Irish saja. Itu pun cadangan dari Irish sendiri. Cukuplah hanya akad nikah saja katanya.
Semasa turun ke bawah semua mata memandang. Terlihat susuk tubuh Afif yang kacak berpakaian serba putih duduk berhadapan dengan tok kadi. Setiap langkah yang di ambil jantungkan terasa mahu keluar saja. Berdebar hanya tuhan yang tahu.
Punggungnya di labuhkan di atas kerusi pelamin. Tangan Datin intan masih belum di lepaskan dari genggaman.
Aisyah pula duduk bersebelahan Irish. Sempat matanya memandang Luth Zafran yang duduk bersipu tidak jauh darinya. Bukan main segak lagi suaminya itu berpakaian baju melayu. Dia tersenyum malu saat Luth Zafran mengenyitkan matanya. Terasa berbahaya wajah. Di jeling wajah miang suaminya sebelum kembali fokus ke acara akad nikah yang akan berlangsung sebentar lagi.
"boleh kita mulakan.. " tanya tok kadi memandang wajah Afif yang berada di hadapannya. Afif mengangguk walaupun tangannya berpeluh yang amat.
Saat tangannya bersalaman dengan Tok kadi jantung berdegup lebih laju. Nafas di tarik panjang sebelum di hembus perlahan.
"muhammad Afif iskandar!"
"ya saya.. "
"aku nikahkan dikau dengan irish maisara binti Luth Zaruddin dengan mas kawin 100 ringgit tunai"
"aku terima nikahnya Irish maisara binti Luth Zaruddun dengan mas kawin 100 ringgit tunai.. " dengan sekali lafaz saja Afif katakan dengan tenang.
YOU ARE READING
My Princess
RomancePutri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang manja seperti budak 5 tahun amat merimaskan sesiapa saja. Manja yang tidak boleh di tengking. Sentiasa ingin melekat. Yang lagi hangat, Asiy...