Bunyi alarm dari telefon buat Thaqif menggeliat kecil. Pergerakkannya sedikit berat apabila tubuh Safa begitu dekat separuh menindih tubuhnya. Deruan nafas wanita itu jelas terasa di tekuk buat Thaqif teguk air liur.
Sebelah tangan yang tadi melingkar di pinggang Safa diangkat meraba-raba telefon bimbit lalu dimatikan. Perlahan-lahan Thaqif bangkit daripada katil dan mengangkat sedikit tubuh Safa untuk membolos ke bilik air.
Tak lama Thaqif kembali keluar daripada bilik air sambil mengesat rambutnya yang basah. Sejuk mencengkam tulang, dia tak rasa Safa boleh tahan dengan kesejukan walau mandi menggunakan air suam sekalipun. Lagipula jam baru menunjukkan jam 5.30 pagi.
Thaqif nyalakan lampu meja lantas membuka almari baju. Tshirt lengan pendek bewarna putih dan seluar tiga suku disarung pada tubuh. Selesai itu, pakaian Safa pula dikeluarkan satu persatu. Dari Tshirt putih dan seluar track ringkas hingga ke pakaian dalam wanita itu Thaqif sediakan semuanya diatas katil.
Selesai menyiapkan semuanya, Thaqif keluarkan sebesen kecil air suam bersama tuala kecil. Lantas melabuhkan punggung dibirai katil.
"Safa, bangun." sekali panggil Safa kelihatan menggeliat dalam kantuk.
"Thaqif.." serak suara Safa menyahut. Dia betul-betul tidak larat membuka mata.
"Bangun." Tangan Thaqif bergerak menyelit rambut Safa kebelakang telinga.
"Aku penat.."
"Nanti kita rehat. Rugi tau kalau lepas peluang ni. Bangunlah." bisik Thaqif lembut. Safa tarik nafas panjang akur bangun bersandar pada kepala katil sambil dia menahan selimut tebal di dada. Sedar diri masih tidak memakai apa - apa pakaian.
"Kita keluar nak tengok sunrise. Kalau nak mandi sejuk lagi. Kau tak payah mandi lah." Thaqif rendam tuala kecil ke dalam air suam, diperah lalu dituam ke sekitar wajah isterinya. Mata Safa terpejam merelakan segala perlakuan lelaki itu.
Entah masih sedar atau masih di alam mimpi. Bibir Thaqif terjungkit senyum. "Bangun Safa.."
"Aku mengantuk." Akhirnya keluar juga suara jelas wanita itu.
"Yaa.. Tahan sikit ya." Tangan Thaqif masih sibuk melekap tuala suam ke wajah Safa menghilangkan kantuk wanita itu.
"Buka sikit.." Thaqif turunkan tuala suam itu ke leher hingga ke dada Safa buat mata Safa yang tadi terpejam tadi akhirnya terbuka luas.
"Air ni aku campur dengan body mist kau." lihat Safa yang terkebil-kebil, Thaqif hulur tuala dipegangnya.
"Oh, okay.."
"Bangun. Aku dah siapkan pakaian kau. Lewat nanti terlepas peluang kita nak tengok sunrise." Thaqif turut bangun menunjuk pakaian Safa sudah siap disusun di atas katil sebelum lelaki itu bergerak mengeluarkan kasut mereka pula.
"Okay.. baik." Safa akur bangkit dari katil empuknya. Rasa seperti dilayan oleh seorang abang atau ayah pun ada.
•••
"Oh my... husband.." tangan naik menekup mulut melihat mat siap dibentang dan juadah sarapan mereka siap tersusun cantik di atasnya. Tempat sangat cantik di persisiran pantai dan agak jauh dari terkena ombak. Di belakang sana terhidang pemandangan matahari terbit yang sudah mula jelas warna jingganya.
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...