"Kak Indah, bagi Safa tolong." Safa meminta kipas tangan di tangan Indah sambil dia terkebil-kebil memandang Ayam BBQ dibakar di atas pemanggang kayu api di laman rumah milik Indah.
Pagi-pagi Indah sudah mengetuk pintu rumahnya dengan mempelawa dia kerumahnya untuk pesta BBQ katanya. Dia fikir dia sendiri tapi silap. Ada beberapa orang rakan Indah turut disitu membuat kekok Safa. Sudahlah baru digosip hangat, sekarang kena berhadapan dengan orang-orang pula.
Ketakutan terbesar kembali menyerang diri.
"Tak apa Safa, Safa pregnant. Tak elok kena asap ni." Laju Indah menghalang buat Safa senyum kekok.
"Safa tak tahu nak buat apa.." Safa toleh memandang beberapa rakan Indah ralit berborak sesama mereka. Mahu menyapa? Tak mungkin! Safa tak pandai menyapa! Lagipun manusia-manusia itu mungkin tak ubah sama sahaja seperti manusia-manusia yang suka menunding jari padanya.
"Safa!" Ralit Safa mengutuk di dalam hati salah seorang rakan Indah melambai tangan memanggilnya. Semuanya 3 orang duduk di meja batu itu dan salah seorang melangkah ke arah Indah dengan menghulur senyum manis padanya.
"Safa pergilah sana, Kaisarah ada hidang cookies sedap tau!" Seorang dikenali sebagai Qila menepuk lembut lengan Safa.
"Cookies?" soal Safa berbasa basi.
"Ya Cookies! Sedap tau! Lagipun dah lama awak berdiri kat sini pergilah duduk." Qila hulur senyum ikhlas buat Safa lambat-lambat mengangguk kepalanya.
Langkah diatur mendekati wanita bernama Kaisarah dan seorang lagi tak silap dia bernama Hanis. Setiap derap terasa begitu berat dengan detakan kuat menghentam hati. Bagai orang kali pertama kali mahu membuat pembentangan dikhalayak ramai. Begitulah yang dia rasa.
Seorang yang takut bersosial memaksa diri untuk beramah mesra.
"Safa mari mari duduk sini!" Teruja wanita bernama Hanis menepuk-nepuk kerusi buat Safa.
"Cuba rasa cookies akak! Sedap tak?" Wanita bernama Kaisarah pula menolak pinggan berisi cookies berbagai perisa ke arah Safa.
"Okay." Safa senyum paksa.
"Eh kejap!" Belum sempat Safa menyua cookies ke dalam mulutnya, tangan Kaisarah laju menghalang.
Safa terkebil-kebil. Adakah sekarang dia dibuli? Dipelawa makan tapi sebenarnya wanita itu tidak sudi pun berkongsi makanan padanya.
"Safa ada alergik kacang tak?" Gusar Kaisarah menyoal buat mulut Safa sedikit terbeka menghela nafas. Ah jauhnya kau berfikiran buruk Safa!!
"Tak ada."
"Yeay! Jemput makan!" Kaisarah tak berkelip memandang Safa penuh teruja menunggu respon gadis itu.
"Sedap! Coklat cair dalam mulut. Kacang dia rangup kena dengan tekstur cookies. Sedap sangat!" Ikhlas Safa memuji dan spontan itu bibir Kaisarah mengoyak senyum lebar.
"Makan lagi Safa! Makan banyak-banyak." Wanita bernama Hanis pula menepuk bahu Safa. Dua-dua seperti kakak yang teruja melihat adik yang makan dengan berselera.
Safa terharu.
"Tapi Thaqif tak bagi saya makan coklat banyak. Dia cakap tak elok untuk baby.." bukan mahu mereka cerita tapi itulah hakikatnya.
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...