Tangan kiri bergerak menggenggam jemari sendiri. Getaran dirasa tak cukup di tangan tapi juga di dalam diri menggelegak mahu melepas emosi melihat wajah jejaka dihadapannya. Riak sayu yang dulu mungkin mampu luruhkan ego dihati tapi tidak sekarang.
"Sejak bila?" Setelah lama mereka ambil masa berdiam diri, akhirnya Safa terlebih dahulu menyoal.
"Safa.. Izikan saya betulkan balik semua,,"
"Saya tanya awak sejak bila?! Kenapa susah sangat nak jawab?" Sebaik mungkin Safa kawal tona suaranya.
Adri ketap bibir.
"Atau benda ni memang dari awal dulu,, korang dah bersama tapi gunakan aku untuk duit?" Safa jungkit sebelah kening. Bergetar juga suaranya menahan amarah terbuku dihati.
"Bukan. Safa saya betul-betul menyesal.. Boleh kita ulang balik.."
"Kau memang tak tahu malu atau tak ada harga diri? Duit yang Thaqif bagi pun kau pakai, duit aku pun kau guna. Sekarang ada hati kau merayu nak balik dekat aku lepas kau kantoi berasmara dengan kawan baik kepada girlfriend sendiri?!"
"Safa.." Adri hilang kata.
Safa tarik nafas panjang sebelum matanya menangkap susuk Thaqif tenang duduk di bawah pokok diluar restoran sambil bersandar pada badan kereta. Mungkin lelaki itu baru tiba untuk menjemputnya.
"Soalan aku kau tak jawab lagi." Mata Safa tidak berperasaan memandang Adri dihadapan mata.
"Saya tak berniat nak gunakan awak Safa. Dari awal saya betul-betul ikhlas cintakan awak. Sampai sekarang tak sedikitpun cinta saya pada awak berkurang.."
Safa tepuk tangan "HAHAHAHA, Bravo! Tak cukup dengan perangai jadi-jadian kau. Kau pandai juga mendusta ya?" Sinis Safa membalas.
"Saya betul-betul maksudkan."
"Tapi malangnya aku tak berminat nak tahu semua tu sekarang. Jijik. Aku cuma nak tahu sejak bila kau dengan Dila buat semua tu belakang aku?"
Adri tarik nafas dalam. "Sejak dua tahun lepas, saya seorang lelaki normal yang tewas dengan.."
"Sejak dua tahun dan sampai sekarang korang bersama. Wow!"
"Saya cuma..."
"Addicted?" Safa memintas dengan senyum sinis buat Adri sedikit tersentak.
"Nak cakap tak alim, kau boleh kata terlebih alim. Kononnya tak nak rosakkan aku, tapi tebuk kawan aku sendiri." Safa geleng kepala gelas di atas meja dicapai kasar.
"Safa jangan!!" Adri cepat melindungi wajahnya dari disimbah gadis itu.
"Apa? Kau ingat aku nak siram kau?" Selamba Safa meneguk air di dalam gelas.
"T-tak." Adri hela nafas berat.
"Kau ingat berbaloi ke simbah kau dengan air sejuk ni? Kalau air panas mungkin ya." Safa kembali meletak gelas minuman di atas meja.
"And thank you sebab kau aku jumpa lelaki jauh lebih baik daripada aku setia dengan lelaki perangai serupa beruk ni." Tak salah Safa mengutuk.
"Ma-maksud awak.." Mata Adri sedikit tergamam. Adakah mimpi buruknya tentang Safa akan dimiliki oleh lelaki jauh lebih baik darinya akan jadi kenyataan?
"Aku akan kahwin dengan Thaqif."
Adri terpana.
"Safa.. saya cintakan awak."
"Tapi aku dah tak cintakan kau lagi." Tiada lagi perasaan kasih terpancar dari sinar mata itu. Segalanya sudah memudar.
"Aku pergi dulu, dia dah lama tunggu." Safa bangun mencapai beg tangannya.
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...