"Kenapa awak tak pakai baju?!!"
Terhinjut bahu Adri disapa dengan jeritan sang kekasih. Kini baju separuh dilengan menunggu untuk disarung ke badan.
"Safa! Awak buat saya terkejut!" Adri merengus lantas menyambung memakai bajunya seperti tiada apa yang berlaku.
"Kenapa awak.."
"Paip sinki tersumbat, saya baiki tadi. Baju saya kotor berbau sebab tu saya tukar." Adri balas acuh tak acuh.
"Oh.." Safa teguk air liur. Tak pasal-pasal dia dah salah faham pada kekasih sendiri.
"Sorry. Awak dah makan?" Safa kembali mencapai jambak bunga Mawar di lantai lantas dihulur pada kekasihnya.
"Nama pun kerja kedai makan." Adri melangkah melintasi Safa tanpa menyambut huluran bunga gadis itu.
"Okay.." Safa senyum nakal.
"Awak jealous ke?" Soalan yang lama dipendam terpancul juga dari mulut Safa. Tidak sabar rasanya mahu mendengar jawapan kekasihnya.
"Jealous untuk apa?" Thaqif menuju ke sinki membasuh tangannya.
"Emm pasal pagi tadi, awak jealous saya dengan Thaqif kan?"
Adri diam mencengkam sinki hingga timbul urat di tangan lelaki itu.
"Saya boyfriend awak Safa! Tipulah saya tak cemburu bila saya sekarang sedang berjuang nak halalkan awak. Saya berusaha untuk dapatkan sesuatu yang boleh awak banggakan. Tapi saya kalah dengan seorang lelaki yang dah ada semuanya.." Tajam mata Adri membalas tatapan redup Safa.
"Adri saya.."
"Lelaki tu lelaki yang sama keluarga awak nak jodohkan dengan awak kan?" Soalan Adri buat Safa tersentak.
Kepala ditunduk. Kau silap Safa! Kau nak buat Adri cemburu tapi sekarang kau yang rasa bersalah dan mati akal bagaimana mahu memujuk.
"Betul kan?" Sekali lagi Adri menyoal buat Safa perlahan-lahan mengangguk kepalanya. Dia takut..
"Eloklah tu." Kasar Adri capai kunci di meja dapur lantas berlalu meninggalkan Safa terpinga-pinga disitu.
"Adri!! Dengar dulu!" Safa laju berlari ingin mengejar langkah kekasihnya "argh!!" Hampir tubuhnya melayang menyembah bumi mujurlah tangan kekar Adri laju menyambut. Mata mereka bertembung buat jantung Safa berdetak laju. Air liur diteguk.
"Jangan lari, lantai licin tadi mop." Walaupun dingin, jelas kedengaran suara lelaki itu risaukan kekasihnya.
"Saya tak pernah terfikir nak kahwin dengan Thaqif. Saya terlalu cintakan awak Adri.." Safa angkat tangan menyentuh pipi kekasihnya.
"Lagipun kami sama-sama nak batalkan plan parents kami. Thaqif tu pun dah bersungguh tak nak kahwin dengan saya. Awak jangan lah risau ya." Lembut suara Safa cuba memujuk kekasihnya. Dia menarik nafas lega apabila merasa rangkulan Adri dipinggangnya dikemaskan.
"Saya tak akan curang dengan lelaki lain. Thaqif dengan saya tak lebih dari seorang kawan kerja." Safa jatuhkan kepala di dada lelaki itu.
"Safa..." Adri tarik nafas panjang.
"Hmm?"
"Saya cintakan awak." Safa ukir senyum. Yeay!! Dia berjaya pujuk Adri!!
"Saya pun cintakan awak Adri." Safa mendongak seraya mengucup mesra pipi lelaki itu.
"Ni bunga awak nak bagi saya ke?"
"Yup! Romantik tak saya?"
"Awak comel." Adri senyum lantas menyambut huluran bunga Mawar kekasihnya.
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...