BAB 33

7.4K 243 4
                                    

Aisyah tersedar tatkala bunyi jamnya kedengaran. Dengan susah payah dia membuka matanya yang masih memberat tangannya meraba-raba meja di sisi cuba menghentikan bunyi jam itu seketika mulutnya ditutup saat dia menguap besar .

Perlahan-lahan dia membuka matanya lama dia Merenung di sebelahnya selalunya masa begini Luth Zafran masih lagi tidur disisinya sambil memeluk pinggangnya tapi Kini hanya dia seorang sahaja dengan gaya malas dia bangun dari pembaringan terus saja dia masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh.

Setelah mengambil masa 20 minit Aisyah pun keluar dari kamar mandi tubuhnya sudah sarung baju. Dia mengambil telekungnya yang berada di almari sejadah dilemparkan ke arah kiblat. Takbir diangkat dah solat ditunaikan.

    Selesai mengaminkan doanya dia duduk sebentar di atas sejadah fikirannya melayang memikirkan tentang Luth Zafran air matanya kembali menitis sungguh dia merindukan wajah suaminya biarpun baru sehari tidak berjumpa namun rindunya sudah pun membuak-buak.

Dengan sisa kudrat yang ada dia bangun melipat kembali telekung dan sejadah dan diletakkan di tempat asalnya. Kepalanya yang masih terasa pening memaksa dirinya untuk kembali tidur. Perlahan dia menuju ke kantil semula dan dalam tidak sedar akhirnya dia tertidur juga.


  Aisyah yang terlena itu terganggu dek bunyi telefonnya dalam keterpaksaan dia mengambil telefonnya yang berada di sisinya butang merah ditekan tidak lama kemudian kedengaran suara irish di hujung talian.

" Helo Aisyah So macam mana" tanya Irish teruja.

Serta merta mata Aisyah terbuka besar. Rambutnya yang menutupi dahi di selit ke belakang telinga. Terukir senyumam di bibirnya.

"helo.. "

"ye..ye.. Aku dengarlah" sahutnya bersama gelakan kecil.

"ingat dah bisu tadi." usik Irish..

"kau buat apa ni?"

"baru bangun tidur.. "jawab Aisyah sambil mengigit perlahan bibirnya.

"lambatnya kau bangun. Dah masuk jam 11 ni. Kau buat apa semalam. Penat sangat tu. Tak pernah-pernah lagi kau bangun selewat ni" bebel Irish sedikit terkejut dengan jawapan Aisyah. Yalah mana pernah lagi Aisyah ni bangun lewat.

"aku sakit kepalalah tadi. Lepas solat subuh je terus aku tertidur. Ni pun nasib lah kau call aku.. Kalau tak sampai ke petanglah aku tak bangun" ujarnya.

"kau okey ke kat sana?" tanya Irish menukar topik perbualan.

"maksud kau apa?" berkerut dahi Aisyah. Nampak sangat dia tak faham.

"kau ni hilang ingatan ke? Kan kau ikut along.. " serta merta wajah Aisyah yang tadi ceria kembali muram. Lama dia mendiam diri. Air matanya kembali bertakung. Entahlah kenapa dia sensitif sangat bila mengingatkan Luth Zafran.

"Aisyah.. Kau okey tak ni" gelabah Irish bertanya.

"ehmm.. Aku dah balik semalam.. " beritahunya.

"awalnya korang balik" ujar Irish hairan. Kata seminggu tapi ni baru sehari pun tak sampai dah balik.

"aku seorang je balik.. " katanya lagi. Tanpa dapat di tahan air matanya kembali jatuh membasahi pipi. Kuat tangannya mengenggam selimut cuba mengawal esakan yang kian mengasak jiwanya.

My PrincessWhere stories live. Discover now