Sebatang tubuh berdiri tegap dengan seragam sekolah masih utuh dibadan. Sekilas gadis itu membaca jam dipergelangan tangan dan sekejap kepala ditoleh memandang jalan kecil di perkarangan sekolah yang sedang sesak dengan ibu bapa dan pemandu yang datang menjemput anak-anak mereka pulang daripada sekolah. Tinggal Safiya masih disitu di lobi menunggu yang sudah lengang.
Tinggal dia sendiri masih menanti.
"Safiya tak balik lagi?" Sapaan seseorang buat Safiya berpaling memandang Tina penolong pengawas bersama rakannya datang menyapa.
"Driver saya tak sampai lagi." Balas Safiya mendatar. Senyuman Tina tersungging ikhlas tapi tidak dimata Safiya. Dia tahu bertapa gadis itu penuh dengan kepuraan. Wajah manis yang mampu menutup apa dihati gadis itu.
"Oh, biasanya kau balik awal, macam mana harini kau boleh balik lewat?" Soal Tina seperti biasa agak menyibuk mencari kesalahan orang.
"Mungkin dia orang ada urusan." Safiya alih pandangan mata kearah pagar sekolah.
"Jom Tina, kita ada program lagi ni.." Sapaan rakan pengawas mengalih perhatian Tina dari terus memerhati Safiya.
"O-okay." Baru sahaja Tina mahu melangkah bunyi deruman enjin kereta mewah Porsche 911 Turbo S mengisi keheningan perkarangan sekolah. Warna kereta matte black lagi memukau mata-mata orang untuk singgah melihat siapa pemandu kereta itu.
Kereta mewah itu berhenti tepat dihadapan Safiya yang tegak menggalas beg sekolahnya. Cermin hitam diturunkan sebelum semua disitu menangkap seorang lelaki bersama kaca mata hitam memandang ke arah mereka.
"Safiya?" Sapa lelaki itu sambil sebelah tangan menarik kaca mata hitam turun ke batang hidung lantas menanggalkannya. Jelas tag nama tergantung di baju sekolah gadis itu menunjukkan tekaannya tidak salah.
"Ya." Sepatah Safiya membalas tanpa riak memandang lelaki itu.
Senyuman terbentuk dari ulas bibir lelaki itu sebelum dia keluar dari perut kereta. Buku ditangan Safiya dicapai dan beg sekolah milik gadis itu turut diambil.
Tina dan rakan pengawasnya terkedu. Siapa tak terkejut ada jejaka berganda kacak datang melayan Safiya seperti ratu. Padahal selama ini pemandu Safiya boleh dikatakan tua semuanya? Dan mana datangnya jejaka muda dengan kereta mewah ini?
"Silakan," Lelaki itu menarik pintu kereta buat Safiya lantas menutupnya kembali. Kaca mata hitam disangkut pada baju tshirt Polo tadi disarung kembali pada wajah.
Sempat senyuman dilempar pada Tina dan rakan-rakannya sebelum dia masuk ke dalam perut kereta kembali.
'Buk'
"Tina!" Seorang rakan Tina menahan tubuh Tina dari rebah lemah lutut melihat kekacakan lelaki tadi. Sepanjang 17 tahun fia hidup! Dia tidak pernah melihat lelaki sekacak itu depan mata!
"Sa-Safiya... Dan terlibat dengan kes Sugar Daddy.." Ujar Tina tanpa ragu buat semua pengawas disitu tergamam.
"A-apa?!"
'Vrooom!!!'
Safiya hanya melempar pandangan kosong melihat Tina dan rakan-rakannya terpinga-pinga di lobi sekolah. Dan pandangan maut Tina yang sedikitpun tidak buat dia rasa gentar.
"Sorry lambat, tadi saya sesat nak cari sekolah ni." Teguran seorang disebelah buat Safiya berpaling.
"Siapa awak?" Soalan selamba Safiya buat lelaki yang sedang memandu itu tergamam. Hampir lelaki itu menekan brek mengejut berhenti dipersimpangan pagar sekolah.
"Awak tak kenal saya?!" Soal lelaki itu agak terkejut dengan respon tak berperasaan gadis berusia 17 tahun itu.
"Tak." Kening Safiya bercantum. Dia tidak pernah jumpa lelaki itu sebelum ini.
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...