60*

69.1K 3.2K 451
                                    

"Perlu ke pergi esok Safiya? Kan Naufal kahwin esok. Macam mana mama dengan papa nak hantar Safiya ke airport esok." Dato' Azham mengomel tidak puas hati dengan keputusan anaknya.

"Alaa papa, kan minggu depan papa dengan mama nak ke German juga sebab kerja. Bukannya kita tak jumpa lagi."

"Lagipun Safiya dah janji dengan kawan. Kami kena pergi awal sikit sebab ada urusan nak selesaikan kat sana." Safiya tekun mengemas barang-barang Saqif ke dalam beg.

Kak Safa ni memang sengaja tinggal barang Saqif kat rumah itu sebab nak susahkan dia pergi ke rumah mentua wanita itu semata-mata nak hantarkan barang-barang itu.

"Haih.."

"Biarlah abang. Bukan kita tak jumpa Safiya lagi. Minggu depan kita jumpa dia lagi kan?" Datin Khadija menyampuk disambut anggukan oleh Safiya.

"Papa janganlah risau. Papa kena pergi Naufal nikah esok. Nanti apa pula belah sana cakap kat papa dengan mama. Nak tengok Naufal nikah tu sekali seumut hidup. Bukannya papa dah tak boleh tengok Safiya pula minggu depan kan?" Safiya menyendeng bersandar pada lengan Dato' Azham. Senyuman tipis terukir dibibir.

"Papa risau sebab Safiya nak study jauh kan? Papa takut yang papa rindukan Safiya kan?" Safiya mengekek ketawa melihat wajah dingin papanya. Rindu tak nak mengaku!

"Papa mana tak risau!" Tegas suara Dato' Azham kedengaran buat Safiya senyum teruja.

"Safiya lagii lagi lagi.. lah rindu papa dengan mama kat Malaysia ni. Tapi Safiya dah janji nak jadi anak terbaik yang boleh banggakan mama papa kan?"

"Jadi sebab tu papa janganlah mengada-ngada tak nak bagi Safiya belajar jauh-jauh eh!" Datin Khadija tersenyum mengusap kepala anaknya.

"Sekarang pun Safiya dah jadi terbaik untuk mama papa."  Dato' Azham tarik kepala anaknya kebahu sebelun dia kucup dahi itu.

"Terima kasih papa.."

HEMPAS SAHAJA pintu kereta, Safiya dongak memandang rumah besar milik keluarga Naufal masih cerah disegenap ruang. Jam sudah menunjuk ke angka 11 malam. Sengaja dia datang lewat tak mahu bertembung dengan sesiapa.

Kereta Haris juga tersadai di rumah itu. Haris ada maklumkan yang dia, Hazim dan Faizul akan menginap disitu sebab Naufal yang minta.

Sejak kejadian di rumah banglo Haris tempoh hari. Safiya mula berubah, bukan menjauhi tetapi terus menjaga jarak.

Mereka masing-masing sudah bekerja, jadi sebabkan itu jarak dibawa Safiya tak memberi kesan pada mereka. Naufal pula dalam kesibukkan bakal menjadi CEO di syarikat besarnya. Lelaki itu juga sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan besar diantara lelaki itu dan Auni.

Hanya Haris yang masih setia bertanya khabar Safiya. Itupun Safiya layan endah tak endah. Bukan kerana dia sudah membenci.

Tapi dia perasan Haris mula mengenali seorang gadis. Amelia. Orang yang sama memerli dia di rumah lelaki itu tempoh hari. Amelia seorang instafamous jadi tak susah mahu mengetahui perkembangan gadis itu. Cukup banyak gambar dan 'story' dikongsi Amelia memberi petunjuk yang perempuan itu sedang dilamun cinta dengan Haris.

Dan saat itu Safiya mula menjaga jarak.

Dia sudah cukup serik dengan pengalaman lama.

Mereka sudah dewasa, tak mustahil masing-masing mula berfikir jauh untuk membina keluarga dari memikirkan dia yang masih ditangga bawah untuk menjadi dewasa.

Bunyi pintu kereta dikatup, Safiya sedikit tersentak. Bulat mata memandang Faizul terkebil-kebil memandang ke arahnya.

"Lah.. Safiya kat sini? Kenapa tercegat kat situ? Masuklah!" Lelaki itu tak pernah berubah menyapanya penuh teruja.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now