Malam sebelum perkahwinan Naufal dan Auni.
"Naufal.." Haris tegak melihat Naufal bersandar pada dinding rumah. Sebelum lelaki itu perlahan-lahan terduduk. Tangan naik meraup wajah beberapa kali.
"Apa aku dah buat? Aku baru sedar yang aku terlalu cintakan dia Haris.." Haris pegun melihat air mata keluar dari mata sahabatnya itu.
"Aku terlalu cintakan Safiya dari dulu..."
"Abang dah cakap, abang tak suka kau jadi lelaki tak guna Naufal." Naufal sedikit tersentak mendengar suara abangnya. Thaqif entah dari mana melangkah tanpa riak dihadapannya.
"Abang.."
"Kalau kau tak mampu nak pilih antara dua orang perempuan, kau memang tak layak langsung untuk dua orang tu. Kau nak kan Auni jadi isteri kau tapi masa yang sama kau sayangkan Safiya. Lelaki jenis apa kau ni Naufal?" Haris terdiam mendengar bebelan Thaqif buat Naufal.
"Aku tahu.." Naufal raup wajah.
"Jangan cuba dekat dengan Safiya. Dan jangan kahwin dengan Auni. Dua orang tu berhak dapat lelaki jauh lebih baik dari kau." Thaqif mendengus sebelum dia berlalu meninggalkan Haris dan Naufal disitu.
"Naufal.." Haris tunduk memegang bahu Naufal.
"Apa yang Abang Thaqif cakap betul. Aku lelaki tak guna. Aku tak layak untuk Safiya.."
SEBELAH tangan diletak di atas tangan ayah Auni yang berjabat dengannya sekarang. Kepala ditunduk buat semua orang dimeja itu tercengang.
"Maafkan saya. Saya buat kesilapan besar dalam hidup saya. Saya boleh kahwin dengan Auni tapi saya tak janji mampu cintakan dia sama seperti suami orang lain. Saya takut,, saya tamak dalam buat keputusan. Saya tak mahu masa depan Auni dengan saya tak seperti yang uncle inginkan.." lelaki dihadapan Naufal sedikit tersentak. Baru tadi dia sebutkan akad untuk nikahkan anaknya dengan lelaki itu. Tapi ini pula yang dibalas Naufal?
"Apa kamu cakap ni Naufal? Kamu dan Auni dah hampir jadi suami isteri.."
"Maafkan saya Uncle, saya tak layak untuk Auni.." Naufal bangun menanggal songkok dikepala buat Dato' Raihan yang duduk di sebelah kanan anak itu tercengang.
Thaqif pula duduk di sebelah kiri Naufal hanya menayang riak tenang. Tidak terkejut tidak juga menghalang. Biarkan Naufal uruskan semuanya sendiri. Adiknya sudah besar.
"Jadi kamu nak cakap, yang kamu nak batalkan pernikahan kamu dengan Auni.." ayah Auni menyoal dan Naufal mengangguk.
"Saya pentingkan diri kalau saya teruskan perkahwinan ni. Saya takut yang saya tak mampu bahagiakan.."
Pang!!
Ayah Auni bangun menampar kuat pipi Naufal buat Auni di atas pelamin turut berdiri gusar.
Naufal tunduk wajah.
"Kamu ingat susah payah saya besarkan Auni untuk tengok anak saya untuk tengok dia disakitkan kamu Naufal? Kau memang dah pentingkan diri daripada awal!" Kuat jerkahan papa Auni buat orang-orang yang hadir dimajlis itu mula berbisik-bisik.
"Auni perempuan yang baik. Perempuan yang sempurna kat mata saya. Cuma saya.. Saya lelaki tak guna."
"Naufal apa kamu cakap ni! Jangan buat Papa malu Naufal!" Dato' Raihan bangun mengusap bahu anaknya.
"Dah, tak perlu pujuk dia lagi. Aku pun dah tak hingin nak jadikan dia menantu! Anak aku lebih bernilai dari maruah kau!" Ayah Auni memaling wajah meninggalkan meja itu.
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...