Makan malam yang begitu kekok buat Safa, dia bukan anti sosial bukan juga pemalu. Dia cuma sukar untuknya membiasakan diri dengan orang baru atau bergaul dengan orang luar. Puas dimaniskan muka tapi tetap punggungnya tidak betah untuk berlama.
Sudahnya siap menjamu tanpa selera Safa mengundur diri sementara ibu ayahnya masih berbual dengan para tetamu. Thaqif pula tak kekok menyelit berborak dengan orang-orang tua itu sama seperti adiknya Safiya yang memang begitu terlatih untuk bergaul.
Tidak sepertinya. Dia takutkan semua itu.
Safa peluk tubuh menatap dada langit."Kenapa tak masuk berborak kat dalam?" Sapaan Thaqif buat Safa menoleh memandang lelaki itu menghampiri. Kini mereka berada di laman rumah milik Safa. Lampu dari tiang hiasan rumah itu jelas memancar cahaya di wajah gadis itu.
"Aku tak biasa dengan orang luar." Balas Safa ringkas.
"Kau introvert?" Soal Thaqif. Kalau difikirkan Safa mungkin boleh dikatakan introvert. Tidak mempunyai ramai kawan malah gadis itu juga tak begitu pandai bergaul.
"Mungkin."
Keadaan diam sejenak, Thaqif yang senyap memikirkan sesuatu dan Safa diam dalam dunianya.
"Kau tahu kedudukan dan pengaruh aku dalam AZ?" Thaqif menyandar tubuh pada bangku di hadapan Safa lantas memeluk tubuhnya. Buat kedudukan bereka bertentangan menatap sesama sendiri.
"COO and nanti kau akan ambil tempat ayah kau as CEO?" Teka Safa, Thaqif angguk kepala dengan senyuman tipis.
"Nanti ayah aku akan step out and will be promote as the director. Dan tempat CEO akan kosong.."
"I see, mestilah kau yang.."
"Kalau aku nak fill position tu aku kena ada pengaruh. Dan sekarang position aku tak kukuh sebabkan Azrul. Dia akan kahwin dengan anak dari pemilik BRYA Berhad."
"Wow.." Mata Safa membulat terkejut. Dia dapat simpulkan Azrul dan Thaqif sama-sama berebut untuk kerusi CEO itu. Mereka sepupu, Azrul juga layak untuk tempat CEO itu memandangkan itu syarikat keluarga besar mereka.
"Kenapa kau tak kukuhkan balik pengaruh kau macam Azrul buat."
"Itu yang aku fikir sekarang." Safa sedikit tersentak apabila mata Thaqif tenang tak beriak merenungnya.
"Jangan cakap.."
"Dengan kahwin dengan kau?" Selamba lelaki itu mencelah buat Safa terkedu.
"Kau ni dah mereng ke memang dah otak tak berapa nak berfungsi? Aku sah sah akan tolak!" Safa cekak pinggang dengan garang merenung lelaki di hadapannya.
"Pertama! Aku tak suka perkahwinan penuh kepalsuan! Kahwin sebab harta dan position? The hell! I'm not into something like that."
"Kedua! Aku dah ada Adri dan aku tak akan tinggalkan boyfriend aku semata-mata rancangan kau nak kan position tu. Terang-terang lagi bersuluh!"
"Jangan sebut pasal perkahwinan lagi depan aku! Shameless!!" Turun naik nafas Safa melepas bebelan terbuku di hati. Tetapi wajah Thaqif tidak berubah, mendatar seperti tidak sedikitpun terkesan dek amaran perempuan itu.
"Adri tu layak ke untuk kau?" Soalan Thaqif makin membuat darah Safa mencanak naik ke otak!
"Aku tahu Adri lelaki biasa, but that doesn't mean you can disrespect him. At least he wasn't born with silver spoons and had to hustle with his own hands. That's what impressed me about him! Bukan macam kau lahir-lahir terus berharta."
"Aku lebih pandang Adri tu beribu kali ganda bernilai dari kau. Kadang usaha dia nak halalkan aku tu lebih dari apa yang kau bayangkan!"
"Aku tak maksudkan harta." Balasan ringkas Thaqif buat Safa terdiam. Dahi berkerut tidak mengerti.
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...