"Masuk kereta dulu." Thaqif cepat-cepat menarik tubuh Safa seraya membuka pintu kereta untuk gadis itu. Hujan yang makin lebat menenggelam suara Safa yang sedang berkata. Thaqif geleng kepala lantas menoleh memandang kereta Safa tersadai di tepi jalan.
Macam mana pun dia, tetap dia seorang lelaki yang tidak akan biarkan mana-mana perempuan yang dia kenal sendirian dalam pekat malam ditambah hujan lebat. Apa perempuan ni hilang akal? Letak diri dalam bahaya, sudahlah di tepi jalan yang memang sah-sah tidak ramai orang yang lalu dikawasan itu.
"Kau sejuk?" Thaqif menyoal sebaik kembali masuk ke dalam perut kereta memandang Safa yang hanya berblouse nipis memeluk tubuh sendiri. Jelas liuk bentuk tubuh dengan warna pakaian dalam dipakai Safa waktu itu.
"Se-sejuk" Bibir Safa bergetar.
"Sekejap." Thaqif berpaling kebelakang mencapai kot biru gelap tergantung kemas di tempat duduk belakang.
"Pakai ni." Thaqif hulur kotnya kepada Safa.
Sempat mata Safa melirik memandang jenama Brioni Vanquish II tertera pada kot itu. "Kau nak bagi aku guna?" Soal Safa agak terkejut. Mahal kot!
"Kau sejuk. Pakai je, dalam kereta aku tak ada tuala."
"Kau ada baju lain? T-shirt kosong?" Soal Safa, walau diri sendiri sudah terbiasa dengan pakaian mewah. Dia tidak berani menyentuh pakaian mewah orang lain.
"T-shirt aku ada tapi aku dah pakai."
"Boleh bagi aku."
"Huh?"
"Aku serius! Bagi cepat! Aku boleh mati kesejukan dalam kereta kau ni." Tangan Safa sudah terketar-ketar meminta baju t-shirt disebut Thaqif tadi.
Thaqif tidak membantah selain kembali berpaling mencapai beg kecil dibelakang dan sehelai T-shirt putih berkolar jenama PUMA dikeluarkan. Baju T-shirt dipakainya bermain tennis petang tadi.
"Nah."
Tak menunggu Safa tanggal butang baju blouse buat Thaqif sedikit tersentak seraya mengalih pandangan mata ke jalan raya yang sudah agak lengang dengan kenderaan. Sebelah tangan masih keras menghulur baju tshirt pada perempuan itu.
Tak lama sebelum Thaqif merasa tshirt di atas tapak tangannya dicapai.
"Hah! Lega!" Sebaik mendengar keluhan kelegaan wanita itu. Thaqif kembali berpaling memandang Safa melipat-lipat pakaian dalam sendiri. Baju Tshirt diberinya tadi juga sudah dipakai gadis itu.
"Kau boleh letak pakaian basah kau dalam ni." Thaqif hulur beg kecilnya kepada Safa.
"Oh thank you." Safa cepat-cepat melipat pakaian basahnya lantas memasukkan ke dalam beg dihulur Thaqif.
"Maaf seat kau basah."
"Okay." Mata Thaqif pegun melihat jari runcing Safa bergerak menolak rambut di dalam baju tshirt keluar lalu dibawa ke bahu.
"Apa kes? Kenapa kau mandi hujan?" Soal lelaki itu sambil sebelah tangan menurunkan handbrek dan memasukkan gear memulakan pemanduan.
"Anggap jelah tu cuma malang aku." Balas Safa.
"Jadi kau tak broken?"
"Buat apa aku broken. Aku bahagia kut. Cuma,, tadi aku rasa aku macam langgar something. Aku keluar kereta dan keluarkan kunci kereta aku sekali sebab takut ada orang perangkap aku nak merompak ke apa kan."
"Yang kau keluar kenapa?" Thaqif mengecil mata.
"Kalau aku tak keluar nanti kalau betul-betul aku langgar orang, tak ke orang tuduh aku langgar lari." Thaqif diam, ada betulnya juga.
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...