11

63.9K 3.7K 279
                                    

Engagement board meriah dihias dihadapan dewan. Hari itu pertunangan Aila dan Azrul sepupu Thaqif akhirnya berlangsung. Azrul, lelaki yang gunakan pertunangan dan kelak perkahwinan untuk meraih pengaruh di dalam syarikat besar keluarga mereka. Apa beza Thaqif dan Azrul? Dua-dua jika diikutkan tiada beza. Cuma Thaqif lebih terbuka dan jujur tentang niat asalnya.

Safa pandang Thaqif yang menghulur tangan disebelah, Thaqif juga kelihatan segak dengan kemeja putih dan berseluar slack biru gelap. Ringkas tapi gaya lelaki itu cukup buat mana-mana mata wanita cair memandangnya. Ringkas bergaya.

"Jom. Kau sedia?" soal Thaqif lembut.

Safa teguk air liur, selangkah dia masuk didalam dewan itu, maka masa depannya turut akan berubah. Keluarga besarnya turut berada disana dan mungkin akan menyambut gembira berita yang bakal dimaklumkan Thaqif nanti. Yang pasti, di bahunya sekarang bukan tentang dirinya sahaja. Nama keluarga dan maruah syarikat sekarang akan jatuh kebahunya jika dia memilih untuk menyambut huluran lelaki itu.

Adakah dia sudah sedia untuk semua itu?

"Safa?" Teguran Thaqif buat Safa kembali dari lamunan. Air liur ditelan terasa kesat.

"Jangan takut, semua aku dah rancang sebaik mungkin. Ingat plan awal kita Safa. Sampai kita ada anak semuanya akan berakhir.." bisik Thaqif tenang. Bagaimana lelaki itu boleh setenang itu? Tak fikirkan lelaki itu tentang akibat yang akan berlaku kelak?

"Kau sangat tenang Thaqif.." balas Safa gugup.

Thaqif senyum. "Semua ada kat dalam kepala aku. Apa yang aku buat tak pernah gagal.." balas Thaqif yakin.

Safa hela nafas berat, sudah sejauh ini. Dia juga tiada pilihan lain. "Ready to play my role." Safa pandang kehadapan dan sebelah tangan diletak di atas tapak tangan Thaqif.

"Standing by to serve my queen." Thaqif senyum membawa tangan Safa kemulut lalu dikucup lembut. Safa tarik nafas dalam, jantungnya sudah mahu pecah ditambah tindakan lelaki itu.

Apa lelaki itu tak ada hati?!

Langkah Safa dan Thaqif sama rentak diatur ke pintu utama dewan besar hotel 5 bintang itu.

"Silakan Encik Thaqif dan Cik Safa.." Seorang pekerja hotel membuka pintu besar dewan. Safa teguk air liur, jemarinya rasa bergetar dan serentak itu Thaqif tarik tangan Safa lalu dibawa kelengan. Kini kedudukan Safa memeluk lengan kiri Thaqif menunggu pintu dewan dibuka luas.

Ini mungkin majlis pertunangan Azrul dan Aila tapi percayalah, mereka yang menjadi perhatian di majlis itu.

Ya betul tekaannya, saat mereka beriringan masuk ke dalam dewan dibawa pekerja hotel, semua mata tetamu pegun memandang ke arah mereka. Rata-rata terkejut ada juga berbisik-bisik sesama sendiri.

Siapa tidak terkejut, tiada khabar tiada ribut, Thaqif pewaris utama AZ yang disangka akan hilang pengaruh untuk jawatan CEO kini tiba ke majlis pertunangan sepupunya dengan seorang gadis yang mungkin membawa pengaruh besar dalam syarikat besar AZ. Safa Aqilah anak sulong Dato' Azham! Mata-mata orang perniagaan mungkin akan berfikiran seperti itu.

"Safa ke tu?" Dato' Azham menyoal anaknya Safiya yang kelihatan terkebil-kebil memandang kakaknya.

"Ya papa, itu Kak Safa.." Rahang Safiya jatuh.

"Sejak bila kakak kamu bercinta dengan Thaqif? Mama tak tahu pun?" Soal Datin Khadijah kedengaran teruja.

"Safiya pun tak tahu mama.."

Thaqif tersenyum sinis saat matanya membalas tatapan Azrul yang kelihatan terkejut memandang ke arahnya. Apa lelaki itu fikir dia akan berperang tanpa senjata?

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now