_______
"Saya nak jumpa Encik Thaqif!" Safa hempas kasar beg tangan di atas meja pembantu peribadi Thaqif. Kening dijungkit melihat wajah gadis itu sedikit tercengang melihatnya.
"Tapi Puan Safa,, Encik Thaqif tak ada kat office sekarang.."
"Jangan nak tipu saya! Dia ada kat dalam kan!" Kuat suara Safa kedengaran menarik mata-mata pekerja pejabat itu.
"Tak Puan, maaf. Saya tak tipu." Lembut si pembantu membalas buat Safa merengus berpaling memandang daun pintu terlekat nama penuh Thaqif disitu.
"Fine! Saya akan terjah bilik dia!" Safa tarik beg tangan, dengan kasut tumit tinggi merah dipakainya dia melangkah menuju ke bilik Thaqif. Tombol pintu dipulas kasar tapi tersekat disitu.
Beberapa kali dia memulas tombol pintu tapi tetap keras tidak dapat dipulas. Bilik Thaqif berkunci?! Tapi mengapa? Sepatutnya setiap pagi, pengawal yang bekerja akan buka pintu bilik majikan walau si majikan tidak ada dipejabat sekalipun.
"Kenapa pejabat suami saya dikunci?! Dia ada kat dalam kan?!" Kuat suara Safa menengking buat pembantu Thaqif cepat-cepat membuka laci dan mengeluarkan kunci pintu.
Safa terkebil-kebil. Hati muka berdetak kurang enak.
"Kejap Puan saya buka.." teguk air liur juga si pembantu menghadap isteri majikannya. Tak cukup majikan sahaja yang garang, isteri dua kali lima. Tapi kenapa Puan Safa tak tahu Encik Thaqif dimana? Mereka bergaduhkah?
Ktak, sekali pulas, pintu pejabat Thaqif terbuka luas dan Safa pegun melibat isi didalamnya. Rak dokumen yang sudah kosong. Meja Thaqif juga kosong tidak berbarang dan sekadar tag nama yang masih terletak di atas meja. Ruang bilik itu seperti sudah tidak digunakan lagi atau pemiliknya sudah bertukar tempat.
"Kemana Thaqif?"
"Maaf Puan, kami tak tahu."
"Dia dah tukar office ke office CEO pula ke?" Safa tersenyum pahit. Entah kenapa hatinya sakit. Sakit tidak dapat menjejak suami sendiri.
"setakat ni kami tak ada apa-apa makluman tentang pertukaran CEO baru." Berhati-hati pembantu Thaqif membalas.
"Argh, whatever." Safa merengus sebelum dia beredar meninggalkan ruang itu. Gigi diketap menahan segala rasa. Kemana Thaqif?
Kenapa lelaki itu serahkan hampir semua asetnya kepada Safa. Termasuk rumah dan kereta. Dan sekarang lelaki itu tak ada di pejabat. Dia sudah penat berfikir. Pergilah nak pergi mana pun! Dia sudah malas mahu ambil kisah mengenai lelaki itu lagi.
_______
"Selamat datang ke rumah aku yang serba kekurangan ni." Ihsan buka luas pintu rumahnya dengan senyum lebar menyambut kehadiran Thaqif.
"Macam baru hari ni aku jejak kaki rumah kau." Tak berperasaan Thaqif membalas buat Ihsan melepas tawa kecil.
"Macam mana urusan kau hari ni? Dah settle?" Ihsan menyoal, melihat wajah kepenatan lelaki itu. Dia tahu segalanya mungkin sudah selesai. Keputusan paling terbesar yang Thaqif pernah buat dalam hidupnya.
"Ya aku dah lepaskan semuanya." Mendatar suara Thaqif. Nafas dihela panjang seperti melepas segala beban terpikul dibahu.
Ihsan diam dengan senyum tipis, mahu menghalang, Thaqif lebih bijak dan tahu apa yang perlu dibuat. Buat masa ini biarlah lelaki itu dengan pilihannya.
"Kau yakin dengan tinggalkan Safa juga? Kau nak mengalah macam tu je?"
"Aku tak mengalah Ihsan, aku cuma penat. Orang tak boleh expect aku boleh terus berjuang bila aku sendiri pun ada limit. Safa sakit aku lebih sakit."
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...