"Akak, buat apa?" Safa yang duduk bertinggung bermain batu kecil di tepi pagar rumah sedikit tersentak. Kepala laju menoleh memandang Safiya menghampiri menyuluh lampu telefon pada wajahnya. Mata serta merta menyipi.
"Silau lah Safiya." Safa menutup mata.
"Akak tu buat apa kat sini? Seram orang tengok tengah-tengah malam macam ni."
"Dah yang kau turun kenapa? Tak takut pula?" Safa memandang adiknya yang turut bercangkung di sebelahnya.
"Baru habis marathon cerita korea. Lepastu tengok akak kat sini. Tu Safiya turun temankan akak." Safiya menguap memandang ke jalan raya.
"Akak tunggu orang, haih mamat Thaqif ni." Safa merengus, penat dah pinggang dia duduk bertinggung kat situ.
"Akak nak keluar dengan abang Thaqif?"
"Haah? Entah kemana dia nak bawa akak."
"Wow." Tak berkelip Safiya pandang kakaknya.
"Bukan dating ya! Kalau bukan sebab hutang budi yang dia tabur pada akak malam yang akak terkunci kereta tu. Memang akak tak akan ikut dia!"
"Oh.."
Safa mengeluh. "Thaqif nii.." baru sahaja mahu mengomel kelihatan sebuah kereta mewah milik Thaqif memberhentikan kereta tepat dihadapan Safa dan Safiya yang bertinggung.
"Dua beradik ni dah kenapa?" Thaqif laju menanggal tali pinggang sebelum menolak daun pintu.
"Kenapa duduk bercangkung depan pagar macam ni. Aku ingat apa lah tadi." Omel Thaqif. Salah orang tengok boleh kemalangan tahu tak!
"Kau lambat sangat." Safa bangun memegang pinggang terasa lenguh.
"Hai Abang Thaqif." Safiya menyapa hambar.
"Hai Safiya, tak tidur lagi? Dah lewat.."
"Esok cuti." Laju Safiya memintas buat Thaqif mengangguk kepala. Apa dia ingat orang dewasa je ke boleh tidur lewat.
"Okay lah akak, aku masuk dulu nak sambung tengok cerita Korea. Good Night Abang Thaqif." Safiya melambai pada Thaqif sebelum berlalu meninggalkan dua orang itu.
"Good night.." Mata Thaqif menyinggah pada Safa yang mencuka.
"Kau tunggu awal-awal nak pergi mana?"
"Kau lewat-lewat nak bawa anak dara orang kemana?" Soalan dibalas soalan oleh Safa. Thaqif garu kening.
"Haa masuklah." Malas mahy membesarkan pergaduhan, Thaqif masuk ke dalam perut kereta diiringi Safa yang turut merengus menghempas kasar pintu kereta mewah lelaki itu.
"Kau akan berterima kasih pada aku nanti. Jangan nak moody sangat." Thaqif memulakan pemanduan.
"Sorry?"
"Accepted." Thaqif senyum sumbing.
"Erghh!" Safa juling mata melempar pandang keluar tingkap kereta.
Dalam 10 minit di dalam perut kereta, Safa sedikit mengerut dahi melihat jalan dilalui Thaqif betul-betul menuju ke arah cafe kekasihnya.
"Kau nak bawa aku pergi cafe Adri ke?" Safa menoleh memandang Thaqif di sebelah.
"Ya."
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...