"Najla! Stop!"
"Najla Inayah! Berhenti!" Suara Thaqif sedikit meninggi buat langkah wanita dikejarnya tadi berubah rentak perlahan dan akhirnya berpaling menatap wajah dingin lelaki itu.
"Kau buat banyak salah ke? Kenapa lari dari aku?" Dingin Thaqif melontar soalan. Mata dingin helang lelaki itu tajam menikam ke dalam mata hitam si wanita.
"Aku rasa aku tak ada sebab untuk jumpa lelaki macam kau lagi." Dingin balasan wanita itu. Masa lalu yang sakit masih berbekas di hati, dia jijik dan muak untuk terus menatap wajah lelaki itu. Wajah dipaling keluar ke luar pagar perkarangan dewan.
"Tak ada sebab? Lepas apa yang kau buat pada wife aku? Huh?" Soalan sinis Thaqif buat Najla sedikit tersentak, matanya terbuka luas.
"A-apa.."
"Kau cuba nak perangkap wife aku Najla. Kau dah buat benda salah pada orang yang salah." Mendatar suara Thaqif kedengaran, tona suara yang sangat dia kenal. Menandakan lelaki itu sedang memendam amarah dihati.
"Aku tak tahu apa yang kau cakap jadi jangan ganggu.." Baru sahaja Najla mahu melangkah Thaqif menarik kasar tangan wanita itu hingga Najla kembali berpaling dengan wajah membahang menatap riak dinging ditayang lelaki itu.
"Kau dah hancurkan projek aku dan Safa! Dan kau letak Safa sebagai satu-satunya suspek yang layak dituduh! Kau sedar tak apa yang kau dah buat Najla? Kalau aku bawa benda ni pada pihak polis! Aku tak jamin yang kau tak akan terlepas!" Keras suara Thaqif dengan mata mencerlung tajam membalas tatapan dingin perempuan itu. Ya perempuan yang dia cari selama ini sekarang ada didepan mata.
Tapi disebabkan perbuatan yang dilakukan Najla pada Safa, hatinya sakit tidak dapat menerima. Amarah lelakinya membuak-buak. Kalau dulu dia fikir untuk berlutut meminta maaf atas dosa lampaunya tapi sekarang tidak.
Hasil dari siasatan sendiri, salah seorang pekerja Safa merupakan sahabat baik Najla sendiri dan mereka bersekongkol untuk memerangkap Safa dalam projek itu. Menyebabkan bangunan itu hampir runtuh tempoh hari. Gila, mereka memang gila.
Tawa kecil Najla kedengaran buat wajah tegang Thaqif mengendur. "Sampai bila-bila pun kau tak berubah Thaqif..." Tawa tadi bertukar sebak dengan getaran suara.
"Sampai bila pun kau tetap sama. Lelaki yang tak bertanggungjawab. Lelaki yang pentingkan diri sendiri dari perasaan orang lain.." wajah diangkat menatap sepasang mata dingin itu. Senyuman pahit terukir dibibir.
"Aku.. aku perempuan yang kau dah hancurkan. Kau hancurkan hidup aku Thaqif.. Tapi kenapa perempuan yang kau baru kenal tu yang kau bela." Air mata Najla akhirnya menitis buat Thaqif kelu. Tidak terkata.
"Aku sepatutnya ada kat tempat perempuan tu. Aku.. Kau tak faham kesakitan yang aku alami.. Kau lelaki sama.."
"Aku tak sama Najla. Aku tak sama macam dulu." Laju Thaqif mencelah buat tangisan Najla bertukar tawa sinis.
"Tak sama? Hahahaha kat mata aku kau tetap lelaki sama! Dan kau dengan perempuan tu tak ada beza!"
"Kau tak tahu apa-apa pasal isteri aku dan stop kaitkan dia dalam hal kita!" Ternaik dada Thaqif menahan sabar.
"Kau bela dia kenapa? Sebab cinta? Sebab dia pregnant?" Mata Najla layu menatap wajah itu. Senyuman tawar terukir dibibir penuh sakit.
"Kau lupa? Aku pernah ada kat tempat dia.. Kau mengaku kau cintakan aku.. dan aku pun pernah mengandungkan anak kau.."
Mata Thaqif sedikit membesar.
"Tapi kenapa? Kenapa aku tak dapat layanan yang sama Thaqif. Kenapa kau bagi aku duit untuk gugurkan anak kau sendiri? Kenapa kau guna tubuh aku untuk kepuasan kau? Kenapa Thaqif?" Bibir Thaqif sedikit terbuka mencari nafas. Kelam wajah Najla dihadapan. Ada rasa sakit sedang menginjak hati buat matanya hangat untuk terus menatap wajah itu.
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...