"Auch!" Safa bongkok sedikit memegang perutnya. Hari ini tendangan anaknya agak kuat dari sebelum. Mungkin usia kandungan sudah mencecah 6 bulan, si anak mula nak tunjukkan diri. Perut dia pun tak terlalu membuncit, sampai orang lain tak perasan yang dia itu ibu mengandung. Untung badan langsing.
"Kenapa?" Thaqif lipat lengan baju masuk ke ruang dapur. Berkerut juga dahi melihat Safa yang sedikit membongkok berpegang pada kabinet dapur.
"Baby kick kuat hari ni, rasa sakit sikit."
Kening Thaqif terjungkit.
"Betul ke?" Dulu masa Safa mengandungkan Saqif, dialah orang paling teruja kalau anak itu menendang dari dalam perut.
"Duduk-duduk." Thaqif tarik kerusi membawa tubuh isterinya duduk bersandar disitu. Spontan dia lekapkan telinga di perut Safa.
"Hai, kaki anak papa dah kuat ke? Tak apa nak kick tiap hari, tapi jangan sampai buat mama sakit tau." Thaqif usap tangan disitu. Bibir Safa tak dapat menahan senyum melihat keterujaan suaminya.
"Kahwin dengan awak pilihan paling tepat yang saya pernah buat." Safa usap kepala Thaqif dan serentak itu lelaki itu mendongak tersenyum membalas tatapan isterinya.
"Kahwin dengan awak bukan pilihan saya." Thaqif membalas. Senyuman Safa mati. Bukan pilihan?
"Tapi satu-satunya jalan untuk buat saya jadi lelaki sebahagia sekarang." Thaqif bangun sedikit, dagu Safa ditarik dan perlahan-lahan dia dekatkan bibir mereka.
Cup..
"Papa!" Sepantas kilat Safa menolak tubuh Thaqif buat punggung Thaqif berlanggar kabinet dapur.
"Sakitlah!" Thaqif usap punggungnya.
"Papa, you feed mama with your mouch?" Sebelah tangan memegang pistol mainan sebelah lagi memegang bungkusan pos yang dia ambil dari posmen tadi. Mata Saqif menjenggil.
"Tak! Tak! Papa.." Safa mati akal. Dia jeling Thaqif yang sudah menggaru batang leher. Dia dah tetapkan aturan bersama dia dan Thaqif sejak Saqif membesar! Jangan cium atau bermesraan terlampau jika mereka di luar bilik. Lagi-lagi anak mereka itu terlebih DHA! Silap hari bulan satu taman dia jaja cerita mama papa dia.
"Bibir mama luka! You see?" Seperti ada mentol keluar dari kepala, Thaqif mereka cerita.
"Macam papa selalu buat kat Saqif bila Saqif luka atau sakit. Papa kiss kan? Ha.. itulah yang papa buat sekarang.." Fuh! Thaqif hela nafas berat.
Saqif diam menilik bibir mamanya.
"I don't syee any luka at mama's lips. Papa you lied. You yeally fed mama with your mouch right? I syee eberything! Jangan ingat Caqif tak nampak."
"No! Er Saqif, come. Cuba sentuh sini." Safa tahu Thaqif sudah mati akal, jalan paling bijak dia alih perhatian Saqif dengan menyentuh perutnya.
Saqif terkedek-kedek melangkah ke arah Safa sebelum dia terjungkit-jungkit meletak bungkusan pos di atas meja.
"Apa mama?"
"Cuba sentuh sini." Safa senyum menarik tangan tembam Saqif ke perutnya.
Mata Saqif tiba-tiba membesar merasa sesuatu bergerak-gerak timbul dari dalam perut mamanya.
"Mama.. Apa tu?" Polos mata Saqif menyoal Safa.
"Adik Saqif, adik yang kick dari dalam perut."
"Mama!!" Saqif tiba-tiba menjerit buat Thaqif yang diam memerhati turut tersentak.
"Mama you ate adik?" Mata Saqif bulat memandang Safa dengan kaki perlahan-lahan berundur.
"T..tak! Mama tak makan." Safa pandang Thaqif minta pertolongan. Penat betul dia dengan pemikiran Saqif ni.
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...