Thaqif mengeluh buat kesekian kali membaca beberapa helaian kertas di hadapannya. Sekilas anak matanya bergerak memandang Tan Sri Anuar yang tersenyum-senyum mengendong Saqif.
"Apa maksud semua ni?" Soal Thaqif mendatar.
"Atuk bagi hadiah, kenapa tanya soalan macam atuk bagi bala pada kamu ni?" Hah! Tak sangka pandai betul Tan Sri Anuar belawak sekarang ya.
"Kenapa bukan Azrul? Kenapa Thaqif?" Soal Thaqif serius.
"Kamu nak masa depan syarikat jatuh kat tangan Azrul? Atuk pernah percayakan dia, tapi dia sendiri yang hancurkan kepercayaan Atuk pada dia." Suara Tan Sri Anuar kedengaran berjauh hati. Mana taknya, Azrul terang-terang guna cara kotor mahu berkuasa di syarikat keluarga itu.
"Thaqif tak boleh nak terima lagi jawatan ni, maafkan Thaqif." Cukup apa yang dia ada sekarang, dia sudah tak kejar-kejarkan perkara yang hancurkan kebahagiaan dia dahulu.
"Jadi kamu sanggup korbankan masa depan syarikat kita Thaqif? Sekarang pelabur dah ramai berjaga-jaga dengan position CEO yang tak tetap, ini bukan jawapan yang Atuk nak dengar dari kamu.." setelah bertahun-tahun dia pertahankan empayar AZ dengan arwah isterinya. Penat lelah dia lalui untuk besarkan AZ, jadi biarlah dia pergi dengan melihat AZ masih gah berdiri.
"Bukan itu maksud Thaqif.."
"Atuk percayakan AZ pada kamu, dan akan datang Saqif pula akan ganti tempat kamu.." mendatar suara Tan Sri Anuar buat Thaqif dihurung serba salah. Dia sudah tawar hati untuk kembali ke AZ tapi, dia tidak sampai hati biarkan syarikat yang dia perjuangkan satu ketika dahulu terumbang ambing.
"Beginilah.." Thaqif pandang Saqif dalam dukungan atuknya.
"Thaqif akan ambil jawatan CEO itu untuk sementara waktu. Sampai Naufal cukup matang untuk pegang jawatan itu.." kata-kata Thaqif buat Tan Sri Anuar sedikit terkejut.
"Maksud kamu Naufal.."
"Ya, Naufal orang paling tepat untuk jawatan tu. Thaqif akan latih dia. Atuk jangan risau."
Kali ini Tan Sri Anuar sudah terdiam membayangkan wajah Naufal dan kenakalan cucu bongsunya itu. Bayangan itu diganti pula dengan imaginasi Naufal berkot segak berada di dalam AZ, dengan senyuman penuh bangga disamping orang-orang kuat AZ. Bolehkah anak itu?
"Kamu yakin?"
Thaqif melepaskan tawa kecil.
"Atuk jangan pandang rendah pada Naufal.." Walau adik dia seorang itu kaki game. dia yakin Naufal tangkas dan bijak orangnya. Dia akan buktikan semua itu.
"SAFA DAN SAFIYA MANA?" Dato' Azham menyoal isterinya yang tenang mencedok lauk ke dalam pinggan.
"Safa dalam bilik, tak ada selera. Safiya keluar." Tenang Datin Khadija membalas buat Dato' Azham mendengus.
"Safiya tak habis-habis keluar keluar keluar! Tak boleh duduk rumah ke? Safa tu, takkan sebab lelaki tu sampai ketepikan keluarga sendiri?" Wajah Datin Khadija mengendur mendengar omelan suaminya.
"Kita depan rezeki abang.."
"Awak tu manjakan anak Khadija!"
Bang! Menja dihentak.
"Saya tak manjakan mereka! Abang yang pentingkan diri sebabkan ego abang!" Tersentak Dato' Azham dengan jawapan kasar isterinya.
Dada Datin Khadija kelihatan turun naik menahan diri dari meletus lebih banyak kemarahan. Dia wanita biasa, dia juga ada perasaan! Sudah lama dia memendam rindu ingin menemui Saqif setelah tahu cucunya masih hidup tapi disebabkan ego suaminya dia terpaksa memendam rasa demi tetap menyebelahi si suami. Tapi sampai bila?
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...