Mata Thaqif tak beralih memandang tubuh Safa ligat menari dikerumunan orang. Sesekali gadis itu meraup rambut dan tersenyum puas seperti tidak memikirkan apa yang telah dilalui gadis itu siang tadi. Nafas dihela berat, dia sudah tidak tahu lagi bagaimana mahu membantu gadis itu redakan kesedihan.
Dikhianati orang yang paling dipercayai itu sakit.
Sudahnya dia bawa gadis itu mengubat luka di kelab malam kerana rasanya cara itu yang berkesan untuk perempuan seperti Safa. Seperti diagak, Safa sudah meneguk beberapa gelas minuman keras dan hanya dipandang sepu oleh Thaqif tanpa bantahan.
Dan sekarang gadis itu sudah sepenuhnya hilang kewarasan dan mabuk dibawa keasyikan.
"Aku rasa baru minggu lepas kau cakap yang kau tak mungkin kahwin dengan perempuan macam Safa." Teguran seseorang buat mata Thaqif beralih dari menatap gadis itu.
"Keputusan boleh berubah." Balas Thaqif mudah. Ehsan tergelak kecil lantas melabuh punggung di sebelah Thaqif. Dia kenal sahabat seorang itu, tak mungkin Thaqif menerima perempuan seperti Safa begitu mudah selain lelaki itu ada muslihat sendiri. Lagipun Safa bukan perempuan yang Thaqif pernah cintai ataupun akan cintai. Tak mungkin.
"Jadi? Kau serius nak jadikan perempuan macam dia sebagai isteri?" Sekali lagi Ehsan menyoal rakannya. Thaqif diam untuk beberapa saat sambil mata lelaki itu tidak lepas memandang liuk lentok tubuh Safa menari di tengah kelab malam.
"Ya, dia pun dah setuju."
"What?! Semudah tu? Kau dah buat apa?" Soal Ehsan agak terkejut. Jangan dikatakan Thaqif, Safa pun dah setuju? Apa deal yang mereka berdua dah buat sebenarnya? Sampaikan perempuan setia seperti Safa itu sanggup tinggalkan lelaki kesayangannya untuk Thaqif?
"Kau ada dengar Cafe terbakar semalam?" Thaqif berpaling dengan senyum tipis.
"Jangan cakap,," Mulut Ehsan terbuka.
"Kerja aku lah tu." Tak bersalah Thaqif menghulur senyum buat Ehsan mahu pengsan serta merta dibuatnya.
"Perkahwinan ni atas dasar bisnes semata-mata.." Thaqif sua gelas minuman keras itu ke mulut lalu dicicip sedikit.
"Jadi aku tak peduli siapa dia dan dia orang seperti apa. Yang aku tahu, aku perlu jadikan Safa sebagai isteri aku."
"Kau memang sanggup lakukan apapun untuk business Thaqif. Gila lah." Kutuk Ehsan.
"Kau kenal aku macam mana kan." Thaqif bangun menghulur senyum lantas melangkah menuju ke arah Safa.
"Aaargh! Tak nak lah! Aku tak puas lagi." Safa merengek tak mahu mengikut Thaqif yang sedang menarik tangannya.
"Kita dah lewat."
"Ee saya nak menari..." Safa merangkul leher Thaqif seperti membujuk lelaki itu untuk ikut serta.
"No, jom balik."
"Aaa Thaqif.." Apa kudrat Safa mahu menolak, tenaga Thaqif lagi berganda kuat darinya. Akhirnya dalam mabuk dia akur mengikut langkah Thaqif sambil mulut tak henti membebel perkataan yang tak jelas.
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...