Dari jauh mata Safiya sudah menangkap kelibat Naufal sedang ralit berborak dengan rakan-rakannya. Baru sahaja dia ingin melangkah menghampiri lelaki itu. Dia terhenti memandang seorang gadis melabuh punggung disebelah Naufal dan matanya menangkap senyum manis diukir Naufal buat gadis itu.
Ada dua botol minuman dipegang Naufal dan satunya dihulur kepada kekasihnya. Dan mereka kembali berborak mesra. Wajah Safiya mengendur.
"Safiya!!" Safiya sedikit tersentak disergah seseorang dari belakang. Lihat Faizul yang menghampiri. Dia tarik senyum.
"Hai!"
"Safiya datang? Abang ingat Safiya tak datang! Kenapa dalam group senyap je!" Faizul terkedek-kedek menghampiri Safiya dengan kipas tangan dipegangnya. Mereka afa group chat yang Safiya satu-satunya perempuan yang ada dalam group itu. Entah siapa punya idea menjemput Safiya masuk ke dalam group itu.
"Meriahnya booth kat sini. Safiya datang singgah je." Safiya toleh memandang booth Faizul. Rupanya Naufal dan Faizul dan yang lain dari kumpulan berbeza. Mungkin sebab itu tema booth mereka juga lain.
"Mari-mari! Kat booth abang banyak benda best!" Faizul menggamit Safiya mengikutnya.
"Ehhh Safiya adaaa!" Kehadiran Safiya buat wajah Hazim dan Haris yang sudah membosan serta merta bersinar teruja.
"Hai! Abang buat booth untuk etnik Murut ya?" Safiya menghampiri dengan senyum kecil. Kenapa Hazim, Faizul dan Haris dalam kumpulan sama tetapi Naufal tidak?
"Wah bijaknya! Macam mana Safiya tahu?" Hazim menyoal.
"Ni orang panggil Magunatip dance or tarian buluh kan? Safiya pernah main masa pergi Sabah dulu." Safiya tunjuk beberapa batang buluh berada di booth itu.
"Adik nak try ke?" Celah seorang gadis dari kumpulan itu. Safiya garu kening serba salah.
"Tak apa lah kak. Safiya segan." Mata sempat berpaling memandang Naufal tak renggang berkepit bersama kekasihnya.
"Marilah! Abang join! Jom jom!" Faizul dah semangat menarik tangan Safiya.
"Aku pun boleh join!" Hazim turut bangun bergerak ke arah buluh.
"Haris! Cepatlah Safiya main sekali.." Faizul bengang memandang Haris yang sekadar memandang dengan wajah kosong. Ahli kumpulan mereka yang lain dah berpeluh main dengan tarian buluh itu. Cuma mereka sahaja yang malas mahu ambil bahagian dalam tarian, malah jadi wakil untuk buat pembentangan.
"Korang serius nak main ke ni?" Si gadis tadi kelihatan terkejut memandang Safiya yang menayang wajah pasrah diheret Faizul Hazim.
"Cepat cepat!"
"Weh serius lah budak tiga ketul ni nak main. Tadi bukan main lagi malas." Ada beberapa orang ahli kumpulan itu menghampiri buat Faizul dan Hazim menjuih bibir.
"Kami malas je nak tunjuk bakat. Kalau kami tunjuk nanti satu dewan datang." Angkuh Hazim berkata buat Safiya menjuih bibir. Tapi dia pun tak nafikan, kawan-kawan Naufal ini semua berupa. Tak mustahil mereka dapat tarik perhatian orang lain.
"Music music!" Si gadis berkaca mata tadi tak bergerak ingin memainkan lagu tarian sementara Safiya duduk di posisi berdepan dengan Haris. Tergelak kecil dia memandang wajah separuh rela Haris disitu.
"Satu dua tiga!" Si gadis menghidupkan lagu dan serentak itu Safiya, Hazim, Haris dan Faizul bergerak. Satu demi satu kaki berjaya lolos dari pergerakan buluh.
Makin lama rentak lagu makin rancak, betul sangkaannya, booth kumpulan itu mula menarik perhatian orang lain.
"Wei! Mana aci pasang lagu yang laju punya! Aku dah penat gila!" Hazim bengang memandang rakan kumpulannya yang tersengih-sengih.
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...