Rahang bergerak-gerak, mata bulat tak berkelip memandang liuk lentok tubuh gadis menari tak sedar menjadi objek pandangan nafsu lelaki-lelaki di situ. Sesekali si gadis meraup rambut dengan senyuman lebar, bahagia dan bebas tidak perlu memikirkan apa yang dia lakukan.
"Birthday girl! Happy birthdayy~" party popper meriah meletupkan cebisan warna warni. Senyuman si gadis makin melebar dengan gelak tawa galak diantara mereka.
Crown birthday girl disarungkan di atas kepala si gadis. Dan upacara tiup lilin berlangsung. Tak cukup rakaman-rakaman video tak lepas merakam detik bermakna seorang gadis yang baru melepasi usia remaja kepada fasa dewasa. 18 tahun bukan cukup dewasa ni matanya!
"Yeayy! Safiya dah 18 tahun!" Sorakan-sorakan orang dimeja kelab malam itu buat Naufal kepal penumbuk sendiri. Hampir dia bangun tapi tangannya ditahan seseorang.
"Jangan lagi Naufal." Faizul menghalang buat berat nafas Naufal tehembus. Lagi-lagi dengar tawa-tawa mereka makin buat halwa telingnya panas.
"Betul tu Naufal, kita tengok dulu apa mereka nak buat." Si Haris menyokong. Dia sendiri tak sangka Safiya yang dulu mereka jumpa dengan masih berpakaian sekolah di gelanggang futsal kini berpakaian sangat menjolok mata di kelab malam! Habis panggilan 'our little safiya yang polos' yang ada dihadapannya sekarang. Safiya yang sangat mengecewakan.
Bagaimana gadis itu bergaul selama ini?
"Aku dah berasap tengok dia ni." Naufal raup rambut kebelakang. Bukan dia seorang disitu, 4 orang rakannya ikut sekali membantu jadi mata-mata apabila nama Safiya disebut di dalam group futsal mereka. Sudahnya kumpulan mereka tarik diri dari tournament malam ini kerana tak cukup orang.
Ikutkan malam itu Naufal ada tournament futsal tapi dibatalkan semata-mata dia mendapat gambar Safiya sedang meraikan ulang tahun ke 18 nya di kelab malam! Akhirnha kelima mereka tiba di kelab malam.
Kalau Safiya itu adiknya dah lama agaknya dia heret balik ke rumah. Tapi, jika dia buat begitu. Safiya akan makin benci padanya.
"Ups! Safiya Safiya sorry!" Dengar jeritan salah seorang rakan Safiya, Naufal toleh kebelakang. Baju dress satin dipakai Safiya separuh basah tertumpah air diminum rakan disebelahnya. Dahi berkerut memandang Safiya mengesat-ngesat bahagian basah itu dengan tisu.
"Aaa Safiya! I minta maaf."
"Sokay-sokay. Kejap I nak pergi toilet." Melihat Safiya bangun dari tempatnya serentak Naufal dan rakannya berpaling menyembunyikan wajah.
Hazim jeling Haris, Haris pula jeling Faizul, dan Faizul menyiku Naufal.
Dengar detak kasut tumit tinggi dipakai Safiya melintasi mereka, Naufal segera berpaling kebelakang.
Ceh! Mainan kuno!
Terjenggil mata dia memandang mereka tergelak-gelak memasukkan sesuatu dalam minuman Safiya. Hanya Safiya yang tak minum minuman keras disitu, tahulah mereka itu minuman Safiya!
"Kau nampak?" Hazim pegang bahu Naufal.
"Nampak."
"Kau pergi ambik budak Safiya. Aku uruskan dia orang." Faizul sudah meregang-regang badan dengan mata mengecil melihat tangan salah seorang lelaki disitu memutar-mutar gelas Safiya dengan senyum penuh makna dilempar pada rakannya disitu.
"Jangan buat kecoh sangat." Naufal bangun tolak lengan baju ke atas. Sempat mata tajam menyinggah pada rakan-rakan Safiya. Senyuman mematikan dilempar.
"Tahu." Haris sudah tanggal satu butang atas baju kemeja birunya.
Hampir dia dengan lorong ke arah tandas, langkah Naufal tiba-tiba perlahan. Mata tak beriak memandang sebelah kaki bersama stiletto hitam keluar dari arah lorong, dress satin bewarna rose gold paras peha, jelas menunjuk warna kulit cerahnya.
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...