Cupcakes siap dibungkus diletak di atas meja kaunter lalu ditolak pada pelanggan yang menunggu. "Datang lagi." Gadis bertag nama Alia menghulur senyum ramah.
Wajah Safa mendatar lantas mencapai bungkusan cupcakes tanpa bicara. Apa yang dia inginkan sudah ada didepan mata! Sejak pertama kali Thaqif belikan dia Cupcakes daripada Helen's Cafe tu sehingga hari ini, Cupcakes itu jadi Cupcake kegemarannya.
Baru sahaja Safa ingin melangkah pergi tanpa kata tiba-tiba ada satu tangan menahan lengannya dan juga mematikan langkah dia.
"Thank you." Ucap Thaqif pada pekerja Cafe itu.
"Welcome." Senyuman gadis kaunter itu melebar. Sempat matanya singgah pada Safa yang jelas terpinga-pinga melihat kelibat lelaki ramah itu.
"Thaqif? Sejak bila awak ada kat sini?" Soal Safa terkejut.
"Sejak kau masuk Cafe ni. Aku ingatkan nak belikan cupcake tu untuk kau. Tapi kau dah belikan." Balas Thaqif tenang sambil dia genggam tangan Safa lalu mereka beriringan keluar daripada kafe itu.
"Nak dating?" Soalan Thaqif buat Safa kelu memandang riak wajah tenang lelaki itu.
"Do we have such a thing?" Soal Safa kembali. Jelas dahinya berkerut keliru.
"Why not? Kau partner aku, banyak lagi momen yang akan kita lalui berdua lebih dari sekadar dating." Tenang Thaqif berkata buat Safa gigit bibir menatap wajah datar lelaki itu.
Macam mana lelaki itu boleh bercakap seperti itu tanpa perasaan?!
"O-okay."
"Jom masuk kereta aku." Thaqif tarik tangan Safa menuju ke keretanya.
"Aku tak sabar nak makan cupcakes ni." Teruja Safa pegang kotak kek cawan di atas ribanya. Thaqif pula tenang memandu, entah kemana mahu dibawa lelaki itu.
"Kalau kau happy kenapa muka kau macam tak happy bila dapat cupcakes ni tadi?" Soal Thaqif tiba-tiba.
Safa berpaling dengan kerutan. "Maksud kau?"
Ada helaan nafas kedengaran dari ulas bibir lelaki itu. "Aku nampak kau ambil kotak tu dengan muka tak ada perasaan macam orang terpaksa beli cupcakes tu semua."
"Aku tak faham apa kau cuba cakap sekarang. Tapi tu memang muka aku. Kat mana-mana aku memang macam tu." Apa yang nak dipertikaikan sangat? Normallah beli barang ambil barang. Takkan dia nak tergelak-gelak sengih depan kaunter.
"At least say thank you."
"Why should I?" Safa tenang membuka kotak cupcake.
"Sebarkan kebaikan walau sekecil perkara. Thanks seems simple, but it might cure her fatigue or make she feel that her service is appreciated by you."
"For what? She did nothing good for me. I paid her to do her service. Padanlah dengan harga." Jawapan Safa kedengaran sangat angkuh.
"Kalau kau ada dalam bangunan terbakar, and datang bomba nak beri pertolongan. Kau tolak pertolongan dia sebab kau tak bayar servis bomba tu untuk tolong kau." Thaqif mencipta situasi.
"Itu tugas dia sebagai bomba."
"Samalah macam kau, kau tak dibayar untuk cakap terima kasih. Tapi kita ada common sense as a customer. We ought to at least thank you for their service. Tak rugi air liur pun."
"Ucapan terima kasih tu satu adab. Adab tu mahal, tak semua orang ada. Jadi aku nak kau jadi yang termahal tu."
"Kau perli aku Thaqif..." Suara Safa mendatar dengan mata menjenggil memandang Thaqif disebelah.
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...