33

56.9K 3.7K 795
                                    

Hidup dalam persoalan sangat memenatkan. Safa sedar banyak perubahan yang dia lihat daripada Thaqif sejak dua menjak ini. Suaminya banyak termenung. Tawa dah gurauan pahit semuanya. Tiada ikhlas. Riak wajah dilorek Thaqif segalanya palsu.

Adakala, dia melihat Thaqif bangun di tengah malam solat dan berteleku sendiri di atas sejadah. Kadangkala juga dia mendengar esakan lelaki itu. Memang ada niat untuk bertanya, tapi dia pasti. Thaqif tidak akan menceritakan segala padanya.

Sudahnya pagi demi pagi berlalu dengan persoalan dan setiap hari hanya senyum palsu Thaqif lakarkan untuknya. Kadang ada rasa mengatakan dialah puncanya.

Tanpa sedar, hati mula merindu. Rindu mendengar gurauan dan senyuman ikhlas Thaqif. Rindu segala bicara mereka, rindu cerita panjang dan keletah si suami. Walau Thaqif sekarang masih ada dihadapannya. Dia rasa hilang. Thaqif yang dulu hilang..

SESAKIT itu hidup dengan persoalan, akhirnya jawapan lebih menyakitkan.

Safa kelu melihat kertas terletak kemas dihadapannya. Mata tidak berkelip mencerna isi didalamnya. Jadi persoalan dia akhirnya terjawab tanpa dia cari..

"Kahwin?" Safa angkat kepala memandang Thaqif tak berkutik memandang wajahnya.

"Ya." Ada nafas berat terhela dari ulas bibir suaminya.

Safa diam. Mereka sama-sama terdiam buat seketika.

"You finally found her I guess?" Safa sebaik mungkin cuba melakar senyum. Jadi ini sebabnya kenapa Thaqif tidak berani meletak harapan untuk hidup selama-lama dengannya. Kerana hati lelaki itu masih terpaut kuat pada perempuan yang dulu.

"Perhaps." Ringkas.

Sekali lagi air liur diteguk, mata masih pegun membaca isi borang kebenaran poligami itu berkali-kali. Berharap ini semua hanya gurauan mimpi.

Kenapa sekarang Thaqif? Kenapa tak tunggu mereka bercerai dulu? Kenapa perlu sakitkan dia seperti ini.

"Kau terburu-buru sangat.. Kenapa? takut dia lari daripada kau lagi?" Safa cuba tergelak kecil mengawal rasa hiba dihati.

"Apa maksud kau terburu-buru?" Thaqif kembali menyoal.

"Kenapa tak tunggu kita cerai dulu?" Soalan dibalas soalan. Thaqif sekali lagi kelu.

"Aku tak rancang untuk kahwin lama dengan dia. Jadi tunggu aku." Ya, itu perancangannya. Tanggungjawabnya sekarang cuma Safa. Perasaan seseorang yang harus dia jaga adalah Safa. Orang yang patut dia bersama cuma Safa.

Tapi kenapa harus berkahwin dengan Najla?

Jawapannya mudah. Dia lelaki yang sanggup lakukan apapun untuk dapat apa yang dia mahu. Yang dia mahu sekarang cuma Safa. Dia tak mahu Safa lari dari hidupnya setelah tahu segala tentang masa lalu kejamnya.

Najla tahu hakikat itu dan mula mecipta perjanjian dengannya. Perempuan itu tidak akan sesekali membuka mulut tentang cerita silam mereka dihadapan Safa dengan syarat. Thaqif harus berkahwin dan bertanggungjawab segala derita yang dibuat lelaki itu dahulu. Hanya itu permintaan Najla.

Thaqif setuju.

"Tunggu?" Soalan Safa mematikan lamunan Thaqif.

"Aku cuma kahwin dengan dia sementara waktu. Anggaplah perkahwinan ni untuk aku lunaskam hutang-hutang aku pada dia dulu." Thaqif tak berperasaan membalas buat Safa hela nafas berat.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now