TOK! TOK! TOK!
Selepas tiga ketukan suara lain mengizinkannya masuk. Mata merah bertemu mata merah membuat suasana sedikit tegang namun perlahan berubah tenang.
"Alle ada apa? "
"Tak ada. Hanya larikan diri dari anak itik. "Tentunya yang dimaksudkan 3 anak itik jantan yang terus mengikutinya kemana saja dia pergi.
"Hahaha hey tak baik kata macam tu. Mereka risaukan kau je. "
"Tidak aku suka bila kami semakin dekat tapi mereka melayan aku seolah aku anak kecil." Keluhnya.
"Itu kerana kau terlalu nakal dan berani. " Michael duduk di hadapan Alle. "Aku ingat baru beberapa hari lalu kau lompat dari tingkat 3 macam tu je sebab pecahkab tingkap perpustakaan. Seminggu yang lepas kau sebabkan 100 pedang kayu hancur. Dua minggu yang lalu kau lari masuk ke dalam api selepas dapur cafe terbakar hanya demi sepaket kentang goreng. "
"Ok...Okey cukup aku tahu. Tapi kentang goreng tu sangat sedap sayang dibiarkan terbakar. "
"...." Michael mendesah geram. Apakah perempuan ini hanya ada makanan dalam kepalanya?
"Aku boleh buatkan kau sebanyak mungkin kentang goreng. Sight! Kau bukan kucing yang ada 9 nyawa atau kau teringin nak jadi kucing? "Sindir Michael.
"Yaah aku fikir menjadi haiwan lagi baik bebas dari kemunafikan manusia. Tapi jadi haiwan juga buruk sejujurnya kau mungkin akan dimangsa oleh yang lebih kuat. Manusia tu sukar dipredeksi. "
"Sepertinya kau memiliki pengalaman soal ni ha.. " Alle senyum nipis.
"Siapa tahu mungkin. Aku hanya nak hidup aman tanpa gangguan masa silam. Yang lepas adalah yang lepas. Daripada berbalik pada jalan gelap lebih baik maju untuk mengejar cahaya. Cahaya yang diinginkan dan bukan cahaya dan dicipta orang lain untuk kita. "
Michael terteguk. Dia tahu arti kata-kata tu tapi entah kenapa dia tak ingin memahaminya.
"Apa maksud kau? "
"Siapa tahu? Hanya diri sendiri yang tahu jawapannya. Baik aku dah terlalu lama di sini. Aku akan kembali bye. Jumpa lagi ketua. " Kakinya melangkah keluar. Michael pandang dari balik cermin.
"Alle kemana kau pergi ha? " Julien ketuk kepala Alle
"Sial berani kau ketuk kepala aku! Mari sini kau! "
"Diri aku sendiri yang tahu? " Michael melangkah masuk kembali. Allieanista pandang Michael yang berbalik pergi.
'Harap kau lakukan pilihan yang betul Mike. '
"Alle cepat la! " Lilian tarik Alle melangkah mengikuti mereka. Malam dan siang berlalu dengan cepat sekelip mata hari yang ditunggu datang.
"Korang sini kejab. "
Mereka berkumpul di sekeliling Allianista sebaik dipanggil.
"Hulurkan tangan korang. " Sebaik tangan dihulurkan kristal kecil seakan gelang diikat pada tangan mereka.
"Semoga berjaya semua. Apa pun jadi mari berusaha. "
"Awww so cute. Thank Alle. " Lilian peluk Alle diikuti yang lain.
"Semua sila berkumpul di tengah lapangan sekarang!! "
Mereka melangkah ke tengah lanpangan. Pandanganku bertembung tatapan Michael.
"Semoga berjaya Alle."
"Ya. Ini untuk ketua. " Gelang yang sama diberikan pada Michael. Michael pandang gelang cengkeran yang dia berikan di pergelangan tangan Alle dan gelang dengan kristal merah di tangannya.
"Terima kasih tapi untuk apa? "
"Lucky charm. Jumpa nanti. " Alle berbalik dan melangkah kearah yang lain.
'Kalau aku tak boleh hentikan kau aku akan sertai kau Michael. Masa silam hanya kenangan. '
YOU ARE READING
My New Life As Villiar
FantasiDia seorang gadis yang sangat menyedihkan. Dia seorang pelajar yang tidak terkenal dan bekerja sebagai asassin.kepercayaan dan cintanya dikhianati. 'Aku bersumpah sampai bila-bila pun aku takkan maafkan korang pengkhianat' MY name is Alliea...