21

66.2K 4.2K 363
                                    

"Puan Safa, projek ni belum di approve. Puan nak buat meeting lagi sekali untuk perkembangan terbaru?"

"Tak apa saya letak document atas meja. Saya akan baca dulu."

"Puan Safa mengenai allotment untuk projek B kita perlu conduct meeting."

"Puan Safa kita ada sikit masalah dengan.."

"Puan Safa, marketing department tak dapat proceed kerja dia orang sebabkan isu.."

"Haaa~" Tubuh disandar lemah pada kerusi kerja. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Penat. Dia sangat penat.

Kerja sehari-hari yang tak pernah habis dan berkurangan. Dalam sedar tak sedar sudah hampir 2 bulan juga dia bergelar isteri Thaqif. Tiada apa yang menarik. Rumah tangga mereka mendatar tiada pasang surut seperti pasangan lain.

Apa yang nak didambakan dari perkahwinan kontrak ini? Sampai waktu mereka akan berpisah juga. Tak perlu nak dipanjangkan kisah.

"PUAN SAFA!!" Terhinjut bahu Safa apabila biliknya diterjah tanpa salam.

"Maaf tapi ini urgent. Saya baru dapat berita bangunan projek yang baru kita mula dengan syarikat Encik Thaqif runtuh!"

"Hah?!" Safa tersentak. Mulat mata memandang pembantu peribadinya. Boleh dikatakan bangunan itu masih dalam proses pembinaan. Semua bahan yang mereka guna dari bahan yang kukuh. Tak mungkin semudah itu runtuh tanpa sebab munasabah.

"Ini video rakaman dari salah seorang pekerja kat sana. Runtuhan ni berlaku pagi.."

"Dah berlaku pagi ni?! Kenapa kita baru dapat berita tu sekarang?!" Berkerut wajah Safa memandang susuk Thaqif di dalam kelihatan sibuk berborak dengan beberapa orang. Wajah suaminya kelihatan serius dan tegang sekali.

Tak kira siapa Thaqif sekarang, projek itu dijalankan dua pihak diantara dia dan Thaqif, bahkan perancangan projek itu bermula dari tahun lepas. Macam mana pihak Thaqif leka tidak memaklumkan apa-apa berita pada pihaknya?

"Kita gerak sekarang." Safa merengus lantas mencapai beg tangannya. Baru dia merancang untuk keluar lunch dan makan sesuatu untuk mengisi perut. Nampaknya terpaksa dia menahan lapar lagi.

Dia orang yang bertanggungjawab ke atas projek itu, tindakan Thaqif mendiamkan apa yang berlaku pagi tadi seperti membiarkan dia dihentam dan dianggap melepas tangan. Sedangkan hakikatnya dia baru mendapat berita, itupun daripada salah seorang pekerja di sana.

PAK!!

Kuat dokumen projek dilempar penuh amarah. Dinginnya ruang pejabat kecil mengalahkan penghawa dingin yang sedang terpasang. Wajah Thaqif garang menunggu masa mengaum melepas segala amarah terbuku.

"Macam mana semua orang buat kerja?! Kenapa benda besar macam ni boleh buat tak nampak?" Bergema jerkahan Thaqif buat 5 orang staf berada di dalam bilik itu diam mengecil diri.

Tiada satu pun berani membuka mulut dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengunci mulut masing-masing.

"Kita rugi banyak. Sangat banyak sebabkan kecuaian kamu semua!" Tangan Thaqif bergerak menarik tali leher menjerutnya. Sebaik itu dia berdiri bertahan kedua belah tangan pada meja mesyuarat. Seorang demi seorang wajah pekerjanya ditilik.

"Setiap seorang saya nak semua report progress tentang pembinaan ni! Malam ni juga!" Arahan Thaqif buat semua disitu tergamam.

"Tapi Encik Thaqif.."

"Saya nak semuanya detail walau sebutir batu pun! Saya nak kamu includekan semuanya dalam report!" Aura Thaqif buat semua terdiam meneguk air liur. Kuasa apa yang mereka ada untuk melawan amarah lelaki itu.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now