Sunyi ruang diantara mereka, hanya bunyi sudu berlaga saat Thaqif mencedok lauk ke dalam pinggan. Selera lelaki itu boleh tahan bertambah lebih dari dulu. Tapi badan Thaqif nampak sedikit kurus dari sebelumnya. Itupun tak dapat mengubah kekemasan wajah suaminya, walau sudah beranak satu Thaqif kekal menjaga penampilan diri.
Serupa orang bujang.
"Kau kerja mana sekarang?" Soal Safa, dia terlalu risaukan Saqif sampai lupa tanya keadaan suaminya.
"Kerja pasaraya." Selamba Thaqif membalas buat mata Safa membulat terkejut. Tak percaya dengan jawapan Thaqif.
Lelaki itu yang dulu kerja senang lenang, hidupnya mewah, sekarang sudah melepas segala kerjayanya dan kerja di pasaraya?!!
"Siapa yang jaga Saqif bila kau pergi kerja?"
"Aku bawa Saqif pergi kerja sekali. Aku tak percayakan sesiapa untuk jaga anak kita." Dan sekali lagi Safa sebak. Di ruang mata membayangkan susah seorang Thaqif terpaksa mengendong Saqif sambil menyusun stok barangan di atas rak. Bayangkan sahaja pun dah buat dia sebak! Inikan ada di tempat Thaqif!
"Aku minta maaf.."
"Benda dah jadi, tak payah cerita lagi. Sekarang dah ada kau depan mata aku dah lega. Aku dah happy." Saat mata Safa diangkat merenung sepasang mata suaminya. Dia baru sedar garis hitam kepenatan di bawah mata suaminya. Thaqif pasti tidak cukup tidur, tidak cukup rehat. Dengan bekerja dan uruskan Saqif sekaligus. Kalau dia ada di tempat Thaqif, dia tak rasa dia mampu uruskan semuanya sendiri tanpa keluarga.
Dan sekarang dia sedar, kenapa Thaqif berkeras bawa Saqif jauh darinya. Lelaki itu lebih layak jagakan Saqif dari dia yang hanya mampu membentak dan menyalahkan orang lain.
"Macam mana berpantang?" Soalan Thaqif buat Safa terkebil-kebil.
"Macam tu lah."
"Macam mana tu?" Thaqif kerut dahi.
"Aku dah habis pantang." Senyuman nakal Safa disambut dengan anggukan oleh Thaqif tanpa riak!
"Baguslah." Tiada usikan, tiada gurauan! Kenapa dia rasa suaminya sekarang agak tunggul daripada dulu.
"Selama ni kau dinner sorang-sorang macam ni ke?" Safa kembali menyoal cuba berbual.
"Macam ni lah, kadang ada Saqif menyelit. Terpaksa dukungkan dia sambil makan sebab bila dia menangis tak boleh nak letak bawah. Ada tu aku makan sambil berdiri sambil dukungkan dia. Tak ada sunyi pun. Jangan risau, Saqif ada gantikan tempat kau." Senyuman ikhlas Thaqif turut dibalas senyum oleh Safa. Dalam lega dia rasa sebak membayangkan semua itu. Sepatutnya dia ada bersama Thaqif harungi susah senang lelaki itu!
"Kau nak mandi kan lepasni? Aku nak pergi wuduk nak solat kejap." Thaqif bangun membasuh pinggan nasi.
"Haa. Okay." Safa turut bangun mengemas lauk mereka. Sayu mata memandang belakang Thaqif yang sudah banyak harungi pelbagai perkara kerananya. Dia akan pastikan segala rindu dia pada Thaqif dilepaskan malam ini! Thaqif selamanya milik dia.
"THAQIF..." terkebil-kebil mata Safa memandang Thaqif sudah terlentang tidur di atas katil dengan tubuh Saqif senang hati landing atas dada papa dia!
Tempat mama tu tau!
Safa merengus lantas bergerak dengan gaun tidur haram dipakainya. telefon Thaqif di atas dihidupkan. Dia fikir dia mandi terlalu lama tapi sekarang baru pukul 9 malam!
Thaqif dah knocked out sekali dengan anak dia! Ini malam pertama dia tidur dengan Thaqif dan Saqif lepas 4 bulan berpisah tapi sekarang dia rasa diabaikan oleh suami dan anak sendiri. Ah apa dosa kau Safa.
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...